PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Tuesday, December 30, 2008

FADHILAT MUHARRAM.

1.) Sabda Rasulullah SAW

أَفْضَلُ الصِّيامِ بَعْدَ شَهْرِ رمضانَ شَهْرُ اللهِ الذي تَدْعُونَهُ المحرم ، وأَفْضَلُ الصلاةِ بَعْدَ الفَريضَةِ قِيامُ الليل

Maksudnya:
“Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan yang kamu panggil (namakan) MUHARRAM, dan sebaik-baik sembahnyang selepas sembahyang fardhu ialah Qiamullail”

Takhrij:
Hadis ini diriwayakan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah RA.

2) Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW dengan katanya: Wahai Rasulullah! Khabarkanlah kepadaku satu bulan untuk aku puasa selepas Ramadhan? Lalu baginda bersabda:

اِنْ كُنْتَ صائِمًا شَهْرًا بَعْدَ رمضانَ فَصُمِ المحرمَ ، فَاِنَّهُ شَهْرُ اللهِ وفيه يَوْمٌ تابَ اللهُ فيه على قومٍ ، ويَتُوبُ على اَخَرِينَ

Maksudnya:
“Jika kamu (ingin) berpuasa sebulan selapas Ramadhan maka puasalah bulan Muharram, Maka sesungguhnya ia bulan Allah, padanya Allah telah menerima taubat satu kaum dan akan menerima taubat kaum yang lain”

Takhrij:
Hadis ini diriwayatkan oleh At Tirmizi dan Ahmad dari Sayyidina Ali RA. Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam ‘Lathoiful Ma’arif’ : Pada sanadnya ada Maqal iaitu pertikaian (bermakna hadis ini dhaif). Walaupun dhaif tetapi hadis pertama di atas sudah cukup untuk dijadikan rujukan.

Ust Khairul Azmi Ismail

Rujukan
1. Sahih Muslim
2. Lathoiful Maarif, Ibnu Rajab Al-Hanbali

Sunday, December 28, 2008

HUKUM MENYAMBUT PERISTIWA HIJRAH

ما حكم الاحتفال برأس السنة الهجرية؟
الاحتفال برأس السنة الهجرية أمر مسنون مستحب، فهو احتفال بذكرى الهجرة النبوية الشريفة من
مكة إلى الـمدينة، واحتفال بجعل هذا الحدث العظيم بداية للعام عند الـمسلمين. وهذا حدث من الأحداث المعدودة في تاريخ الإسلام التي جاء الأمر القرآني بالتذكير بـمثلها من أيام الله تعالى في قوله تعالى: {وَذَكِّرْهُم بِأَيَّامِ اللَّهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ}[إبراهيم: 5].
وما ذلك إلا ذكر للنعمة وشكر لـها؛ فقد حوى هذا الحادث من النعم الكثير فإن الله تعالى نجَّي نبيه صلى الله عليه وآله وسلم من كيد الكافرين وأعلى بـهذه الهجرة منار الدين. وكذلك فإن مرور عام من عمر الفرد أو الأمة أمر يُتوقفُ عنده بالشكر على نعمة الحياة والـمحاسبة والتأهب لاستقبال ما يُقدِّر الله في الأعمار.
ولا يفوتنا التنبيه على أن الـمقصود من الاحتفال هو الاحتفال بالـمستحبات والـمباحات؛ من نحو تجميع الناس حول شيء من الطاعات كالذكر ودراسة السيرة الشريفة أو صلة الرحم أو التهادي، بـما يدخل السرور على الناس أو إطعام شيء من الطعام أو اللهو الـمباح ونحو ذلك مما اعتاده كثير من الناس، وكذلك إقامة سرادقات الاحتفال العامة أو جعل هذه الذكرى من الاحتفالات الرسـمية للدول والـمؤسسات والـهيئات كل ذلك داخل في إظهار الشعيرة الـمطلوب تعظيمها، والتعظيم من أمارات تقوى القلوب، قال تعالى: {ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى القُلُوبِ}[الحج: 32].
كما لا يفوتنا أن ننبه أيضًا أنه لا يسوغ منع الاحتفال بـمثل هذه الأيام ما يذكره البعض من أن ذلك بدعةٌ لم يَردْ عن السلف الصالح وذلك ليس مُسوغًا لـمنعه؛ لأن هذا الاحتفال تعبير عن الفرح والشكر على نعمة الله على نبيه صلى الله عليه وآله سلم وأمته وذلك مشروعٌ وترك النبي صلى الله عليه وسلم لذلك ليس حجة على التحريم فكم ترك من الـمباحات والـمستحبات توسعة وتيسيرًا. والله تعالى أعلى وأعلم

Kesimpulan fatwa:
1. Sambutan peristiwa hijrah adalah dituntut berdasarkan perintah Allah secara umum dalam ayat 5 surah Ibrahim
2. sambutan tersebut sebagai tanda syukur kepada nikmat Allah yg telah menyelamatkan Nabi SAW dalam peristiwa hijrah ini.
3. Tujuan utama sambutan ialah memperingati sirah Nabi SAW dan menguatkan silaturrahim
4. Tidak boleh menghukum sambutan ini dengan bidah semata-mata ia tidak dilakukan oleh salafussoleh.

Wallahua’lam
Ust Khairul Azmi
BERKABUNG 40 HARI BERTENTANGAN DGN SYARIAT

Sabda Rasulullah SAW

لاَ يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ والْيَومِ الأَخِرِ أنْ تُحِدَّ عَلى ميّتٍ فوقَ ثَلاثٍ اِلاَّ على زَوْجٍ أَربعةَ أَشْهُرٍ وعَشْراً

Maksudnya:
Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat berkabung ke atas seseorang yg telah mati lebih dari tiga hari melainkan ke atas (kematian) suami, iaitu selama empat bulan sepuluh hari

Takhrij hadis:
Hadis sahih. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari zainab Bt Jahsy RA

Kesimpulan hadis:
1) Haram berkabung lebih dari tiga hari melainkan bagi isteri yang kematian suami, ia dibenarkan berkabung empat bulan sepuluh hari (bahkan wajib menurut sebahagian ulama seperti mazhab syafei dll)
2) Apa yang diamalkan oleh masyarakat kita jelas sekali bertentangan dengan syariat, bahkan mereka mendahulukan adat dari syariat

Wallahua’lam

Ust Khairul Azmi Ismail

Rujukan
1. sohih bukhari,
2. Sohih Muslim
3. Kifayatul Akhyar
dll

Wednesday, December 24, 2008

SUMBANGAN UNTUK DARUL FIKRI

MA’HAD TAHFIZ DARUL FIKRI
KG SERI DAMAI JALAN GAMBANG 25150
KUANTAN PAHANG

Mengharapkan sumbangan tuan puan bagi pembinaan:

1) Bangunan asrama. (anggaran kos rm 40 ribu)

2) Tempat wudhu’ masjid (anggaran kos 25 ribu)

3) Baik pulih bangunan kelas, rumah guru, kantin dll
(anggaran kos 30 ribu)

Sumbangan boleh disalurkan secara terus atau melalui akaun:
1. Bank muamalat “MA’HAD TAHFIZ DARUL FIKRI”
No akaun : 0601-0034-88572-1

2. BSN (Pengerusi Ma’had) “ROSLI BIN ABD JABAR”
No akaun : 0611-2290-0007-2065

3. Bank Islam (Mudir) “KHAIRUL AZMI BIN ISMAIL”
No akaun : 0602-8020-0268-88

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
1. Ust Rosli Abdul Jabbar (Pengerusi) 019 9392134
2. Ust Khairul Azmi Ismail (Mudir) 0199320100

AMALAN SUNNAH DI AKHIR TAHUN?

AMALAN SUNNAH DI AKHIR TAHUN?.

Setiap kali menjelangnya akhir tahun kita sering diperingatkan dengan amalan-amalan tertentu yang dianjurkan supaya kita melakukannya. Mesej juga bertalu-talu dihantarkan dari seorang sahabat untuk sahabat yang lain memperingatkan hal ini. Keperihatinan ini seolah-olah ia merupakan satu tuntutan yang wajib atau sunnat Muakkad. Mereka menganjurkan amalan-amalan seperti berdoa dengan doa yang khusus di akhir tahun sebelum maghrib dan diikuti dengan doa awal tahun apabila menjelangnya waktu Maghrib.

Persoalannya adakah amalan ini merupakan sunnah Rasulullah SAW yang sangat diambil perhatian oleh baginda?

Agak sukar untuk menjawab persoalan ini kerana saya tidaklah merupakan seorang pengkaji sunnah tetapi hanya meneliti beberapa kitab sahaja. Di dalam kajian saya, saya tidak menjumpai adanya doa khusus atau amalan khusus yang diamalkan oleh baginda di akhir dan awal tahun, tetapi saya berpendapat amalan berdoa tersebut bukanlah satu kesalahan kerana kita memang dituntut untuk berdoa sepanjang masa, ia termasuk di dalam perintah yang umum. Yang salah ialah jika kita menyandarkan sesuatu amalan itu kepada Rasulullah SAW sedangkan tidak ada nas yang mensabitkannya. Baginda melarang keras perbuatan tersebut sehingga beliau menyebut dalam satu sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang segaja mendustaiku maka sediakanlah tenpatnya di dalam neraka” (Na’uuzubillah)

Semasa saya belajar dahulu di Syria dan di Mesir apabila tibanya akhir tahun kebanyakan ulama’ mengajak muslimin dan muslimat supaya bermuhasabah terhadap amalan yang dilakukan sepanjang tahun tersebut.


(sesiapa yang ada menjumpai mana-mana kitab yang membincangkan masalah ini tolong maklumkan untuk manfaat bersama)

Wallahua’lam.

Ust Khairul Azmi

Monday, December 22, 2008

SHOTUL HUFFAZ TURUT MEMERIAHKAN KARNIVAL PAS MARAN

PEKAN CHENOR : Karnival PAS Maran 2008 yang berlangsung dari pagi hingga tengah malam pada 20 Disember (Sabtu) lalu di tebing Sungai Pahang di sini, menempa sejarah kerana mendapat sambutan meriah, menggalakkan dan di luar dugaan.Program yang dijalankan di lokasi bersejarah itu, seolah-olah mengembalikan semula ingatan sejarah kegemilangan Pekan Chenor di mana pada satu ketika dahulu pernah menjadi pusat perdagangan dan persinggahan tersohor apabila ketika itu Sungai Pahang menjadi antara hi-way utama negara.
Menurut Pengarah Program, Jaafar Mat Tam, antara program yang dianjurkan ialah perlumbaan bot laju, perlawanan gasing pangkah, sepak takraw, bola sepak 9 sebelah, sukaneka kanak-kanak dan wanita.Paling membangggakan, daripada 45 pasukan bot laju yang bertanding, ada antaranya disertai individu dan pasukan dari Negeri Terengganu, Selangor selain peserta tempatan.
Naib Presiden PAS Tuan Hj. Muhamad Sabu telah diberikan penghormatan merasmikan karnival tersebut pada jam 10.30 pagi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pada sebelah petang.Dalam ucapannya beliau menegaskan komitmen PAS terhadap apa juga sukan yang tidak bercanggah dengan syarak. Katanya PAS akan terus memberikan perhatian terhadap bidang sukan dan kejayaan pasukan Kedah dalam liga piala Malaysia membuktikan kesungguhan itu, katanya.Hadir sama dalam majlis perasmian Yang Di Pertua PAS Kawasan Tuan Guru Hj. Mohd Baqi Othman serta pimpinan PAS kawasan.
Turut diundang untuk menghiburkan penonton ialah kumpulan nasyid terkenal UNIC yang mendendangkan lagu-lagu popular mereka bersama kanak-kanak tempatan yang dipelawa naik ke pentas.
Pada sebelah malamnya pula, Tuan Hj Mohamad Sabu telah berpidato dalam ceramah umum yang disaksikan kira-kira 4,000 pengunjung. Turut berceramah ialah Tuanguru Hj Mohd Baqi, Ustaz Ramli Abdul Rahman dan dipengerusikan Ustaz Khairul Azmi Al-Hafiz.Sebelum pentas ceramah dibuka, penonton disajikan dengan alunan nasyid merdu daripada kumpulan SHOTUL HUFFAZ pelajar Ma'had Tahfiz Darul Fikri, Kuantan.

Thursday, December 18, 2008

KENDURI KHITAN

HUKUM KENDURI BERSUNAT

Soalan;

ustad, saya ingin melakukan majlis berkhatan untuk dua orang anak lelaki saya yang berusia 6 dan 4 tahun pada akhir tahun ini, adakah kita diwajibkan buat kenduri. Jika ya saya ingin tahu bila kenduri tu harus dibuat sebelum atau hari keberapa khatan? Saya juga tidak pasti adat atau cara untuk kita melakukan khatan tolong terangkan pada saya ustad.

Jawapan;

Melakukan kenduri sempena khatan anak tidaklah wajib. Menurut mazhab Syafi'ie; semua jenis kenduri -selain kenduri kahwin- hukumnya sunat sahaja, tidak wajib. Adapun hukum kenduri kahwin, terdapat khilaf di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie sendiri; ada yang kata wajib dan ada yang kata sunat sahaja. Yang rajih ialah sunat. Hukum memenuhi jemputan kenduri pula; bagi kenduri kahwin hukumnya adalah wajib. Adapun kenduri-kenduri yang lain, hukum sunat sahaja.
Wallahu a’lam.

Rujukan;1. Kifayatul-Akhyar, hlm. 374.

Ihsan dari blog USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Wednesday, December 17, 2008

BERITA TANAH RUNTUH DARI RASULULLAH SAW

BERITA “TANAH RUNTUH” DARI RASULULLAH S.A.W.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan seluruh negara. Tanah runtuh yang berlaku di Bukit antarabangsa menjadi perbualan hangat dan berita yang paling sensasi sekali. Tetapi apa yang malangnya jarang sekali berita tersebut dikaitkan dengan petunjuk yang telah disebutkan oleh Baginda SAW dalam peristiwa ini, begitu juga peristiwa-peristiwa yang lain.

Di sini saya ingin mengutarakan Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dari Sayyidatina Aa’isyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَكْونُ في أخِرِ هَذِهِ الأُمَّةِ خَسْفٌ ومَسْخٌ وقَذْفٌ

“Akan berlaku di akhir (zaman) umat ini TIMBUSAN BUMI (TANAH RUNTUH), perubahan rupa manusia dan lontaran (iaitu kehancuran).”

A’isyah bertanya : “ Adakah kami dibinasakan sedangkan ada dari kalangan kami orang-orang yang soleh?”

Baginda menjawab:

نَعَمْ اِذا ظَهَرَ الخُبْثُ

“Ya Apabila lahirnya (tersebarnya) kemaksiatan”

(riwayat Tirmizi Hadis No 2186)

Pengajaran hadis:
1. Tanah runtuh merupakan peristiwa yang telah di beritakn oleh baginda SAW yang akan berlaku di akhir zaman.
2. Berleluasanya maksiat adalah punca kemurkaan Allah sehingga diturunkan bala seperti ini.

Wallahua’lam

Ust Khairul Azmi
Darul Fikri
Rujukan
Mukhtashor Sunan At Tirmizi, Syaikhuna Dr Mustafa Al-Bugha

ANTARA SEMBUR AIR DAN KHATAN

SEMBUR AIR KEPADA KANAK-KANAK BERKHATAN SATU PEMBAZIRAN.

Apabila tiba musim cuti sekolah kebanyakan ibu bapa menggunakan kesempatan ini untuk melakukan satu sunnah yang diperintah kan oleh Rasulullah SAW iaitu mengkhatankan anak mereka. Tidak kurang juga badan-badan dan pertubuhan tertentu mengadakan upacara berkhatan secara beramai-ramai. Memang ini satu amalan yang baik bahkan merupakan sunnah yang bermula dari Nabi Ibrahim A S. Tetapi kadang-kadang bahkan banyak juga dicampur adukkan dengan perbuatan yang tak sepatuunya berlaku.

Antara perkara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan penganjur majlis khatan ialah memancutkan air kepada kanak-kanak yang ingin berkhatan. Ia bukannya merupakan satu sunnah bahkan ia merupakan satu pembaziran, bahkan kadang-kadang mereka meminta anggota bomba untuk menyemburkan air kepada kanak-kanak tersebut. Ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku kerana membebankan pihak bomba dengan tugas yang tak sepatuunya. Jika ini berterusan mungkin juga pihak bomba akan menubuhkan satu lagi unit iatu ‘unit sembur khatan” untuk melancarkan lagi operasi mereka.

Kalau di zaman dahulu ada rasionalnya ibu bapa menyuruh anak-anak mandi atau berendam dengan lama sebelum berkhatan, ini bagi mengurangkan sedikit keperitan semasa beerkhatan kerana mereka tidak lagi menggunakan suntikan pelali, tetapi sekarang ini tidak ada apa alasan untuk berbuat demikian.

Bagi kita umat Islam sepatutnya memahami yang mana sunnah dan yang mana pembaziran.

Wallahua’lam.

Sunday, December 14, 2008

GELARAN "HAJI", SUNNAH ATAU ADAT?

GELARAN ‘HAJI’ SUNNAH ATAU ADAT

Sudah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat kita menggelarkan sesiapa yg telah menunaikan ibadah haji dengan title ‘HAJI’ seperti Haji Muhammad, Haji Abdullah dan sebagainya. Bahkan ada yg berkecil hati apabila mereka tidak dipanggil HAJI sedangkan mereka telah ke Mekah menunaikan ibadah tersebut. Apakah gelaran ‘HAJI’ tersebut merupakan salah satu kewajipan atau sunnah?

Dr Abdul Halim Mahmud, Mantan Syeikh Azhar di dalam fatwanya menyebut bahawa para sahabat Nabi SAW tidak ada seorangpun yang diberi gelaran ‘HAJI’ sebaliknya hanya menggunakan nama mereka sahaja. Gelaran ‘HAJI’ yang diberikan oleh masyarakat merupakan satu penghormatan dari mereka kepada yang telah menunaikan ibadah tersebut, tetapi janganlah seseorang yang menunaikan haji inginkan penghormatan diberikan ke atas ibadahnya itu. Seseorang yang menunaikan haji kerana inginkan gelaran ‘HAJI’ adalah orang yang tidak sempurna keikhlasannya kepada Allah di dalam ibadahnya. Gelaran ‘HAJI’ adalah semata mata adat sebagai penghormatan bukannya sunnah.

Wallahua’lam

Ust Khairul Azmi
Darul Fikri
Rujukan.
1. Fatawa Al-Imam Abdul Halim Mahmud, Jld 2 MS 101.

Saturday, December 13, 2008

QADHA SOLAT HARI RAYA


HUKUM QADHA SOLAT HARI RAYA.

Solat hari raya mempunyai waktu tertentu iaitu selepas dari waktu syuruq sehingga waktu ‘zawal’ (waktu zohor). Sesiapa yg melakukannya pada waktu tersebut ia telah melakukannya di dalam waktu secara tunai. Sebaliknya jika luput waktu tersebut adakan disunnatkan qadha?

Ulama mazhab hanafi menyatakan bahawa solat hari raya disyaratkan berjamaah. Sesiapa yg luput jamaah bersama imam, ia tidak dituntut menqadakannya samada di dalam waktu atau selepasnya. Tetapi jika ia ingin menqadakannya ia hendaklah solat empat rakaat bersendirian tanpa takbir tambahan, seperti org g luput solat jumaat.

Ulama maliki pula berpendapat bahawa ia disyaratkan berjamaah. Sesipa yg ketinggalan dari imam ia disunatkan melakukannya selagi belum masuk waktu zohor. Adapun selepas selepasnya tidak perlu diqadhakan.

Ulama Syafei pula tidak mensyaratkan jamaah di dalam solat hari raya tetapi ia hanya sunnat sahaja. Sesiapa yg tertinggal dari imamnya ia boleh melakukan bersendirian, ia dikira ada’ (tunai) jika waktunya masih ada dan dikra qadha jika dilakukan selepas dari waktunya.

Masalah ini adalah masalah ‘ijtihadi’

Wallahua’lam

Ust Khairul Azmi Ismail.
Darul Fikri

Rujukan
1) Laman Web Dr Yusof Qaradhawi.

Thursday, December 4, 2008

MENUNAIKAN HAJI BAGI AYAH YG TAK SEMBAHYANG

(JAWAPAN DR YUSOF QARADHAWI )
الحج عن الوالد المتوفى تارك الصلاة
موقع القرضاوي/30-11-2008
من فتاوى العلامة الشيخ يوسف القرضاوي

- السؤال:
حججت عن نفسي في العام الماضي، ولكن والدي توفي منذ 4 سنوات ولم يكن يصلي وإنما كان يؤدي باقي الفروض مثل الزكاة
والصوم، وأريد أن أحج عنه هل هذا الحج مقبول؟
- الإجابة:
فضل الله عظيم وهو سبحانه واسع العفو والمغفرة، صحيح أنه لم يكن يصلي والصلاة أهم من الحج، لأنها الفريضة اليومية، التي تجعل الإنسان على موعد مع الله دائما، وهي عماد الدين، وتركها شئ فظيع والعياذ بالله، حتى من الأئمة من كفر تارك الصلاة، وعلى هذا الرأي لا يقبل الحج عنه، إذ الكافر لا تنفعه طاعة ولا عبادة، لكن جمهور العلماء قالوا: إنه عاص فاسق ولا يكفر بمجرد الترك، إلا إذا أنكر وجوبها، وهذا ما نرجحه ونأخذ به.
ولكن في الصلاة لم يَرِد أن الإنسان يصلي عن أحد، لا يجوز أن يصلي ابن عن أب، ولا أخ عن أخ، لكن وردت النيابة في الحج فضلا من الله ورحمة بعباده، والأصل في النيابة أن الأب كان يريد أن يحج فلم يتح له، ولكن المشكلة هنا أننا لا نعرف إن كان الأب يريد أن يحج أولا، هل كان مشتاقا للحج، أو كان يتمنى أن يحج؟ الأصل في كل مسلم ـ وإن كان عاصيا ـ أن يتمنى الحج إلى بيت الله.
على كل حال يستطيع الأخ السائل أن يحج عن أبيه، ويدعو الله له أن يغفر له وأن يرحمه وأن يتجاوز عنه، وعفو الله واسع ورحمة الله وسعت كل شيء.
Kesimpulan fatwa:
1. Sembahyang lebih penting dari haji kerana ia merupakan tiang agama.
2. Kebanyakan ulama hanya menghukum fasiq org yg meninggalkan sembahyang.
3. boleh dikerjakan haji bagi ayah yg meninggalkan sembahyang, mudah-mudahan ia mendapt rahmat Allah

TAMBAHAN DLM TAKBIR BUKAN BIDAH - DARUL IFTA' (FATWA) MESIR

الســــؤال
اطلعنا على الطلب المقيد برقم 2824 لسنة 2005م المتضمن :
نلاحظ أثناء تأدية صلاة عيد الفطر المبارك التزام الإخوة المشرفين على جامع صقلية بالمنطقة السادسة بمدينة نصر على عدم ترديد التكبيرات الآتية
:
" الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله ، الله أكبر الله أكبر ولله الحمد ، الله أكبر كبيرًا والحمد لله كثيرًا وسبحان الله بكرة وأصيلاً ، لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون ، اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى أصحاب سيدنا محمد وعلى أنصار سيدنا محمد وعلى أزواج سيدنا محمد وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليمًا كثيرًا "
، وقيامهم بترديد الآتي والتمسك به على أنه منصوص عليه بالكتب الدينية : الله أكبر الله أكبر الله أكبر فقط ، علما بأننا قد توارثنا عن آبائنا وأجدادنا التكبيرات الأولى ؛ لما لها من فرحة وبهجة بقدوم العيد ، فهل في نصها أي تعارض مع أي حكم من أحكام الدين ؟ وهل هي بدعة كما يقال ؟


الـجـــواب (أمانة الفتوى
التكبير في العيد مندوب ، ولم يرد في صيغة التكبير شيء بخصوصه في السنة المطهرة ، ولكن درج بعض الصحابة منهم سلمان الفارسي على التكبير بصيغة :" الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد " والأمر فيه على السعة ، لأن النص الوارد في ذلك مطلق وهو قـوله تعالى : { وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ} (البقرة 185) ، والمطلق يؤخذ على إطلاقه حتى يأتي ما يقيده في الشرع ، ودرج المصريون من قديم الزمان على الصيغة المشهورة وهي : "الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد ، الله أكبر كبيرًا والحمد لله كثيرًا وسبحان الله بكرة وأصيلاً ، لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون ، اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد وعلى أصحاب سيدنا محمد وعلى أنصار سيدنا محمد وعلى أزواج سيدنا محمد وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليمًا كثيرًا"، وهي صيغة شرعية صحيحة قال عنها الإمام الشافعي رحمه الله تعالى : " وإن كبر على ما يكبر عليه الناس اليوم فحسن ، وإن زاد تكبيرًا فحسن ، وما زاد مع هذا من ذكر الله أحببتُه " اهـ .
وزيادة الصلاة والسلام على سيدنا محمد وآله وأصحابه وأنصاره وأزواجه وذريته في ختام التكبير أمر مشروع ؛ فإن أفضل الذكر ما اجتمع فيه ذكر الله ورسوله صلى الله عليه وآله وسلم ، كما أن الصلاة والسلام على النبي صلى الله عليه وآله وسلم تفتح للعمل باب القبول فإنها مقبولة أبدًا حتى من المنافق كما نص على ذلك أهل العلم ؛ لأنها متعلقة بالجناب الأجل صلى الله عليه وآله وسلم .
وبناء على ذلك فمن ادعى أن قائل هذه الصيغة المشهورة مبتدع فهو إلى البدعة أقرب ؛ حيث تحجَّر واسعًا وضيَّق ما
وسعه الله تعالى ورسوله صلى الله عليه وآله وسلم وقيد المطلق بلا دليل ، ويسعنا في ذلك ما وسع سلفنا الصالح من استحسان مثل هذه الصيغ وقبولها وجريان عادة الناس عليها بما يوافق الشرع الشريف ولا يخالفه ، ونهيُ من نهى عن ذلك غير صحيح لا يلتفت إليه ولا يعول عليه .
والله سبحانه وتعالى أعلم.
تمت الإجابة بتاريخ 14/11/2005




Kesimpulan fatwa:
1. Takbir hari raya hukumnya sunnat, dan ia tidak dikhususkan dgn lafaz tertentu sahaja.
2. Nas Al-Quran dlm menyuruh bertakbir adalah secara mutlaq (tidak ditentukan dgn mana-mana lafaz)
3. Imam Syafei menyukai mana-mana tambahan dalam lafaz takbir.
4. membidahkan lafaz takbir yg masyhur (yg ada tambahan) adalah salah dan mengongkong apa yg Allah beri keluasan.

Monday, December 1, 2008

IHTIFAL DARUL FIKRI

IHTIFAL DARUL FIKRI MERIAH

Setiap tahun Ma'had Tahfiz Darul Fikri Kg Seri Damai seperti mana-mana sekolah yg lain mengadakan majlis eidul ilmi (ihtifal). Begitu juga pada tahun ini ia sekali lagi diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yg berjaya dan mereka-mereka yg banyak berjasa kepada ma'had.

Pihak ma'had menjangkakan pada mulanya kehadiran hanya setakat 150 hingga 200 orang sahaja, tetapi kehadirannya jauh melebihi angka yg kami jangkakan. Kerusi-kerusi yg disediakan hanya mampu menampung sebahagian hadirin sahaja sehingga ramai terpaksa berdiri dan sebahagiannya hanya duduk dlm masjid sahaja.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh salah seorg pelajar Darul fikri (Muhamamd Ikram bin Mazlan) yg membaca surah Al-Fatihah dgn semua riwayat dlm Qiraat Sepuluh, dan awal surah Al-Baqarah dengan Riwayat Qalun, Warsh, AsSusi dan Qiraat Ibnu Kathir.

Walaupun terpaksa berdiri para hadirin tidak berganjak kerana mereka mendapat suntikan rohani dari perasmi majlis ALFADHIL UST MOKHTAR SENIK (T. Ketua Dewan Ulama Neg Phg), satu ucapan yg merupakan taujihat yg sgt berguna bukan sahaja utk pelajar-pelajar bahkan kepada ibu bapa dan kami sebagai guru-guru di sini. Di samping itu majlis juga diserikan dgn dendangan nasyid dari pelajar-pelajar Darul Fikri yg menyampaikan 4 buah lagu.

Pada tahun ini pihak ma'had menganugerahkan kepada 5 pelajar gelaran ALHAFIZ setelah mereka berjaya menamatkan hafalan 30 juzuk Al-Quran. Pelajar tersebut ialah:
1) Muhammad Jamil bin Jamaluddin (Sungai Isap Jaya Ktn)
2) Ahmad Nafis bin Azami (Taman Murni Sg Isap Ktn)
3) Muhammad Syukur bin Rusman (Kemaman Trg)
4) Wan Muhammad Yusof Wan Hasan (Taman Islam Kemaman Trg)
5) Abdul Rahman Rosli (Seri Damai Ktn)

Anugerah sanad (sisilah perguruan sehingga sampai ke Rasulullah) juga dianugerahkan kepada salah seorang pelajar iaitu Muhammad Ikram bin Mazlan setelah berjaya menamatkan bacaan dgn tajwid yg baik.
Tahun ini juga Darul Fikri berjaya menghantar 4 org lagi pelajar yg lulus syahadah thanawi ke Syria (Kolej Abu Noor dan Fath Islami) menjadikan kesemua pelajar Darul Fikri di luar negara seramai 8 org

Tidak ketinggalan juga anugerah akademik bagi yg berjaya dlm matapelajaran dan hafalan yg baik bagi tahun 2008, juga anugerah kepada mereka-mereka yg banyak berjasa kepada ma'had sejak awl penubuhannya lagi.

SEMOGA BERJAYA MELAHIRKAN GENERASI ALQURAN

Ust Khairul Azmi Ismail
Mudir MT Darul Fikri

KHUTBAH EIDUL ADHA TG HJ HADI

خطبة عيد الأضحى
يغفرتام

الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر .
ولله الحمد .
الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون , أشهد أن لا إله إلاالله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وهوعلى كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير . اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا وشفيعنا محمد , نبي الرحمة , وشفيع الأمة , وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه . أما بعد .

فيا عباد الله , اتقوا الله , وتزودوا فإن خير الزاد التقوى . واتقوالله لعلكم تفلحون .
واهي همب – همب الله , برتقواله كفد الله ( دغن مغيكوت دان منطاعتي سكل فرينتهث دان منجاؤهي سرت منيغكلكن سكل لارغنث ), جاريله بكالن , مك سسغكوهث سبأيك – سبأيك بكالن ايت اياله برتقوى . برتقواله كفد الله سفاي كامو مندافت كمناغن .

مسلمين دان مسلمات .

هاري اين كيت برهاريراي , برسمفنا دغن عبادة حاج يغ منجادي ركون إسلام يغ واجب كاتس مريك يغ ممفو منونايكنث , سموا هاريراي اومة إسلام برسمفنا دغن عبادة يغ بسر . هاري اين جوك كيت مغهيدوفكن عبادة قربان , باكي ممفرايغاتي فغوربانن نبي إبراهيم دان كلواركاث , يغ منونجوقكن كإخلاصن برعبادة دان ممفرهمباكنديري كفد الله . دوا فركارا يغ منجادي فغاجران يغبسر كفد ديري كيت , دان مندافت جنجي يغ بنر درفد الله , انتوق ممبري فضيلة دنيا دان آخيرة .

دالم عبادة حاج , سودارا- سودارا كيت سدغ برهيمفون دمكة , مريك داتغ درفد سلوروه فلوسوق دنيا مياهوت سروان الله يغ ممغكيل مريك سفاي فركي كسان . فرمان الله :

ال عمران : 95-97:
(كاتاكنله : بنرله الله . مك ايكوتله اجارن اكام يغ دايكوت اوله نبي إبراهيم , اكام يغبتول , دان تيدقله دي برسام اورغ - اورغ مشركين . سسغكوهث رومه عبادة يغ فرتام يغ دبينا انتوق مأنسي اياله كعبة يغبراد دمكة , يغ دبركاتي دان منجادي فتونجوق كفد مأنسي , فداث اد تندا-تندا يغ ياتا , جوك مقام إبراهيم (تمفت برديريث إبراهيم كتيك منديريكن كعبة ) دان سسيافا يغ مماسوقكيث اداله مندافت كامانن . دان ثابيتله باكي الله مواجبكن كفد مأنسي سفاي مريك مغرجاكن عبادة حاج , اوله سسياف يغ ممفو فركي كفداث . دان سسياف يغ كفور (اينكار) منونايكنث , مك سسغكوهث الله ايت مها كاي درفد سلوروه عالم ) .

مسلمين دان مسلمات .
بكيتوله بسرث عبادة حاج , مك مريك برهيمفون دمكة باكي منونايكنث . مريك اداله درفد اومة إسلام يغترديري درفد برباكاي بغسا , بهاس دان عادة رسم , تتافي برساتو منجادي اومة اسلام يغ مياهوت سروان الله منجادي اورغ إسلام يغ دتونجوقكن شعارث , ملالؤي عبادة حاج . مريك برعبادة كران الله توهن يغمها اسا , مغهالا كاره ساتو قبلة , مريك دساتوكن اوله فرسودرأن إسلام يغ دايكت اوله ايمان يغ دتانم ددالم هاتي , سهغك منجادي ايكاتن يغ ساغت كوكوه سفرتي اغكوتا دالم ساتو جسد .

سدركه كيت سموا , بهوا دلوار درفد مكة , اومة إسلام تله برفجه بله , كران ايمان مريك سوده منجادي رافوه دان لمه , كران لمهث فكاغن كفد اكام إسلام , سهغك براني منيغكلكن حكوم الله دان ممفرسنداكنث . اد يغ مراساكن كالو برعمل دغن حكوم الله اكن ممباوا كموندوران دان كسوساهن , كران حكوم حلال دان حرام ميكت كماهوان مأنسي انتوق منجافي كماجوان . حكوم الله دعمل سبهكين سهاج , دان بايق بهكين يغ دتيغكلكن , لالو دكنتي دغن حكوم ريكأن مأنسي , دان ممفرتاهنكنث دغن برسغكوه- برسغكوه دان سغكوف ملاكوكن كظاليمن ترهادف اورغ- اورغ يغ منصيحاتي مريك سفاي كمبالي كفد حكوم الله . سدغكن جومله مريك يغ تيدق برعمل دغن اجارن إسلام لبيه رامي درفد مريك يغبرعمل , كرجا – كرجا معصية تيدق دهافوسكن دغن برسغكوه – برسغكوه , دالم ماس يغ سام مغاجر جارا – جارا معصية ماسوق كدالم رومه كيت دغن بيبس دان تيدق اد كاوالن يغ ميكتث سجارا بر كسن , مك هيلغث صفة سبأيك – بأيك اومة يغ دصفتكن اوله الله ددالم القران :

(كامو اداله سبأيك – سبأيك اومة يغ دكلواركن انتوق مأنسي (سفاي منجادي جونتوه تولادن), كامو ميوروه كفد يغ بأيك , كامو منجكه كمونكارن دان كامو برايمان كفد الله ).
دزمان دهولو بتاف رامي اورغ يغ بوكن إسلام ماسوق إسلام كران مليهت جونتوه يغ بأيك درفد اومة إسلام افبيل مريك بنر – بنر برفكغ دان برعمل دغن اجاران إسلام . سدرله ! بهوا صفة – صفة اين سوده بركوراغن دكالغن اومة إسلام سنديري , سهغك اورغ- يغ بوكن إسلام ساله فهم ترهادف اجاران إسلام دغن سبب فراغاي بوروق دكالغن اومة إسلام .


مسلمين دان مسلمات ,
فارا جماعة حاج يغ سدغ مماكي إحرام ملفظكن اوجافن يغ دناماكن تلبية :
لبيك اللهم لبيك , لبيك لا شريك لك لبيك , إن الحمد والنعمة لك والملك , لا شريك لك .
(يا واهي توهنكو ! , يا! . يا! , تياد سكوتو باكيمو , يا! . سسغكوهث سكل كفوجين , نعمة دان كراجأن سمواث ميليك مو , تياد سكوتو باكيمو واهي توهنكو ).

افكه اوجافن اين بنر – بنر إخلاص دهادفن الله , فد حال دنكري ماسيغ – ماسيغ مريك مميليه كراجأن يغ تيدق برعمل دغن حكوم الله , تيدق منجاكا اكام إسلام دغن سفنوهث دان ممبياركن رعيت منجادي ليكا دان هايوت . فارا جماعة حاج جوك سدغ ملونتر باتو باكي مرجم شيطان يغ ممباوا كجاهتن باكي مروسقكن مأنسي . سدركه كيت افكه حكوم يغ كيت عملكن دالم كهيدوفن كيت . اداكه حكوم الله اتو حكوم – حكوم شيطان يغ سدغ ممرينته اومة إسلام , بوكنث حكوم الله يغ سبنرث درفد كتاب الله دان حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم .

ماريله كيت برهاريراي دغن سدر دان إنصاف مسألة يغدهادفي اوله اومة إسلام دسلوروه دنيا , مريك دبلغكو اوله فراتوران – فراتوران جاهلية فنيغكالن زمان فنجاجه , والو فون فنجاجه اسيغ سوده منيغكلكن تانهأير كيت . اف يغ سدغ كيت هادفي اياله دكالغن بغسا كيت سنديري , ماسيه رامي اورغ- اورغ يغ بربغكا دغن فنجاجه دان ممفرتاهنكن جارا فنجاجه ايت سرت برجواغ انتوقث دغن برسغكوه- سغكوه منجاديكن اجارن فنجاجه ايت تالي حياة مريك . الله برفرمان كفد اورغ- اورغ عرب جاهلية دزمان نبي صلى الله عليه وسلم , اينيله جوك فرمان الله كفد جاهلية دزمان اين دكالغن بغسا كيت سنديري :

(اداكه مريك ماسيه بركهندقكن حكوم جاهلية ؟. دان سيافكه لاكي يغ لبيه بأيك حكومث درفد حكوم الله باكي اورغ – اورغ يغ يقين كفرجيأنث كفد الله ).

مسلمين دان مسلمات ,
دهاري يغ مليا اين كيت برتكبير , دان تيك هاري سلفسث كيت برتكبير لاكي سلفس برسمبهيغ , دسرتاكن دغن لفظ منولوق سكل بنتوق شيريك افبيل كيت مياتكن الله أكبر (الله مها بسر ). تا هو دان فهمكه ؟ , بهوا دانتارا شيريك ايت اياله منيغكلكن حكوم الله دان مغمبيل كنتيث حكوم يغ لأين , حكوم جيفتأن فميمفين يغ مريك فيله ملالؤي فيليهنراي . دغرله فرمان الله :

(اداكه مريك ممفويأي سكوتو – سكوتو توهن سلأين الله , يغ ممبوات حكوم شريعة دالم اوروسن كهيدوفن مريك دالم فركارا يغ تيدق دايذين اوله الله ؟ . دان كالوله تيدق كران كفوتوسن الله انتوق مغحكوم مريك دهاري آخيرة , نسجاي مريك تله دحكوم سكارغ دغن مغهافوسكن مريك . دان سسغكوهث اورغ – اورغ يغ ظالم ايت دسدياكن انتوق مريك عذاب يغ ساغت مياكيتكن ).

مسلمين دان مسلمات ,
ماريله كيت سدر دان إنصاف , بهوا بنجانا ايكونومي يغ سدغ ملندا دنيا سكارغ , سلفس كيت مليهت دان مندغر بنجان أخلاق , جناية دان معصية , سرتا بايقث بنجانا عالم يغ مغكرونكن , اداله عاقبة فربواتن مأنسي سنديري يغ ميليويغ درفد جالن الله دالم اوروسن منجاري هرتا دان ممبلنجاكن هرتا . هرتا دجاري دغن جارا منيفو , رشوة , ربا دانلأين- لأين . والو هيدوفث ميواه , فروتث كيغ , فكاينث جنتيق , تتافي تيدق بركة . يغ فقير ميسكين فولا بوله دبلي دغن رشوة منجوال ديري دان اكام , براخير دغن تروس منروس دالم كسوساهن . بترله سبدا رسول الله صلى الله عليه وسلم :

خُذُوا الْعَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءً , فَإذَا صَارَ رِشْوَةً فِي الدِّيْنِ فَلَا تَأْخُذُوهُ , يَمْنَعُكُمُ الْفَقْرُ وَالْحَاجَةُ .
(امبيلله فمبرين كالو ايت بنر – بنر فمبرين , كالو يغ دبري ايت اداله رشوة دالم فركارا اكام , مك جاغن كامو مغمبيلث , نسجاي كامو دسلامتكن درفد منجادي اورغ يغ سوسه دان ممنتا صدقة ).
جلس دان ترغ , بهوا مريك يغ مغمبيل فمبرين دان لوفاكن كواجيفن مريك ترهادف ممليهارا اكام دان ممولياكنث , بنتوان ايت تيدق ميلامتكنث درفد كسوساهن هيدوف , والو فون بايق جملهث تتافي تياد بركتث .

مسلمين دان مسلمين ,
هاريراي يغ مليا اين جوك , اومة إسلام دسلوروه دنيا ممفرايغاتي فريستيوا فغوربانن نبي إبراهيم عليه السلام دان كلواركاث . الله سبحانه وتعالى مغيغتكن كيت دالم القران , دانتاراث فرمان الله :

البقرة :130-132.
(دان تياداله سسياف يغ تيدق سوك كفد اجارن اكام يغ دايكوت اوله نبي إبراهيم ملأينكن دي اورغ يغ ممفربودهكن ديريث سنديري , دان سسغكوهث كامي مميليه إبراهيم ددنيا اين (منجادي رسول ) دان دآخيرة ننتي دي ترماسوق دكالغن اورغ – اورغ يغ صالح (يغ تيغكي مرتبتث). ايغتله كتيك توهن برفرمان كفداث :" سرهله ديريمو ". إبراهيم منجواب :" ساي ميره ديري كفد توهن سمستا عالم ". إبراهيم برفسن كفد انق – انقث , دان نبي يعقوب جوك ممبري فسانن يغسام . :" واهي انق –انق كو ! , سسغكوهث الله تله مميليه كفد كامو اكام (إسلام) اين سهاج, مك جاغنله كامو ماتي ملأينكن دالم كادأن مملوق اكام إسلام ).

إبراهيم تله منونجوقكن جونتوه منجادي سئورغ إسلام يغ سبنرث , دغن ميره ديري كفد الله , هاث برعبادة كفداث سهاج دان ميره ديري كفد سموا فرينته الله دغن يقين دان فرجاي سجارا إخلاص , سهغك ترفقسا دهالو كلوار منيغكلكن تانهأير كران دماراهي منجادي سئورغ إسلام, أخيرث برهجرة كفلسطين . ستله دكرنياكن انق , الله ممرينتهث سفاي ملتقكن انق دان استري كسايغن دبومي مكة يغ كريغ درفد اير , تياد اف – اف تانمن دان تياد مأنسي يغ منماني مريك . ستله انق ممبسر دان منماني ايه , تيبا – تيبا الله ممرينته , سفاي دسمبليه منجادي قربان , اخيرث فرينته ايت دبطلكن , كران الله هندق مغوجي إيمان دان إسلامث سهاج . سموا فرينته ايت دتريما دغن إخلاص , مك الله جاديكن إبراهيم عليه السلام دان كلواركاث جونتوه منجادي اورغ إسلام يغسبنر .

هاري اين كيت ممفرايغاتي فركارا – فركارا يغ دلاكوكن دغن عبادة حاج يغ دكرجاكن اوله مريك يغ ممفو , سلوروه اومة إسلام فول ميمبوت هاريراي دان مريك يغ ممفو ملاكوكن عبادة قربان , دسنتكن فول برتكبير مقيد سلفس سمبهيغ سهغك تيك هاري تشريق . سموا فركارا اين مغاجر كيت سفاي منجادي اورغ - اورغ يغ سبنر دان سديا برقربان باكي منونايكن فرينته الله دان منكقكن اكام إسلام ستنيغكي- تيغكيث .

ماريله ميمبوت هاري يغ مليا اين دغن مغرجاكن عمالن –عمالن ايت باكي مغواتكن هوبوغن دغن الله , دسرتاكن دغن ذيكير دان دعاء .
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
البقرة: 200-202.
( مك افبيل كامو تله سلسي منونايكن عبادة (حاج) مك برذيكيرله (ميبوت نام الله ) سباكايمانا كامو برمكه دغن ميبوت نينيق مويغ كامو , بهكن لبيه درفد ايت لاكي . مك دكالغن مأنسي اد اورغ يغ برعاء دغن بركات :" واهي توهن كامي ! بريله كفد كامي كبأيقكن ددنيا اين ". مك تياداله باكيث كبأيقكن دهاري آخيرة ". دان دكالغن مريك اد اورغ يغ بردعاء دغن بركات :" واهي توهن كامي ! بريله كفد كامي كبأيقكن ددنيا دان كبأيقكن دآخيرة دان فليهاراله كامي درفد عذاب نراك ". مريك ايت اياله اورغ – اورغ يغ الله بريكن كفد مريك بهكين كنجاران درفد اف يغتله مريك اوسهاكن , دان الله ايت ساغت سكرا حسابث ).
أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين والمسلمات إنه هو الغفور الرحيم .

Wednesday, November 26, 2008

JANTINA BINATANG KORBAN
Soalan

Bolehkah binatang betina dijadikan kurban?

Jawapan:

Sah korban (begitu juga aqiqah) sama ada dengan binatang jantan atau binatang betina dengan sepakat para ulama’ jika ia telah cukup umur yg disyaratkan.[1] Berkorban dengan binatang jantan lebih afdhal dari binatang betina. Dan berkorban dengan binatang betina yang belum pernah beranak lebih baik dari yang pernah beranak.[2]

Akan tetapi jika binatang tersebut bunting, maka para ulama berselisih pandangan:

1. Tidak boleh dijadikan korban kerana dagingnya telah berkurangan disebabkan bunting tersebut. Ini pendapat Ashab Syafei seperti yg dinukilkan oleh Abu Thoyyib. Juga disokong oleh Khatib Syarbini dlm Mughni Muhtaj, Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam Tuhfatul Muhtaj, Imam Ramli di dalam Nihayatul Muhtaj dll.

2. Boleh dijadikan korban kerana kekurangan daging tersebut ditampung dengan kandungannya. Inilah pendapat yg masyhur yg dinukilkan oleh Ibnu Rif’ah (ulama mazhab Syafei)

Wallahu a’lam.

Ust Khairul Azmi Ismail.
Nota kaki;
[1] Begitu juga, sah dibuat korban binatang khunsa. (al-Iqna’, jil. 2, hlm. 818), (Kifayatul Akhyar jil 2 hlm 191) Al-Fiqh Islami 3/613
[2] al-Majmu’, jil. 8, hlm. 290.

Rujukan
1. Kifayatul Akhyar, Taqiyuddin Al-Hashni
2. Al-Majmu’ , Imam Nawawi
3. Al-Iqna’, Khatib Syarbini
4. Sabilul Muhtadin, Muhammad Arsyad Al-Banjari
5. Al-fiqh Islami Dr Wahbah Zuhaili.

Monday, November 24, 2008

DAGING KORBAN UTK ORG KAFIR

DAGING KORBAN UNTUK ORANG KAFIR

Soalan;
Adakah boleh daging korban diberikan kepada orang bukan Islam? Ada pendapat mengatakan jika ada org kafir yg makan maka tidak diterima korbanya?

Jawapan;
Imam Nawawi menaqalkan bahawa Imam Ibnu Munzir berkata:
" Ulama telah sepakat bahawa harus diberikan daging korban kepada org Islam yg miskin. Adapun ahli Zimmmah (bukan Islam), ulama berselisih pendapat mengenainya. Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Tsur (seorg mujtahid mutlaq spt Imam Syafei dll)membenarkannya. Imam Malik pula memakruhkannya, malah beliau memakruhkan memberi kulit binatang korban atau dagingnya kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith (mujtahid mutlak) memakruhkannya, dan beliau berkata: Jika dimasak dagingnya tidak mengapa kafir zimmi makan bersama." (1)

Ulama hanabilah (mazhab Imam Ahmad) juga membenarkan daging korban yg sunnat diberikan kepada org kafir. Adapun korban yg wajib ia tidak dibenarkan (2)

Adapun pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie;
a) Imam Nawawi mengharuskannya jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib.
b) Adapun ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie yang lain –antaranya Syeikh Khatib as-Syarbini- mereka tidak mengharuskan daging korban diberikan kepada orang kafir. (3)
Wallahu a’lam.
Ust Khairul Azmi AlMuqry
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 8, hlm. 404.
2. AlFiqh Islami Dr Wahbah Jil 3 hlm 633
3. Al-Iqna’, Imam as-Syarbini, jil. 2, hlm. 825.

Tuesday, November 18, 2008

KESALAHAN DLM FATIHAH (SIRI 5)

KESALAHAN DI DALAM ALFATIHAH (SIRI 5)

Kesalahan dalam ayat ke 5.

1. Kurang jelas tasydid dalam kalimah (اياك) . Adapun jika meninggalkan tasydid ia dikira kesilapan yg besar dan membatalkan Fatihah.

2. Huruf (ع) dibaca dengan menghidung sedangkan dengung atau ghunnah tiada kaitan dengannya. (ini antara kesilapan sebahagian besar org melayu)

3. Huruf (ع) dibaca dengan tebal sedangkan ia bukan huruf isti’la’.

4. Tidak menyebut dhammah dengan sempurna pada huruf (ب) dan (د), iaitu membacanya seperti ‘ikhtilas’. Kerana kesempurnaan dhammah hanyalah dengan dimuncungkan sedikit bibir ke hadapan, jika tidak ia dikira ikhtilas.

5. Membaca seolah-olah ada tasydid pada huruf (ء) di dalam kalimah (واياك). Sebutannya seperti “wak, iyyaka”.

6. Menyebut huruf (س) dengan sebutan hampir atau menyamai (ص) di dalam kalimah (نستعين)

7. Tidak sekata di dalam mad ‘aridh lissukun dengan ayat sebelumnya.


Kesalahan dalam ayat ke 6

1. Huruf (ن) di dalam kalimah (اهدنا) dibaca dengan tebal kerana terpengaruh dgn huruf isti’la selepasnya.

2. Mengisymamkan huruf (ص) (memuncungkan bibir) di dalam kalimah (الصراط)

3. Menyebut kasrah (ص) di dalam kalimah (الصراط) dengan sebutan yg hampir kepada dhammah.

4. Menyebut huruf (س) di dalam kalimah (المستقيم) dengan sebutan yg hampir kepada (ص)

5. menebalkan huruf (ت) dalam kalimah (المستقيم) kerana terpengaruh dgn huruf selepasnya.

6. Keterlaluan di dalm menebalkan huruf (ق) , sedangkan ketebalannya di tahap yg rendah.

7. Tidak sekata di dalam mad aridh lissukun dengan ayat sebelumnya.

-bersambung -

Monday, November 17, 2008

JIHAD POLITIK

JIHAD SIYASI (POLITIK).
(Ringkasan apa yg ditulis oleh Syeikh Said Hawwa di dalam "Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan")

1 )Jihad politik di dalam Negara Islam yang adil.

Negara Islam ialah Negara yang menjadikan syariat Islam sebagai asas. Ianya juga diperintah oleh seorng muslim. Jihad di dlmnya ialah dgn memberi wala’ sepenuhnya kepada pemimpin dan taat selagi mana tidak menyalahi syariat, menasihati mereka dan mempertahankan Negara tersebut.

Firman Allah Yg bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

2 )Jihad politik di dalam Negara Islam yg menyeleweng.

Iaitu Negara yg masih meletakkan syariat Allah di tempat tertinggi tetapi berlaku penyelewengan2 seperti kezaliman pemimpin, fasiq dll.

Jihad didalamnya ialah dgn menasihati dan memberi teguran setiap penyelewengan yg berlaku, menjalankan amar makruf dan nahi mungkar dll.

Sabda Rasulullah SAW:

( إن من أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر )

Maksudnya;
“Sesungguhnya diantara seafdhal jihad ialah menytakan keadilan disisi sultan (penguasa) yg zalim.

3) Jihad politik didlm Negara kafir @ bukan Islam.

Jihadnya ialah berusaha menjatuhkan kerajaan tersebut dan menegakkan kembali Negara Islam yg adil dgn cara yg sesuai mengikut masa, tempat dan keadaan.


Kata Ustaz Said Hawwa:
“Sesiapa yg tidak berpuas hati ( tidak mengakui) wajibnya jihad politik utk menjatuhkan undang-undang kafir did lm tanahair Islam, dia adalah seorang JAHIL atau SOMBONG atau PENAKUT yg tidak sanggup menanggung bebanan jihad ini.
Khairul Azmi Ismail
Darul Fikri

Sunday, November 16, 2008

ANTARA HAJI SUNNAT DAN INFAQ

ANTARA HAJI @ UMRAH SUNNAT DAN INFAQ UNTUK PERJUANGAN.

Apabila tiba musim haji atau umrah saya begitu juga rakan-rakan ustaz yang lain sering kali ditanya masalah ini, antara keduanya yang mana satukah yang lebih aula (diutamakan). Ini kerana ramai dari kalangan masyarakat kita yang keliru. Bagi menjawab persoalan ini saya nukilkan apa yang telah ditulis oleh Dr Yusof Al-Qaradhawi di dalam kitabnya ‘Fi Fiqh Al-Awlawiyyat’.

Berkata Al-Qaradhawi di bawah tajuk: “TINDAKAN SALAH : MENGUTAMAKAN SUNNAT DAN MELALAIKAN WAJIB”

“Di antara tindakan dan sikap yang salah yang banyak dilakukan kaum muslimin adalah mengutamakan perkara-perkara sunnat, samada masalah solat, puasa dan haji ke atas perkara wajib dan fardhu.

Misalnya, ada di kalangan mereka yang solat malam (tahajjud), kemudian pergi bekerja di pagi hari dengan tenaga dan semangat yang kurang kerana keletihan, sehingga tidak dapat melakukan tugas-tugas di tempat kerjanya dengan sempurna.

Apabila org-org yg bersikap seperti ini memahami dan menyedari bahawa melakukan tugas-tugas di tempat kerja dengan sempurna dan rapi adalah merupakan tuntutan agama, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan kesempurnaan dalam segala sesuatu”

Dan sesiapa yang melengah-lengahkan dan tidak melakukan tugas-tugasnya dengan sempurna adalah khianat dan termasuk dalam katogeri memakan harta org lain dgn cara bathil, iaitu gaji dan upah yg diterimanya setiap bulan, dan jikalau ditinggalkan solat malam tersebut, kerana ianya hanyalah perkara sunnat, nescaya Allah dan RasulNya tidak akan mewajibkan (solat tersebut ) ke atas dirinya……

Seumpama itu juga haji dan umrah sunnat. Banyak di kalangan masyarat Islam yg menunaikan haji sunnat, ada yg smpai 5 kali, sepuluh kali, dua puluh kali bahkan empat puluh kali dan pergi umrah pada setiap bulan Ramadhan dengan belanja yg beribu-ribu ringgit banyaknya. Sementara itu banyak org-org Islam mati kelaparan dan kebuluran seperti di Somalia, ataupun sedang menghadapi bahaya pengusiran dan penghapusan etnik seperti di Bosnia, Palestin, Kashmir Filipina dan selainnya. Mereka sgt memerlukan bantuan dan pertolongan saudaranya seluruh dunia berupa bahan makanan, perubatan, pakaian, rumah, tempat tinggal dan utk memelihara anak-anak yatim, org-org tua, org-org cacat ataupun utk membeli persenjataan bagi mempertahankan diri dan maruah Islam.

Selain itu, byk lagi kaum mslimin di berbagai tempat sedang menghadapi bahaya dan ancaman usaha-usaha Kristianisasi. Mereka tidak mempunyai madrasah-madrasah dan pusat-pusat pendidikan yg memadai, tidak memiliki masjid, surau, klinik-klinik dan pudat perubatan, buku-buku dan bahan bacaan Islam dan pusat –pusat gerakan dakwah Islamiyyah yg cukup. Sementara itu, di sudut lain sebanyak 70 peratus jamaah haji yg pergi ke tanah suci utk melaksanakan haji sunnat saja dgn belanja wang berjuta-juta ringgit byknya!!

Seandainya mereka itu memahami FIQH AULAWIYYAT dan menyedari tuntutan agamanya, nescaya mereka akan lebih mengutamakan usaha-usaha bagi menyelamatkan saudara-saudaranya dari kelaparan, kebuluran, pembunuhan dan pengusiran daripada menunaikan haji dan umrah sunnat. Apabila mereka faham pasti mereka akan merasakan byk kepuasan hati kerana dpt menolong dan menyelamatkan saudara-saudara Islam dari pembunuhan dan pengusiran adalah lebih besar dan mendalam daripada ibadah sunnat tadi yg mungkin di sertai perasaan riyak tanpa disedari”

Di dalam kitabnya Fatawa Muashirah” pula beliau (Al-Qaradhawi) menasihati supaya diutamakan infaq utk kerja-kerja dakwah dan perjuangan dari haji atau umrah yg sunnat. Dan diantara yg perlu diingatkan bahawa kerja-kerja jihad (perjuangan) lebih utama dari kerja-kerja haji berdasarkan nas Al-Quran dalam surah Taubah 19-20 yg bermaksud:

“Apakah org-org yg memberi minum kpd org-org yg mengerjakan haji dan meguruskan Masjidil Haram, kamu samakan dgn org-org beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi pertunjuk kepada kaum zalim. Org-org yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dgn harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan merekalah org-org yg beroleh kemenangan”

Ust Khairul Azmi Al-Muqry
Darul Fikri
Rujukan.
1)Al-Quran
2) Fatawa Muashirah Dr Yusof Qaradhawi
3) Fi Fiqhil Aulawiyyat Dr Yusof Qaradhawi

Wednesday, November 12, 2008

KITAKAH PENDAKWAH

(Ihsan dari Blog Us hazmi Dibok)

Seorang Da’ie – bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan
Kita – selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Da’ie – mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit
Kita – sering terlupa membaca Al-Qur’an dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari

Seorang Da’ie – amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat
Kita – kurang member perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang Da’ie – selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya
Kita – sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat

Seorang Da’ie – suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama’ serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri
Kita – cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Seorang Da’ie – rumahtangganya dihiasi dengan bi’ah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Qur’an atau nasyid-nasyid Islami
Kita – rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Qur’an, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak

Seorang Da’ie – menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar
Kita – sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain

Seorang Da’ie – jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam
Kita – jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar dan pendendam

Seorang Da’ie – menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat
Kita – mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat

Seorang Da’ie – memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah
Kita – tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai

Seorang Da’ie – tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak
Kita – boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah

Seorang Da’ie – sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam
Kita – menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah

Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah

Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan.

Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!
Kesimpulannya, pendakwahkah aku?
Posted by Mohd Hazmi Dibok at 11/09/2008 12:30:00 AM
Labels:

Tuesday, November 11, 2008

KENDURI ARWAH.

(Disini saya cuba menampilkan pandangan ulama’ berkaitan masalah ini. Ini kerana masalah ini sering dibincangkan dan tidak kurang juga berlakunya perbalahan disebabkan masalah ini.)

Berkata Syeikh Abdul Qadir Isa di dalam kitabnya ‘Al-Mizan Al-‘Aadil’:
“Sesungguhnya di dalam masalah jamuan selepas kematian, para ulama ada dua pandangan:

Pandangan pertama.

Sebahagiannya berpendapat makruh bagi keluarga si mati menyediakan makanan utk org ramai, dan ada yang mengharamkannya.

Dalil-dalil mereka.

Dalil pertama.
Imam Ahmad, Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yg sohih dari Jarir bin Abdillah katanya: “Kami menganggap perhimpunan dengan keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk di dalam ‘Niyahah’ (ratapan yg dilarang)

Berdasarkan ini ulama Hanafiyyah berkata : “Makruh menyediakan makanan pada hari pertama, kedua ketiga dan selepas seminggu (dari kematian) (Lihat Hasyiah Ibnu Abidin Jld 2 MS 240)

Dalil kedua.
Imam At-Tirmizi, Al-Hakim dan lain-lain meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda (ketika kematian Ja’far) :

اصْنَعُوا لِأَلِ جَعْفَرَ طَعاماً فَقَدْ جاءَهُم ما يُشْغِلُهُم

Maksudnya : “ sediakanlah makanan kepada keluarga Ja’far , sesungguhnya telah datang kepada mereka apa yg menyibukkan mereka (musibah)
Hadis ini dihukum Hasan oleh At-Tirmizi dan sohih menurut Hakim.

Mereka berkata: “Sesungguhnya (menurut) sunnah ialah jiran si mati atau keluarganya yg jauh dengan si mati menyediakan makanan kepada keluarga si mati pada hari dan malam tersebut”. Inilah pandangan jumhur ahli feqh termasuk ulama’-ulama dalam mazhab empat.

Pendapat kedua.

Ada sebahagian ulama lain berpendapat harus bagi keluarga manyediakan makanan (kpd org ramai) walaupun pada hari pertama kematian.

Dalil-dalil mereka:

Dalil pertama.
Imam Ahmad bin Mani’ meriwayatkan di dalam musnadnya dari Al-Ahnaf bin Qais katanya : “Ketika Sayyidina Umar ditikam , dia menyuruh Suhaib mengimamkan sembahyang tiga hari dan dia menyuruh supaya disediakan makanan kepada orang ramai (iaitu selepas kematiannya)

Kata Ibnu Hajar Al-Asqallani: Sanadnya Hasan. (Matholib Aliyah jld 1 ms 199, No hadis 709)

Dalil kedua.
Imam Ahmad meriwayatkan di dalam ‘Az-zuhd’ dari Thowus (seorang ulama tabien) katanya: “sesungguhnya orang yg telah mati menghadapi fitnah kubur selama tujuh hari, dan mereka (sahabat atau tabien) menyukai makanan disediakan pada hari tersebut utk mereka (si mati dengan di niatkan pahala sedekah kepadanya)

Ibnu Hajar berkata : “Sanadnya kuat”. (Matholib Aliyah no hadis 710)

Tarjih Syeikh Abdul Qadir Isa:
“ Walaupun dalil pendapat kedua sahih tetapi tidak dapat menandingi dalil-dalil pendapat pertama. Dengan ini aku mentarjihkan (menguatkan dan menyaokong) bahawa perbuatan tersebut adalah makruh.” (Al-Mizan Al-Aadil ms 69-70)

Syeikh Al-Hafiz Abdullah Siddiq Al-Ghumari pula mentarjihkan bahawa hukumnya adalah harus. Di antara hujjahnya ialah penyediaan makanan tersebut samalah seperti memberi upah dalam tugas-tugas keagamaan seperti membaca Al-Quran, menjadi imam dan lain-lain (Lihat Itqanus Shon’ah fi Tahqiq Ma’na Al-Bidah (terjemahan Us Mahfuz Muhammad Ms 93)

Syekh Abdul Halim Mahmud (mantan Syeikh Azhar) pula menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah ‘khilaful aula’ (iaitu lebih baik ditinggalkan tetapi tidak sampai ke tahap makruh ataupun haram) (Lihat Fatawa Syeikh Abdul Halim Mahmud jil 2 ms 272)

Kesimpulan.
1) Masalah ini masih boleh dikatogerikan dalam masalah khilafiyyah. Dalil-dalil yg dikemukakan masih ada ruang untuk dimunaqasyahkankan (diperdebatkan), (saya tidak mahu memanjangkan lagi munaqasyah kerana khilaf yg seperti ini mungkin tiada kesudahan). Ia bukanlah satu dalil yang ‘qat’iyyut thubut’ dan ‘qatiyyud dalalah’ (dalil yg benar-benar putus), dan oleh itu pintu ijtihad masih ada, dan perbezaan ijtihad adalah perkara yg dibenarkan.

2) Hukum dalam masalah ini berlegar di antara haram atau bidah, makruh dan harus. Tidak ada ulama yg menghukumnya wajib seperti sangkaan sebahagian masyarakat. Ini semua adalah hukum yg ‘Zonni’ bukannya ‘Qat’ie’ yg tidak perlu dijadikan perbalahan.

3) Masalah menghadiahkan bacaan kepada si mati adala masalah yg lain. Kebanyakan ulama mengharuskannya.

Wallahua’lam.

Ust Khairul Azmi
12 nov 2008.

Rujukan
1. Al-Matholib Aliyah, Ibnu Hajar Al-Asqallani, Tahqiq Syeikh ‘Aazhomi.
2. Al-Fiqh Al-Islami, Dr Wahbah Zuhaili
3. Fatawa Syekh Abdul Halim Mahmud.
4. Al-Mizanul Aadil, Syeikh Abdul Qadir Isa.
5. Itqanus Shon’ah fi Tahqiq ma’na Al-Bid’ah, Syeikh Abdullah Al-Ghumari
6. Al Bidah fi Al-Mafhum Al-Islamy Ad Daqiq, Dr Abdul malik Sa’diy
7. dll.

Monday, November 10, 2008

6666 AYAT PERLU DITOLAK

6666 AYAT PERLU DITOLAK.

Mungkin tajuk ini mengejutkan kita dan mungkin tidak kurang juga ada yang menghukum kenyataan ini sebagai di antara perkara yang membatalkan aqidah. Ini semua disebabkan kita sejak kecil lagi dan hingga kini ramai masyarakat Islam di Malaysia menganggap 6666 itulah bilangan sebenar ayat Al-Quran. Tetapi hakikatnya tidak.Entah dari mana sumber yg mengatakan bilangan ayat Al-Quran 6666 saya pun tak tahu.

Apa yang saya maksudkan di dalam tajuk ini bukannya menolak mana-mana ayat di dalam Al-Quran, ‘NA’UUZUBILLAH’, tetapi hanya untuk membetulkan fakta sebenar mengenai bilangan ayat Al-Quran sahaja. Penolakan hanyalah pada angka 6666 sahaja.

Bilangan sebenar.

Berkata Imam Ad-Daani: “Para ulama sepakat mengatakan bahawa bilangan ayat Al-Quran melebihi 6000 ayat, tetapi mereka berselisih pendapat tentan bilangan yang lebih dari 6000 tersebut”
Berikut adalah pandangan-pandangan ulama dalam masalah ini:
1. Pendapat pertama Ahli Madinah : 6217 ayat (diriwayatkan dari Nafi’)
2. Pendapat kedua Ahli Madinah : 6214 ayat (diriwayatkan dari Syaibah bin Nasshoh) dan 6210 ayat (diriwayatkan dari Abu Ja’far bin AlQa’qa’)
3. Pendapat Ahli Mekah : 6220 ayat (diriwayatkan dari Ibnu Khathir Al-makkiy)
4. Pendapat Ahli Kufah : 6236 ayat (diriwayatkan dari Hamzah AzZayyat, Al-Kisaie dan Khalaf bin Hisyam)
5. Pendapat Ahli Basrah : 6205 ayat (diriwayatkan dari ‘Aashim bin ‘Ajjaj Al-Jahdari)
6. Pendapat Ahli Syam : 6226 ayat (diriwayatkan dari Yahya bin Harith Az-Zammari)

Punca khilaf.
Nabi SAW pada peringkat permulaan membaca Al-Quran dengan diwakafkan di setiap akhir ayat sebagai isyarat tentang kedudukan akhir ayat. Kemudian setelah sahabat baginda mengetahui perkara tersebut, Rasulullah menyambung satu ayat dengan ayat selepasnya yang ada kaitan makna untuk menyempurnakan maksud dan kefahaman ayat tersebut, lalu ada yang mengaggap bahawa kedua-duanya dikira satu ayat dan ada yang menganggap ia dua ayat yang berasingan.
Khilaf ini tidak beerti ada penambahan ayat atau kurangnya ayat menurut pendapat-pendapat tersebut.

Contoh khilaf.
Firman Allah SWT

يس ، والقرءان الحكيم

Ahli Kufah mengiranya dua ayat manakala ulama lain mengiranya hanya satu ayat sahaja.

Kesimpulan
1. Tiada satu pandangan pun dari kalangan ulama (setakat yang saya dapati) yang menyatakan bahawa 6666 adalah bilangan ayat Al-Quran.
2. Bilangan yang diguna pakai oleh Mushaf-mushaf riwayat Hafs sekarang ialah bilangan Ahli Kufah iaitu 6236 ayat.

Wallahua’lam

Ust Khairul Azmi bin Ismail
Darul Fikri Kuantan.
11 Nov 2008

Rujukan.
1. Al-Quran
2. Manahil ‘Irfan. Syeikh Abdul Azim Az-Zurqani (MS 242-243)
3. Al-Itqan. Al-Hafiz Assuyuthi (Jld 1, MS 208-210)

Sunday, November 9, 2008

TUNAI HAJI SEBELUM QADHA PUASA

Soalan:

“Sesungguhnya aku mengidap penyakit di bulan Ramadhan Al-Mubarak dan aku tidak berdaya untuk berpuasa ketika itu, lalu membuat keputusan untuk mengqadhakannya pada bulan yang lain sekiranya dipanjangkan umurku, selepas itu apabila tiba bulan haji, aku ingin mengerjakan haji pada tahun tersebut, adakah harus bagiku menunaikan haji sebelum mengqadhakan puasa?”


Jawapan:

Harus bagi kamu menunaikan haji walaupun kamu belum menqadhakan puasa Ramadhan yang ditinggalkan, akan tetapi tidak harus bagi kamu melewatkan qadha puasa sehingga masuk bulan Ramadhan yang selepasnya, jika kamu berkuasa menqadhakannya.


وصلى الله على نبينا محمد وأله وصحبه وسلم



Dari Lajnah kajian Ilmiyyah dan fatwa Arab Saudi:
1) Sheikh Abdul Aziz bin Baz ( Ketua )
2) Seikh Abdur Razzak Afifi ( Naib ketua )
3) Sheikh Abdullah Ghadyan ( Ahli )
4) Seikh Abdullah bin Qa’uud ( Ahli )



[Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Lil-Buhuth Al-Ilmiyyah Wal-Ifta’ ms: 154 ]

Friday, November 7, 2008

SALAH FAHAM MAKSUD FITNAH

MAKSUD "FITNAH LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH"

Firman Allah SWT

والفتنة أشد من القتل / والفتنة أكبر من القتل

Terjemahannya " FITNAH itu lebih dahsyat dari pembunuhan" dan "FITNAH itu lebih besar dari pembunuhan" (Al-Baqarah 191 dan 217)

Maksud FITNAH.

Para ulama mentafsirkan kalimah FITNAH di dalam ayat ini dengan beberapa maksud. Di antaranya ialah:

1) Syirik atau Kufur.
2) Penyeksaan golongan musyrikin terhadap org yang beriman.
3) Usaha untuk memurtadkan org Islam.
4) Azab akhirat
5) Ujian dan bala bencana
6) Mewujudkan suasana masyarakat yg rosak yg menyeleweng.

Inilah kesimpulan maksud fitnah di dalam ayat tersebut.

Salah Faham.

Sebahagian kita memahami bahawa FITNAH yg disebut di dalam ayat ini termasuk 'TUDUHAN' secara umum. Lantas kita apabila adnya sesuatu tuduhan yang berlaku walaupun sekecil mana sekalipun, kita terus berhujjah dengan ayat ini. Hakikatnya kita telah tersalah dlm berhujjah dengan ayat ini. Ini kerana tiada seorang ulama pun (setakat penelitian saya) yg mentafsirkannya dengan makna tuduhan.

Imam Jalaluddin AsSuyuthi di dalam kitabnya 'AL-ITQAN' menyebut bahawa kalimah FITNAH digunakan di dalam Al-Quran dengan 15 maksud, tetapi tidak ada maksud "TUDUHAN" .

Dari sudut bahasa arab pula, kalimah FITNAH mempunyai banyak maksud tetapi juga tidak ada maksud 'TUDUHAN. (Lihat Qamus Muhith ms 1100)

Perbezaan dua bahasa.

Kadang-kadang satu-satu kalimah digunakan oleh berbagai-bagai bahasa tetapi mempunyai maksud yang berbeza diantara satu bahasa dengan yg lain. Ini seperti kalimah FITNAH yang beerti tuduhan di dalam bahasa melayu tetapi berbeza maksudnya di dalam bahasa arab.

Ust Khairul Azmi Al-Muqry
Mudir Darul Fikri

Rujukan.
Al-Quran
Tafsir Ibnu Kathir Jil 1 ms 243, 315
Tafsir Al-Qurthubi Jil 2 ms 351
Tafsir Munir Jil 2 ms 175, 258
Tafsir Nasafie Jil 1 ms 139
Mukhtasor Tafsir Al-Khazin Jil 1 ms 112
Tafsir Fi Zilalil Quran Jil 1 ms 119
Al-Itqan Jil 1 ms 409
Qamus Al –Muhith ms 1100

Wednesday, November 5, 2008

KESALAHAN DLM FATIHAH (SIRI 4)

KESALAHAN DALAM ALFATIHAH (SIRI 4)

Kesalahan dalam ayat 3.

1. Kesalahan ayat ketiga sama dengan akhir ayat pertama. (lihat siri ke 2)

Kesalahan dalam ayat ke 4.

1. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yg kasar.

2. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yang hampir kepada ‘Imalah’

3. Memanjangkan sebutan huruf lin (و) pada kalimah (يوم) sedangkan huruf lin hanya boleh dipanjangkan ketika waqaf sahaja.

4. Tidak memuncungkan bibir ketika menyebut huruf (و) kerana ia tidak sempurna jika tidak dimuncungkan sedikitbibir kehadapan.

5. menyebut huruf (د) yang bertasydid dalam kalimah (الدين) dengan sebutan yg hampir kepada huruf (ت) kerana hampirnya makhraj keduanya.

6. Tidak sekata dalam memanjangkan mad Aridh Lissukun di akhir ayat ini dengan ayat sebelumnya.

7. Waqaf pada huruf (ن) dengan mendengungkannya.

-bersambung-

MAKSUD ''LAISA MINNA" @ "LAISA MINNI"

MAKSUD “LAISA MINNA @ LAISA MINNI” DLM HADIS

Banyak terdapat di dalam hadis-hadis Nabi SAW kalimah “LAISA MINNA” atau “LAISA MINNI”. Yg bermakna ‘bukan dariku’.

Apakah yang dimaksudkan oleh baginda dengan kenyataan yang sedemikian. Kebanyakan orang memahami bahawa kenyataan sebegini menunjukkan bahawa baginda ‘tidak mengaku sebagai ummatnya’ dan bermaksud ‘terkeluarnya dari Islam’. Apakah benar kefahaman sebegini?

Ibnu Hajar Al-asqallani di dalam Fathul Bari ketika menerangkan hadis;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الخُدُودَ وشَقَّ الجُيُوبَ ودَعا بِدَعْوَى الجاهِلِيَّة

Maksudnya; ‘Bukan dari kami sesiapa yang menampar-nampar muka, mengoyak-ngoyak pakaian dan menuturkan kata-kata jahiliyyah (ketika meratap kematian)”

Beliau berkata: “Bukan dari kami’ iaitu bukan dari sunnah dan cara kami, tidaklah ia bermaksud ‘terkeluarnya dari agama’, tetapi tujuan disebut dengan lafaz ini ialah bagi menunjukkan larangan keras dari melibatkan diri pada perkara tersebut.”

Di akhir syarah hadis ini beliau menyebut “ Jika menghalalkan perkara tersebut secara terang-terangan …maka tidak salah jika ia ditafsirkan dengan terkeluar dari agama.” (Fathul Bari , Syarh hadis no 1294)

Penjelasan Ibnu Hajar ini dapat membetulkan kefahaman sebahagian umat Islam terhadap hadis-hadis seperti ini. Lebih-lebih lagi jika dilihat secara menyeluruh kepada hadis-hadis yg seumpamanya. Di antaranya hadis:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالقُرْءَان

“Bukan dari kami sesipa yang tidak melagukan (memperelokkan) bacaan Al-Quran.”

Tidak ada seorg ulama pun yg menghukum kafir atau menyatakan nabi tidak mengaku umat org yg tidak memperelokkan bacaan Al-Quran.

Wallahua’lam.

Ust Khairul Azmi AlMuqry.

Saturday, November 1, 2008

MARTABAT HADIS ULAMA DAM PEMERINTAH

HADIS ULAMA’ DAN PEMERINTAH

Diriwayatkan bahawa baginda bersabda:

صِنْفانِ مِنَ الّناس اِذا صَلُحا صَلُحَ النّاسُ وَاِذا فَسَدَا فَسَدَ الناسُ ، العُلَماءُ والأُمَراءُ

Maksudnya: “Dua golongan dari kalangan manusia, apabila baik ia baiklah manusia seluruhnya, dan apabila rosak ia maka rosaklah manusia”

Kedudukan hadis.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nuaim di dalam ‘Hilyatul Auliya’ daripada Ibnu Abbas RA sebagaimana yg disebut di dalam kitab ‘Kanzul Ummal’ karangan Syeikh Muttaqy AlHindy.

Imam Suyuti Menghukumkannya DHAIF di dalam ‘Jamie’ Shoghir’ dan dipersetujui olh Al-Manawi di dalam ‘Faidhul Qodir’(Lihat jamie shoghir hadis no 5047)

Berhujah dengan hadis ini

Para ulama menyatakan tidak boleh berhujjah dengan hadis dhaif, walaupun ia boleh diamalkan dalam masalah ‘fadhoil’ denga syarat-syarat tertentu.

Walahua’lam
Ust Khairul Azmi Al-Muqry

Tuesday, October 28, 2008

HADIS NABI BERKAITAN ALAT MUZIK

1. Sabda Nabi SAW

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَّ وَالْحَرِيرَ وَالْمَعازِفَ

Maksudnya: ‘Akan pasti ada dari kalangan umatku beberapa kaum yg menghalalkan zina, sutera dan alat-alat muzik (maazif)’.

Kedudukan hadis.
Hadis ini disebut oleh Imam Bukhari di dalam Sohihnya dlm bentuk ‘muallaq’ (tanpa sanad yg muttasil)
Ibnu Hazm di dalam kitab ‘AlMuhalla’ mendakwa bahawa hadis ini adanya terputus sanad ‘inqitho’
Ibnu Hajar Al-Asqallani di dalam ‘Fathulbari’ menolak kenyataan Ibnu Hazm ini dengan bukti-bukti yg terperinci dan menyatakan bahawa kenyataan Ibnu Hazm ini adalah satu kesilapan yang berpunca dari kurangnya peneliian. (Fathul Bari 11/136).

Ibnu Solah di dalam kitabnya ‘Al-Muqaddimah fi ulumil Hadis’ juga menolak kenyataan Ibnu Hazm tersebut dengan katanya : Sudah menjadi perkara yg dipersetujui oleh ahli hadis bahawa ‘shighah ta’liq’ (hadis yg zahirnya terputus sanad) yg disebut oleh Bukhari denagn lafaz yg jazam (putus) ianya adalah sohih. (Al-Muqaddimah 39)

Begitu juga Dr Nuruddin Etir Ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah Universiti Damsyiq menyokong Ibnu Solah dan lain-lain yang menolak kenyataan Ibnu Hazm dalam masalah ini. (Manhajun Naqd 79)

Kesimpulannya ;
hadis ini adalah sohih dan tidak boleh dipegang pandangan Ibnu Hazm dlm masalah ini setelah jelas kesilapannya.
Sesiapa yg inginkan penjelasan lanjut (bagi mereka yg bolehlah merujuk kitab-kitab yg disebut di atas)

2. Sabda Nabi SAW:

فَصْلُ ما بَينَ الحَلالِ وَالحَرامِ الدُفُّ والصَوْتُ في النِّكاح

Maksudnya: “ pemisah di antara halal dan haram ialah kompang dan suara (nyanyian) pada majlis pernikahan”

Kedudukan hadis:

Hadis ini diriwayatkan oleh Attirmizi, Nasaei, Ibnu Majah, Imam Ahamad dan lain-lain. Imam Tirmizi menghukumnya sebagai hadis hasan.

Keterangan ringkas.
Nabi SAW telah memberitahu kita satu penyelewengan yang akan berlaku di kalangan umatnya iaitu menghalalkan perkara-perkara yg diharamkan Allah SWT seperti zina, sutera dan ‘maazif’ (alat muzik) kecuali kompang.

Wallahua’lam.

Ust Khairul Azmi AlMuqry
Jabatan Hadis Al-Azhar




Sunday, October 26, 2008

KESALAHAN DLM FATIHAH (SIRI 3)

KESALAHAN DALAM ALFATIHAH. (SIRI 3)

Kesalahan dalam Ayat 2.

1. Membaca huruf (ل) dengan dengan ‘qalqalah’ pada kalimah (الحمد)

2. Menebalkan (membaca dgn bacaan yg kasar) huruf (ل) pada kalimah (الحمد)

3. Membaca huruf (ح) dengan tebal pada kalimah (الحمد)

4. Membaca huruf (م) dengan qalqalah pada kalimah (الحمد)

5. Membaca dengan ‘ikhtilas’ dhommah (tidak sempurna sebutannya dengan tidak dimuncungkan sedikit bibir kehadapan) pada huruf (د) dalam kalimah (الحمد). Ini merupakan kesilapan yg sangat banyak berlaku.

6. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yg seakan-akan ‘taqlil’.

7. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yang kasar atau dengan loghat-loghat tertentu.

8. Tidak menjelaskan sebutan huruf (ه) pada kalimah (لله)

9. Tidak men ‘tafkhimkan’ (menebalkan) huruf (ر) pada kalimah (رب)

10. Membaca huruf (ل) dengan qalqalah pada kalimah (العالمين)

11. Menyebut huruf (ع) dengan suara yang datang dari hidung

12. Menyebut huruf (ع) dengan ‘isti’la’ (tebal) pada kalimah (العالمين)

13. Mendengungkan bacaan pada ‘mad ‘aridh lissukun’ pada kalimah (العالمين)

Friday, October 24, 2008

FATWA BERKAITAN PERAYAAN ORG BUKAN ISLAM

1) Mengucap tahniah sempena perayaan tersebut.

Syeikh Mustafa Zarqa di dalam kitabnya ‘Al-Fatawa’ menyatakan bahawa tidak mengapa seorang muslim mengucapkan tahniah kepada bukan muslim sempena perayaan ‘Eidul Masih’ jika ia setakat ‘mujamalah’ iaitu menjaga hubungan dengan mereka bukannya mengakui agama dan aqidah mereka atau bersetuju dengan mereka. (Fatawa Mustafa Zarqa MS 355-356)

Dr Yusof Qaradhawi juga mengeluarkan pandangan yang sama di dalam kitabnya ‘Fatawa Muaasyirah’ (Lihat Fatawa Muaasyirah jil 3 ms 668-673)

2) Melibatkan diri dengan perayaan mereka.

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah membincangkan masalah ini dengan panjang lebar di dalam kitabnya ‘Iqtidhous syirotul mustaqim’. Kesimpulan apa yg telah dibinncangkan beliau ialah haram sama sekali kita melibatkan diri dengan perayaan-perayaan atau majlis-majlis keagamaaan mereka. (Ms 29-34)

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sohih bahawa Abdullah bin Umar berkata : ‘Sesiapa membina bangunan di negeri orang ajam (bukan Islam) dan mengadakan majlis perayaan mereka dan mengikut cara mereka sehingga mati, nescaya ia dibangkitkan bersama mereka pada hari kiamat”

Dr Yusof Qaradhawi juga menentang dengan keras penglibatan orang Islam dengan mana-mana perayaan orang bukan Islam seperti perayaan krismas dll.

Peringatan:
1. Perlu kita membezakan di antara perayaan keagamaan dan kebudayaan. Yang haram ialah melibatkan perayaan keagaaman mereka sahaja.

2. Walaupun kita diperintahkan untuk berdakwah kepada mereka tetapi ada batasan-batasan yang perlu dijaga .Matlamat tidak menghalalkan cara. (Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku)

3. Konsep dakwah tidak sekali-kali bercanggah dengan mana-mana konsep dalam aqidah atau syariah, tetapi ia perlu beriringan antara satu sama lain. (Akhir-akhir ini kedengaran ada suara yang seolah-olah menganggap dakwah dan syariah ada perbezaan dan percanggahan.)

4. Sesiapa yang ingin keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab yg disebutkan di atas.

Wallahua’lam.

Ust Khairul Azmi Al-Muqry

Tuesday, October 21, 2008

KESALAHAN DLM ALFATIHAH (SIRI 2)

KESALAHAN DI DALAM ALFATIHAH.(SIRI 2)

KESALAHAN YG TIDAK MENCACATKAN BACAAN DI SUDUT ULAMA' FEQAH (BEERTI MASIH SAH BACAANYA) TETAPI DIKIRA SALAH MENURUT QURRA'. (KURANG FASIH)

Kesalahan dalam Ayat Pertama. (basmalah)

Menyebut huruf (س) dengan qalqalah dalam kalimah (بسم) sedangkan ia bukan huruf qalqalah.
Membaca dengan tebal huruf (ب) pada kalimah (بسم) sedangkan ia huruf 'istifal' bukannya 'isti'la'.
Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan sebutan hampir kepada 'imalah shughro' ataupun 'taqlil'
Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan tebal atau tafkhim.
Menyebut huruf (ه) dalam kalimah (الله) dengan sebutan yg tidak sempurna sampai ke makhrajnya.
Membaca dengan 'idkhol' (panjang) di antara huruf (ه) dan huruf (ر) yang bertasydid dalam kalimah (الله الرحمن)
Memanjangkan bacaan ketika tasydid (ر) di dalam kalimah (الرحمن) sehingga seolah-olah ia menambahkan huruf (ر) tersebut.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan sebutan hamper kepada 'taqlil'.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan tebal atau dengan loghat-loghat tertentu. (Loghat-loghat banyak sekali mempengaruhi bacaan seseorang)
Menyebut huruf (ح) dalam kalimah (الرحيم) seolah-olah berbaris 'fathah'.
Membaca seolah-olah mentasydidkan huruf (ح) pada kalimah (الرحيم)
dan lain-lain

Peringatan:
Untuk kefahaman yg lebih lanjut perlulah kepada musyafahah (berguru)

-bersambung-

Saturday, October 18, 2008

BETULKAH FATIHAH ANDA?

BENARKAH ANDA TELAH MEMBACA AL-FATIHAH.

Sabda Nabi SAW:

لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب

Maksudnya:
“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”. (Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)

Dari hadis ini jumhur ulama menyatakan bahawa Al-fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu dlm solat melainkan Alhanafiyyah yg hanya menyatakan ianya hanya wajib sahaja bukannya rukun (menurut qaedah mereka yg membezakan antara wajib dan fardhu). (Lihat Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)

Persoalannya adakah bacaan kita selama ini dikira atau tidak?. Para ulama membahaskan masalah tersebut dengan mengatakan bahawa tidak sah solat orang yg membaca fatihah tetapi dlm bacaannya masih ada kesalahan yg besar yg mencacatkan fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dgn makhraj yg betul atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah, dan lain-lain (Lihat Mughni Muhtaj 1/327, dll)

KESILAPAN-KESILAPAN YG BESAR YG BIASA BERLAKU YG MENCACATKAN FATIHAH.

1. Menukarkan huruf (ح) dengan huruf (ه) seperti kalimah (الحمد ، الرحيم) dll.

2. Menukarkan huruf (ع) dengan huruf (أ) seperti kalimah (العالمين ، أنعمت) dll.

3. Menukarkan huruf (أ) dengan huruf (ع) seperti kalimah (أنعمت)

4. Menkarkan huruf (ق) dengan huruf (ك) seperti kalimah (المستقيم)

5. Menukarkan huruf (ض) dengan huruf (د) seperti kalimah (الضالين)

6. Menukarkan huruf (ر) dengan huruf (غ) seperti kalimah (الرحمن ، غير)

7. Meninggalkan salah satu tasydid dari 14 tasdid dlm fatihah seperti (اياك)

8. Dan lain-lain.

Peringatan:
Tidak sah Fatihah seseorng jika ia masih melakukan kesalahan2 tersebut melainkan jika ia telah berusaha membetulkan bacaanya dihadapan guru tetapi lidahnya masih tidak mampu menyebutnya dengan betul kerana Allah tidak membebankan apa yg tidak kita mampu. Di sana banyak lagi kesalahan-kesalahan yg lain yg saya tidak sebutkan dini samada ia jarang berlaku atau ia merupakan kesalahan yg tidak menyebabkan fatihah tidak sah. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan bentangkan pula kesalahan-kesalahan yg kecil di supaya kita dapat memperkemaskan lagi bacaan kita.

Wallahua’lam
Ust Khairul Azmi Al-Muqry.

Wednesday, October 15, 2008

ORANG YANG PERTAMA DALAM SEJARAH

ORANG-ORANG YANG PERTAMA DALAM SEJARAH.
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi IbrahimAS

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nbi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.

9. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

WUDHUK DENGAN CARA MENYELAM

Saturday, October 11, 2008
MASALAH BERWUDHU’ DENGAN MENYELAM.

Soalan;"Bolehkah (sahkah) kita berwudhuk dengan membasuh anggota sekaligus semasa menyelam di dalam air?Dari 'Ruh Arau 11 okt 2008
Jawapan:Imam Nawawi Rahimahullah di dalam ‘Syarah Muhazzab’ menukilkan dari ulama’ muhaqqiqin dai kalangan mazhab Syafei bahawa wudhuknya sah walaupun ia tidak menyelam dalam tempoh yg lama. (Lihat Al-Majmuk 1/475)
Adapun menurut pendapat ulama’ mazhab Hanbali bahawa sah wudhuknya jika ia menyelam dlm tempoh yg boleh diandaikan ia boleh menyempurnakan tertib wudhuknya, jika tidak maka tidak sah wudhuknya.Mazhab Hanafi dan Maliki pula tidak menjadikan tertib sebagai fardhu wudhu’ tetapi ia hanya sekadar sunat sahaja, maka tidak lagi dipertikaikan tentang sahnya whuduk tersebut. (Sila lihat Fiqh Islami Sheikhuna Dr Wahbah 1/231)
Wallahua’lam

MENGAGUNGKAN SESEORANG


(Perbahasan Dr Wahbah Zuhaili dlm kitabya "Al-Bidaul Munkarah")
MENGAGUNGKAN SESAMA MAKHLUK DENGAN KETERLALUAN.
Sesungguhnya menghormati orang yang mempunyai kedudukan dari kalangan orang Islam merupakan perkara yang dituntut, tetapi dengan tidak keterlaluan dan melampaui batas. Maka tidak boleh menyucikan dan mengagungkan selain dari Allah seperti (mengagungkan) manusia yang masih hidup atau telah mati, batu-batu, pokok-pokok, malaikat, binatang,maqam-maqam dan lain-lain, dan tidak boleh juga pujian yang melampau.
Sabda Nabi S.A.W
لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم, انما انا عبد الله ، فقولوا : عبد الله ورسوله
.Maksudnya:“Jangan kamu melampau di dalam memuji atau mengangkat kedudukan seperti melampaunya golongan Nasrani (di dalam mengangkat kedudukan) Ibnu Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba Allah, maka katakanlah :Hamba Allah dan Rasulnya”[1] (H.R Bukhari dan Muslim)
Sabdanya lagi :
اياكم والغلو في الدين ، فانما أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين
Maksudnya :“Awasilah kamu dari melampau di dalam agama. Sesungguhnya telah merosakkan orang yang sebelum kamu oleh sikap melampau didalam agama”.[2] (H.R Ibnu Majah)
Maka apabila seseorang menyangka bahawa ada makhluk yang berkuasa menguruskan ala mini, atau boleh memberi kesan untuk mendatangkan manfaat atau menolak kemudharatan, atau dia bertaqarrub dengan makhluk kepada Allah, adalah yang demikian itu merupakan bid’ah yang mungkar, melampaui batas yang tercela dan haram.
Ulasan saya (Us Khairul):
1) Dlm masalah ini kita perlu berhati hati supaya kita tidak terlalu mengagungkan mana mana individu dengan apa-apa cara sekalipun, samada individu tersebut seorang ulama atau tokoh yang mempunyai kelebihan yg tertentu. Jika seseorang itu mengagungkan mana mana individu sekurang-kurangnya ia telah dihinggapi penyakit taassub dan yg lebih parah lagi ia boleh membawa kepada 'ithro' (mengangkat seseorang dgn kedudukan yg tidak sepatutnya).
2) Kaedah "SADDUZZARAI' perlu diambil kira dlm masalah ini kerana ia boleh menyebabkan penyelewengan jika ia tidak dibendung. Sejarah telah membuktikan bahawa kesesatan kaum terdahulu ada yg berpunca dari mengagungkan org-org yg soleh sehingga dibuat patung-patung yg asalnya hanya sebagai penghormatan tetapi akhirnya menjadi berhala yg disembah.
3) Masalah ini tidak saya tujukan kepada masalah replika DS Anwar Ibrahim sahaja tetapi sebagai peringatan kepada semua, kerana saya melihat adanya penyakit taassub kepada individu2 tertentu di dalam Negara kita ini.Inilah sepintas lalu peringatan untuk diri ini dan tatapan utk semua.[1] Riwayat Bukhari , Muslim dll[2] Riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Abbas R.A

HADITH POPULAR TAPI PALSU

HADIS POPULAR TETAPI PALSU.BAB KEPIMPINAN.

Kadang2 kita terlalu ghairah menegur kezaliman dan kemungkaran dan kita trsasul dgn menyandarkan perkataan kepada Baginda apa yg tidak disebutnya. Sabda Nabi yg bermaksud" Sesiapa yg mendustaiku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka". (Riwayat Bukhari dll) Oleh itu saya cuba megenengahkan beberapa hadis palsu untuk peringatan kita semua.
1.الناس على دين ملوكهم
Maksudnya : "Manusia itu berdasarkan agama (cara hidup) raja2 mereka (pemerintah)"Keterangan.Ia bukanlah hadis sebagaimana dinyatakan oleh AsSakhawi tetapi ia merupakan perkataaan Ibnu Umar . Sila Rujuk kitab Kasyful Khafa 2/311 dan Tahzirul Muslimin ms 119.
2.خيار امرائكم الذين يحبون قراءكم, وشرار قرائكم الذين يحبون امراءكم
Maksudnya: " Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang mengasihi ulama-ulama, dan seburuk-buruk ulama-ulama kami ialah yang mengasihi pemimpin.Keterangan:Ia bukan hadis tetapi ia merupakan kata-kata Qatadah (seorang ulama tabien), seperti yg diriwayatkan oleh Abu Nuaim. Sila rujuk Kassyfu Khafa 1/383 dan Tahzirug Muslimin Ms 98.
3.من دعا لظالم بطول البقاء فقد احب ان يعصي الله في ارضه
Maksudnya : "Sesiapa yang berdoa kepada org zalim supaya dipanjangkan umur maka sesungguhnya dia suka Allah diingkari (berlaku maksiat) di muka bumi.Keterangan:Ibnu AlJauzi berkata: Ia palsu, Al-Baihaqi di dalam kitabnya Syuabul Iman dan Ibnu Abi Dunya menyatakan ia merupakan kata-kata Hasan Al-Bisry-
BERSAMBUNG-

KHILAFIYAH DAN BID'AH

Menangani masalah Khilafiyah dan Bid’ah, mengelak fitnah dan perpecahan
Berkata Syeikh Hasan al-Banna; “Khilaf Fiqh dalam masalah-masalah cabang hendaklah jangan menjadi sebab berlakunya perpecahan dalam agama dan membawa kepada permusuhan dan kebencian kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya….”.[1]

Taujihat Hasan al-Banna tersebut sewajarnya menjadi ingatan setiap muslim hari ini kerana di depan kita ada matlamat perjuangan yang perlu kita capai. Kalau kita asyik bergaduh sesama sendiri dalam masalah furu’, sudah tentu penumpuan tidak dapat kita berikan kepada agenda yang lebih besar dan utama.Islam membenarkan berlakunya khilaf di kalangan para mujtahid dalam perkara-perkara furu’ yang tidak berkait dengan usul. Apabila berlaku khilaf tidak semestinya yang satu benar dan yang satu lagi salah, yang satu hak dan yang satu batil.

Abu Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Dua orang lelaki keluar bermusafir (pada zaman Rasulullah s.a.w.). Apabila masuk waktu solat, mereka tidak memiliki air untuk mengambil wudhuk, lalu mereka bertayammum dan mengerjakan solat. Namun setelah itu mereka menemui air dan waktu solat masih ada. Maka salah seorang dari mereka mengambil wudhuk dan mengulangi solatnya, adapun yang seorang lagi tidak mengulangi solatnya. Tiba di Madinah, mereka datang merujuk kepada Rasulullah s.a.w.. dan menceritakan apa yang berlaku itu. Lalu Rasulullah berkata kepada lelaki yang tidak mengulangi solatnya; “Apa yang kamu lakukan menepati sunnah dan solat kamu adalah sah/dikira bagi kamu”. Kepada seorang lagi pula Rasulullah berkata kepadanya; “Bagi kamu pahala/ganjaran dua kali”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai. Lihat hadis ini dalam Subulus-Salam, bab at-Tayammum)

Kerana itu bagi Imam as-Suyuti, khilaf yang berlaku di antara mazhab-mazhab berlegar antara yang paling benar dan yang benar, bukan di antara yang benar dan yang salah.[2]
Oleh demikian, berdasarkan pandangan ini, apabila kita berpegang dengan suatu pandangan mazhab –dalam masalah khilaf-, kita hanya layak untuk berkata; ‘Pada hemat saya inilah pandangan yang paling benar, adapun pandangan lain adalah benar’. Tidak harus kita berkata; “Bagi saya inilah sahaja pandangan yang benar, adapun pandangan lain adalah batil, munkar, bid’ah atau salah”.Perbezaan pendapat di antara para ulamak mujtahid mendatangkan rahmat kepada umat.

Hal ini ditegaskan oleh banyak ulamak. Antaranya Imam Ahmad yang berkata; “Perbezaan pendapat itu adalah kelapangan (bagi umat)”.

Berkata Umar Abdul ‘Aziz; “Aku tidak gembira jika para sahabat tidak berbeza pendapat. Kerana jika mereka tidak berbeza pendapat tidak akan ada kelapangan bagi umat…”. Berkata Imam as-Syatibi; “Ikhtilaf antara ulamak adalah rahmat bagi umat”.[3]

Oleh demikian, setiap orang Islam hendaklah berlapang dada dan menerima kepelbagaian pandangan dalam Islam yang dikeluarkan oleh para ulamak mujtahid. Tidak menjadi kesalahan jika ia hendak mengkaji di antara semua pandangan ulamak dalam suatu masalah, mana yang paling tepat. Namun hendaklah ia benar-benar memiliki kemampuan untuk berbuat demikian, di samping menjaga adab dengan para ulamak terdahulu serta meraikan adab-adab khilaf.

Khilaf yang tidak diizinkan

Namun, harus difahami juga bahawa bukan semua perkara harus berlaku khilaf. Khilaf hanya harus dalam masalah furu’. Adapun dalam masalah aqidah atau usul, tidak harus berlaku khilaf.

Oleh demikian, apabila berlaku pertembungan antara aqidah Ahlus-Sunnah dengan Muktazilah, Qadariah, Syi’ah dan seumpamanya, orang Islam wajib berpegang dengan aqidah Ahlus-Sunnah kerana ia adalah satu-satunya fahaman aqidah yang menepati al-Quran dan as-Sunnah. Dalam suasana hari ini, umat Islam wajib menolak segala bentuk ideologi yang bertentangan dengan aqidah Islam seperti Sekular, Komunis, Sosialis, Liberalisme dan sebagainya kerana tidak harus berlaku perbezaan dalam pegangan aqidah di kalangan umat Islam.

Berkata Imam al-Khattabi;
Khilaf dalam agama ada tiga bahagian;
Pertama; dalam mengisbatkan Pencipta dan keesaanNya. Mengengkari yang demikian adalah kufur.
Kedua; Dalam masalah sifat-sifat Allah dan kehendaknya. Mengengkarinya adalah bid’ah.
Ketiga; Dalam masalah furu’ yang diihtimalkan pelbagai pandangan. Hal ini dijadikan Allah sebagai rahmat dan kemuliaan bagi para ulamak. Khilaf jenis inilah yang dimaksudkan dalam hadis “Ikhtilaf (ulamak mujtahid) umatku adalah rahmat”.[4]Berkata Imam as-Subki; “Tiada syak bahawa khilaf dalam usul adalah sesat dan menjadi penyebab kepada segenap kefasadan sebagaimana ditunjuki al-Quran”.[5]

Tidak harus mengingkari masalah khilaf
Dalam senarai kaedah-kaedah fiqh, terdapat satu kaedah yang menegaskan;لا ينكر المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه“Tidak diingkari perkara yang diikhtilafkan, akan tetapi diingkari perkara yang telah diijmakkan”.[6]Berkata al-Hafidz Ibnu Rajab; “Munkar yang wajib diingkari ialah yang telah diijmakkan oleh para ulamak ke atasnya. Adapun perkara yang diikhtilafkan berkenaannya, maka di antara pandangan sahabat-sahabat kami (yakni ulamak-ulamak mazhab Hanbali); tidak wajib mengingkari orang yang melakukannya kerana ijtihadnya atau kerana ia bertaklid kepada seorang mujtahid dengan taklid yang harus”.[7]

Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya’nya; Tidak harus bagi seorang bermazhab Hanafi mengingkari seorang bermazhab Syafi’ie yang memakna dhab, dubu’ dan yang tidak dibacakan Basmalah (ketika disembelih). Begitu juga, tidak harus seorang bermazhab Syafi’ie mengingkari seorang yang bermazhab Hanafi yang meminum nabiz yang tidak memabukkan…”.

Berkata Imam Nawawi; “Amalan-amalan dan ucapan-ucapan yang rumit yang tertakluk dengan ijtihad, tidak harus orang-orang awam menceburinya dan tidak harus mereka mengingkarinya. Hal demikian hendaklah diserahkan kepada para ulamak. Para ulamak pula mereka hanya mengingkari/menegah perkara yang telah diijmakkan. Adapun perkara yang diiktilafkan, tidak ada keingkaran terhadapnya kerana menurut salah satu dari dua mazhab (berkenaan ijtihad); setiap mujtahid adalah benar.

Pandangan ini adalah yang terpilih di sisi ramai para muhaqqiqin (penganalisis) atau kebanyakan mereka. Adapun menurut satu pandangan/mazhab lagi; yang benar satu sahaja dan yang salah tidak tertentu bagi kita dan dosa terangkat darinya…”.Berkata Imam Ibnu Taimiyyah; “Jika suatu masalah itu harus ijtihad padanya maka tidak dipertikaikan orang yang berbeza pandangan sama ada ia seorang mujtahid atau yang bertaklid”.

Berpegang dengan mazhab

Kaum muslimin terdiri dari dua golongan;
1. Golongan yang memiliki kemampuan untuk berijtihad. Golongan ini dikenali sebagai mujtahid dan bilangan mereka amat sedikit kerana para ulamak silam meletakkan syarat yang cukup ketat bagi ijtihad demi menjaga agama dari diseleweng atau disalahtafsirkan. Golongan ini tidak harus bertaklid. Mereka wajib mencungkil sendiri hukum hakam dari al-Quran dan as-Sunnah.

2. Golongan yang tidak memiliki kemampuan untuk berijtihad. Golongan ini adalah kebanyakan penganut Islam. Mereka dituntut merujuk kepada alim-ulamak berdasarkan perintah Allah;“…dan bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”. (an-Nahl: 43)فإنما شِفَاء العِيّ السُّؤالُ“Sesungguhnya ubat bagi orang yang jahil ialah bertanya”. (Riwayat Imam Abu Daud dan ad-Daruqutni)
Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Harus bertaklid bagi orang yang tidak sampai darjah ijtihad. Wajib atasnya mengikuti seorang imam yang dapat ia mengambil panduan darinya dan bertaklid kepadanya dalam mengenali hukum-halam halal dan haram. Tidak harus bagi orang sepertinya untuk memberi fatwa kepada orang lain sekalipun ia memiliki keseluruhan kitab-kitab hadis”.[8]Berkata Imam as-Syatibi; “Fatwa-fatwa para mujtahidin dinisbah kepada orang-orang awam umpama dalil-dalil Syarak dinisbah kepada para mujtahid”. [9]

Dr. Abdul Karim Zaidan menjelaskan; Seorang mujtahid hendaklah memperolehi hukum-hakam dari sumber-sumbernya yang asli dengan cara pemerhatian dan ijtihad. Tidak harus taklid baginya. Adapun orang yang tidak mampu berijtihad, wajib atasnya bertanya ahli ilmu (ulamak). Bertanyakan ahli ilmu sama ada secara musyafahah atau dengan merujuk kepada pandangan-pandangan mereka yang termuat di dalam kitab-kitab yang dipercayai yang menceritakan tentang pandangan-pandangan mereka dan menaqalkan dengan penaqalan yang soheh. Oleh demikian, harus bagi orang awam untuk mengikuti satu mazhab tertentu dari mazhab-mazhab yang makruf dan wujud hari ini dan dinaqalkan kepada kita dengan penaqalan yang soheh….”.[10]

Masalah Bid’ah

Bid’ah akhir-akhir ini telah menggoncang kesatuan para pendokong Islam dalam menghadapi musuh-musuh mereka yang semakin hebat dan semakin licik mengatur serangan. Melakukan bid’ah sememangnya suatu kesalahan atau dosa dalam Islam. Tetapi harus diingat bahawa bukan bid’ah sahaja satu-satunya penyakit yang bakal merosakkan umat Islam dan kekuatan mereka. Di sana terdapat penyakit kufur, syirik, nifaq, munkar, dosa dan maksiat yang di mana penyakit-penyakit ini diulangi berpuluh kali oleh Allah di dalam al-Quran (malah juga as-Sunnah) berbanding dengan bid’ah yang disebut dalam beberapa hadis sahaja.

Malah dewasa ini munkar dan maksiat menjadi masalah besar dalam masyarakat kita, namun terdapat sesetengah pihak cuba memalingkan perhatian kita dari memikirkan masalah besar tersebut kepada memikirkan persoalan bid’ah dalam hal-hal furu’.

Para ulamak sepakat bahawa istilah bid’ah mengikut Syarak hanya berlaku dalam masalah agama. Secara khususnya ia merangkumi tiga persoalan;1. Aqidah2. Ibadah3. Halal dan haramBegitu juga, mereka mensepakati bahawa perkara baru dalam agama yang direka-reka tanpa mempunyai sebarang asas atau asal-usul dari Syarak (sama ada dari al-Quran, as-Sunnah, Ijmak atau sebarang bentuk pendalilan yang muktabar di sisi ulamak), maka ia adalah bid’ah yang sesat. Ia dinamakan sebagai bid’ah haqiqiyah yang disepakati ulamak bahawa ia haram dan tercela. Contohnya ialah;

1. Dalam masalah aqidah; bid’ah Muktazilah, Jabariyah, Qadariah. Pada hari ini dapat kita masukkan dalam bid’ah jenis ini; Islam liberal, Sekular, Sosialis dan sebagainya.
2. Dalam masalah ibadah; memuja dan berdoa kepada kubur-kubur yang dianggap keramat, bernazar kepada selain Allah.3. Dalam masalah halal-haram; menghalalkan riba, arak, judi, pelacuran, pendedahan aurat dan sebagainya.

Di sana terdapat bentuk bid’ah yang diikhtilafkan antara ulamak iaitu bid’ah yang dinamakan sebagai bid’ah idhafiyyah. Bid’ah Idhafiyyah ialah suatu amalan yang terdapat asal-usulnya dalam syarak, cuma kaifiyat dan cara pengamalannya sahaja yang ditambah dari yang disebutkan Syarak. Kerana itu ia dinamakan Idhafiyah yang bermaksud sandaran/tambahan.

Contoh amalan yang termasuk dalam kategori bid’ah idhafiyah ini ialah;1. Berzikir dan berdoa selepas solat beramai-ramai (secara berjamaah).2. Bersalaman selepas solat fardhu.3. Membaca tahlil beramai-ramai.4. Muazzin membaca selawat dengan suara yang kuat selepas melaungkan azan.5. Tambahan Saidina dalam selawat.6. Membaca Yaasin malam jumaat.7. Berpuasa nisfu Syaban8. Himpunan maksurat yang dibaca di waktu pagi dan petang.

Para ulamak dalam mentafsirkan bid’ah terdapat dua kecenderungan;[11]
Pertama; Meletakkan semua jenis bid’ah adalah haram dan sesat tanpa membahagikannnya kepada bid’ah hasanah dan bid’ah saiyyiah atau mazmumah. Antara ulamak yang mempunyai kecenderungan ini ialah Imam Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim, as-Syatibi dan aliran Salafi hari ini. Bagi kumpulan ini, bid’ah idhafiyah juga tergolong dalam bid’ah yang diharamkan. Bagi mereka, bukan hanya amalan perlu ada dalil, malah kaifiyat dan cara mengamalkan juga perlu ada dalil.

Kedua; Membahagikan bid’ah kepada dua kategori iaitu bida’h hasanah dan bid’ah saiyyiah. Bid’ah hasanah ialah amalan-amalan yang menepati dalil-dalil Syarak. Adapun bid’ah saiyiah ialah yang bercanggah dengan dalil-dalil Syarak. Pandangan ini menjadi pegangan jumhur ulamak termasuk Imam Syafi’ie, Imam Ibnu Hazm, Imam al-Ghazali, Imam Ibnu al-Athir, Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar, Imam al-Zarkasyi, Imam al-Qarafi dan sebagainya. Bagi pandangan ini, jika suatu amalan itu terdapat asal-usulnya dari Syarak, maka tidak boleh dinamakan bid’ah yang sesat jika dilakukan dengan kaifiyat yang ditambah asalkan kaifiyat itu tidak bertentangan dengan Syarak. Kecualilah jika terdapat dalil yang menegaskan suatu amalan itu wajib dilakukan dengan kaifiyat tertentu, maka tidak harus berpaling kepada kaifiyat yang lain seperti solat lima waktu dan sebagainya.

Berkata Imam Syafi’ie; “Perkara-perkara baru dalam urusan agama ada dua jenis;

Pertama; Perkara baru yang menyalahi al-Quran, as-Sunnah, atsar (kata-kata sahabat) atau ijmak, maka ia adalah bid’ah yang sesat.

Kedua; Perkara baru yang berbentuk kebaikan yang tidak ada seorang ulamak pun yang mempertikainya, maka ia adalah perkara baru yang tidak tercela.

Saidina Umar r.a. pernah berkata mengenai solat Terawikh (yang dilakukan berjamaah di belakang seorang imam); “Sebaik-baik bid’ah ialah ini”. Ianya membawa erti bahawa ianya benda baru dan belum pernah dilakukan sebelumnya…”.[12]Berkata Imam Ibnu Rajab; “Yang dimaksudkan dengan bid’ah itu ialah perkara yang baru diwujudkan yang tidak ada dalil yang membuktikannya di dalam Syariat. Manakala sesuatu yang mempunyai dalil yang menunjukkannya, maka ia bukanlah bid’ah dari segi Syarak walaupun ia bid’ah dari segi bahasa”[13]

Dalam apa keadaan sekalipun, setiap muslim harus menerima hakikat bahawa amalan-amalan dalam bid’ah idhafiyah tersebut menjadi medan khilaf di kalangan ulamak. Sebagaimana ditegaskan tadi, dalam masalah khilafiah kaum muslimin hendaklah berlapang dada sesama sendiri demi menjaga kesatuan sesama mereka. Adalah lebih baik memberi tumpuan kepada membasmi gejala murtad, maksiat, munkar dan bid’ah haqiqiyah dari menyebukkan diri dengan bid’ah idhafiyah yang pastinya tiada penyudahnya.

Hal tersebut telah diperingatkan oleh Syeikh Hasan al-Banna sejak 50 tahun yang lalu di mana beliau menulis dalam risalah Usul al-‘Isyrinnya;“Setiap bid’ah di dalam agama yang tiada asal-usulnya (dari nas Syarak), hanya semata-mata dipandang elok oleh hawa-nafsu manusia sama ada dengan menambah atau mengurangnya, ia adalah sesat dan wajib diperangi. Namun untuk membasminya hendaklah dengan jalan terbaik yang tidak membawa kepada keburukan yang lebih besar”. (Usul ke 11)“Bid’ah Idhafiyyah dan at-Tarkiyyah dan melazimi ibadah-ibadah yang mutlak merupakan khilaf fiqh di mana setiap ulamak terdapat pandangannya tersendiri. Namun tidak menjadi kesalahan untuk mencari kebenaran berdasarkan dalil dan bukti”. (Usul ke 12).

Syeikh Said Hawa juga menegaskan; “Tidak harus kita menghukum suatu amalan sebagai bid’ah yang diharamkan kecuali apabila telah disepakati oleh imam-imam mujtahid atau imam-imam fatwa bahawa ia adalah bid’ah. Adapun jika mereka berikhtilaf dalam membid’ah atau mengharamkannya, maka perkara terbabit adalah luas (yakni diberi kelonggaran) dinisbah kepada orang awam. Adapun bagi orang yang mengetahui jalan-jalan dalil, maka perkara tersebut baginya lebih sempit di mana jika yang rajih baginya ialah dalil terkuat yang membid’ahkannya, maka wajib atasnya menjauhi perkara tersebut. Namun tidak ada hak baginya untuk berkeras mengingkari orang yang mengikuti imam-imam mujtahid atau imam-imam fatwa dalam hal atau masalah seumpama itu…”

.[14]*** والله أعلم بالصواب***Akhukum,Us. Ahmad Adnan Fadzil,Pusat Bimbingan Wawasan Ummah,Changlun, Kedah.18 Sya’ban 1427, 11 Sept. 2006.Bacaan dan rujukan1. Ikhtilaf al-Mazahib, Imam as-Suyuti, Dar al-I’tisham, Qaherah-Mesir (1989)2. Fahmul-Islam Fi Dzilali al-Usul al-‘Isyrin, Syeikh Jum’ah Amin Abdul-Aziz, Dar ad-Da’wah, Iskandariyah-Mesir (1990).3. Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, Imam an-Nawawi, Muassasah al-Mukhtar, Qaherah-Mesir (2001)4. Faidhul-Qadier Syarh al-Jami’ as-Saghier, al-‘Allamah al-Minawi, Dar al-Fikr (tanpa tarikh).5. Al-Asybah wa An-Nazair Fi Qawa’id wa Furu’ Fiqh asy-Syafi’iyyah, Imam as-Suyuti, Dar al-Fikr, Beirut-Lubnan.6. Taghyir an-Munkar Baina al-Ifrat wa at-Tafrit, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, Dar al-Kitab al-‘Arabi, Syirbin-Mesir (1991).7. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, Dr. Abdul Karim Zaidan, Dar at-Tauzi’ wa an-Naysr al-Islami, Qaherah-Mesir (1993).8. Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, Imam an-Nawawi, Dar al-Fikr, Beirut-Lubnan (1996)9. Al-Asas fi As-Sunnah wa Fiqhhuha, Syeikh Said Hawa, Dar as-Salam, Qaherah-Mesir (1992).10. Fahmu Usul al-Islam, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Dar at-Tauzi’ wa an-Naysr al-Islami, Qaherah-Mesir (1993).Nota Hujung;[1] Usul ke 8 dari Usul Isyrin, Syeikh Hasan al-Banna.[2] Ikhtilaf al-Mazahib, Imam as-Suyuti, hlm. 34.[3] Fahmul-Islam, hlm. 134.[4] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi.[5] Faidhul-Qadier, hadis no. 288.[6] Al-Asybah wa An-Nazair, Imam as-Suyuti, hlm. 202.Dikecualikan khilaf yang lemah dan boleh menjadi faktor pendorong kepada larangan yang telah disepakati. Contohnya; Khilaf dalam masalah riba an-Fadl. Sekalipun terdapat pandangan Ibnu ‘Abbas dan Ibnu ‘Umar mengharuskannya, tetapi pandangan mereka amat lemah kerana terdapat hadis soheh yang banyak yang menegaskan pengharamannya. Malah terdapat keterangan bahawa mereka berdua telah menarik kembali pandangan mereka itu. Begitu juga, khilaf dalam masalah nikah Mut’ah. Khilaf tersebut adalah lemah dan boleh membawa kepada penzinaan. (Rujuk; Taghyir an-Munkar, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, hlm. 64. Lihat juga; Al-Asybah wa An-Nazair, Imam as-Suyuti, hlm. 202.).[7] Taghyir an-Munkar, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, hlm. 63-64.[8] Fahmul-Islam, hlm. 111.[9] Fahmul-Islam, hlm. 111.[10] Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, hlm. 409.[11] Fahmu Usul al-Islam, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, hlm. 123.[12] Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, Imam an-Nawawi, jil. 3, hlm. 21.[13] Jami’ al-Ulum wa al-Hikam (dinaqalkan dari kitab Al-Asas fi As-Sunnah wa Fiqhhuha, Syeikh Said Hawa, jil. 1, hlm. 361).[14] Al-Asas fi As-Sunnah wa Fiqhhuha, Syeikh Said Hawa, jil. 1, hlm. 341-342.Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:04 PM