PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Tuesday, October 28, 2008

HADIS NABI BERKAITAN ALAT MUZIK

1. Sabda Nabi SAW

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَّ وَالْحَرِيرَ وَالْمَعازِفَ

Maksudnya: ‘Akan pasti ada dari kalangan umatku beberapa kaum yg menghalalkan zina, sutera dan alat-alat muzik (maazif)’.

Kedudukan hadis.
Hadis ini disebut oleh Imam Bukhari di dalam Sohihnya dlm bentuk ‘muallaq’ (tanpa sanad yg muttasil)
Ibnu Hazm di dalam kitab ‘AlMuhalla’ mendakwa bahawa hadis ini adanya terputus sanad ‘inqitho’
Ibnu Hajar Al-Asqallani di dalam ‘Fathulbari’ menolak kenyataan Ibnu Hazm ini dengan bukti-bukti yg terperinci dan menyatakan bahawa kenyataan Ibnu Hazm ini adalah satu kesilapan yang berpunca dari kurangnya peneliian. (Fathul Bari 11/136).

Ibnu Solah di dalam kitabnya ‘Al-Muqaddimah fi ulumil Hadis’ juga menolak kenyataan Ibnu Hazm tersebut dengan katanya : Sudah menjadi perkara yg dipersetujui oleh ahli hadis bahawa ‘shighah ta’liq’ (hadis yg zahirnya terputus sanad) yg disebut oleh Bukhari denagn lafaz yg jazam (putus) ianya adalah sohih. (Al-Muqaddimah 39)

Begitu juga Dr Nuruddin Etir Ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah Universiti Damsyiq menyokong Ibnu Solah dan lain-lain yang menolak kenyataan Ibnu Hazm dalam masalah ini. (Manhajun Naqd 79)

Kesimpulannya ;
hadis ini adalah sohih dan tidak boleh dipegang pandangan Ibnu Hazm dlm masalah ini setelah jelas kesilapannya.
Sesiapa yg inginkan penjelasan lanjut (bagi mereka yg bolehlah merujuk kitab-kitab yg disebut di atas)

2. Sabda Nabi SAW:

فَصْلُ ما بَينَ الحَلالِ وَالحَرامِ الدُفُّ والصَوْتُ في النِّكاح

Maksudnya: “ pemisah di antara halal dan haram ialah kompang dan suara (nyanyian) pada majlis pernikahan”

Kedudukan hadis:

Hadis ini diriwayatkan oleh Attirmizi, Nasaei, Ibnu Majah, Imam Ahamad dan lain-lain. Imam Tirmizi menghukumnya sebagai hadis hasan.

Keterangan ringkas.
Nabi SAW telah memberitahu kita satu penyelewengan yang akan berlaku di kalangan umatnya iaitu menghalalkan perkara-perkara yg diharamkan Allah SWT seperti zina, sutera dan ‘maazif’ (alat muzik) kecuali kompang.

Wallahua’lam.

Ust Khairul Azmi AlMuqry
Jabatan Hadis Al-Azhar




Sunday, October 26, 2008

KESALAHAN DLM FATIHAH (SIRI 3)

KESALAHAN DALAM ALFATIHAH. (SIRI 3)

Kesalahan dalam Ayat 2.

1. Membaca huruf (ل) dengan dengan ‘qalqalah’ pada kalimah (الحمد)

2. Menebalkan (membaca dgn bacaan yg kasar) huruf (ل) pada kalimah (الحمد)

3. Membaca huruf (ح) dengan tebal pada kalimah (الحمد)

4. Membaca huruf (م) dengan qalqalah pada kalimah (الحمد)

5. Membaca dengan ‘ikhtilas’ dhommah (tidak sempurna sebutannya dengan tidak dimuncungkan sedikit bibir kehadapan) pada huruf (د) dalam kalimah (الحمد). Ini merupakan kesilapan yg sangat banyak berlaku.

6. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yg seakan-akan ‘taqlil’.

7. Membaca huruf (ل) pada kalimah (لله) dengan sebutan yang kasar atau dengan loghat-loghat tertentu.

8. Tidak menjelaskan sebutan huruf (ه) pada kalimah (لله)

9. Tidak men ‘tafkhimkan’ (menebalkan) huruf (ر) pada kalimah (رب)

10. Membaca huruf (ل) dengan qalqalah pada kalimah (العالمين)

11. Menyebut huruf (ع) dengan suara yang datang dari hidung

12. Menyebut huruf (ع) dengan ‘isti’la’ (tebal) pada kalimah (العالمين)

13. Mendengungkan bacaan pada ‘mad ‘aridh lissukun’ pada kalimah (العالمين)

Friday, October 24, 2008

FATWA BERKAITAN PERAYAAN ORG BUKAN ISLAM

1) Mengucap tahniah sempena perayaan tersebut.

Syeikh Mustafa Zarqa di dalam kitabnya ‘Al-Fatawa’ menyatakan bahawa tidak mengapa seorang muslim mengucapkan tahniah kepada bukan muslim sempena perayaan ‘Eidul Masih’ jika ia setakat ‘mujamalah’ iaitu menjaga hubungan dengan mereka bukannya mengakui agama dan aqidah mereka atau bersetuju dengan mereka. (Fatawa Mustafa Zarqa MS 355-356)

Dr Yusof Qaradhawi juga mengeluarkan pandangan yang sama di dalam kitabnya ‘Fatawa Muaasyirah’ (Lihat Fatawa Muaasyirah jil 3 ms 668-673)

2) Melibatkan diri dengan perayaan mereka.

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah membincangkan masalah ini dengan panjang lebar di dalam kitabnya ‘Iqtidhous syirotul mustaqim’. Kesimpulan apa yg telah dibinncangkan beliau ialah haram sama sekali kita melibatkan diri dengan perayaan-perayaan atau majlis-majlis keagamaaan mereka. (Ms 29-34)

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sohih bahawa Abdullah bin Umar berkata : ‘Sesiapa membina bangunan di negeri orang ajam (bukan Islam) dan mengadakan majlis perayaan mereka dan mengikut cara mereka sehingga mati, nescaya ia dibangkitkan bersama mereka pada hari kiamat”

Dr Yusof Qaradhawi juga menentang dengan keras penglibatan orang Islam dengan mana-mana perayaan orang bukan Islam seperti perayaan krismas dll.

Peringatan:
1. Perlu kita membezakan di antara perayaan keagamaan dan kebudayaan. Yang haram ialah melibatkan perayaan keagaaman mereka sahaja.

2. Walaupun kita diperintahkan untuk berdakwah kepada mereka tetapi ada batasan-batasan yang perlu dijaga .Matlamat tidak menghalalkan cara. (Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku)

3. Konsep dakwah tidak sekali-kali bercanggah dengan mana-mana konsep dalam aqidah atau syariah, tetapi ia perlu beriringan antara satu sama lain. (Akhir-akhir ini kedengaran ada suara yang seolah-olah menganggap dakwah dan syariah ada perbezaan dan percanggahan.)

4. Sesiapa yang ingin keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab yg disebutkan di atas.

Wallahua’lam.

Ust Khairul Azmi Al-Muqry

Tuesday, October 21, 2008

KESALAHAN DLM ALFATIHAH (SIRI 2)

KESALAHAN DI DALAM ALFATIHAH.(SIRI 2)

KESALAHAN YG TIDAK MENCACATKAN BACAAN DI SUDUT ULAMA' FEQAH (BEERTI MASIH SAH BACAANYA) TETAPI DIKIRA SALAH MENURUT QURRA'. (KURANG FASIH)

Kesalahan dalam Ayat Pertama. (basmalah)

Menyebut huruf (س) dengan qalqalah dalam kalimah (بسم) sedangkan ia bukan huruf qalqalah.
Membaca dengan tebal huruf (ب) pada kalimah (بسم) sedangkan ia huruf 'istifal' bukannya 'isti'la'.
Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan sebutan hampir kepada 'imalah shughro' ataupun 'taqlil'
Menyebut huruf (ل) dalam kalimah (الله) dengan tebal atau tafkhim.
Menyebut huruf (ه) dalam kalimah (الله) dengan sebutan yg tidak sempurna sampai ke makhrajnya.
Membaca dengan 'idkhol' (panjang) di antara huruf (ه) dan huruf (ر) yang bertasydid dalam kalimah (الله الرحمن)
Memanjangkan bacaan ketika tasydid (ر) di dalam kalimah (الرحمن) sehingga seolah-olah ia menambahkan huruf (ر) tersebut.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan sebutan hamper kepada 'taqlil'.
Menyebut huruf (م) dalam kalimah (الرحمن) dengan tebal atau dengan loghat-loghat tertentu. (Loghat-loghat banyak sekali mempengaruhi bacaan seseorang)
Menyebut huruf (ح) dalam kalimah (الرحيم) seolah-olah berbaris 'fathah'.
Membaca seolah-olah mentasydidkan huruf (ح) pada kalimah (الرحيم)
dan lain-lain

Peringatan:
Untuk kefahaman yg lebih lanjut perlulah kepada musyafahah (berguru)

-bersambung-

Saturday, October 18, 2008

BETULKAH FATIHAH ANDA?

BENARKAH ANDA TELAH MEMBACA AL-FATIHAH.

Sabda Nabi SAW:

لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب

Maksudnya:
“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”. (Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)

Dari hadis ini jumhur ulama menyatakan bahawa Al-fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu dlm solat melainkan Alhanafiyyah yg hanya menyatakan ianya hanya wajib sahaja bukannya rukun (menurut qaedah mereka yg membezakan antara wajib dan fardhu). (Lihat Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)

Persoalannya adakah bacaan kita selama ini dikira atau tidak?. Para ulama membahaskan masalah tersebut dengan mengatakan bahawa tidak sah solat orang yg membaca fatihah tetapi dlm bacaannya masih ada kesalahan yg besar yg mencacatkan fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dgn makhraj yg betul atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah, dan lain-lain (Lihat Mughni Muhtaj 1/327, dll)

KESILAPAN-KESILAPAN YG BESAR YG BIASA BERLAKU YG MENCACATKAN FATIHAH.

1. Menukarkan huruf (ح) dengan huruf (ه) seperti kalimah (الحمد ، الرحيم) dll.

2. Menukarkan huruf (ع) dengan huruf (أ) seperti kalimah (العالمين ، أنعمت) dll.

3. Menukarkan huruf (أ) dengan huruf (ع) seperti kalimah (أنعمت)

4. Menkarkan huruf (ق) dengan huruf (ك) seperti kalimah (المستقيم)

5. Menukarkan huruf (ض) dengan huruf (د) seperti kalimah (الضالين)

6. Menukarkan huruf (ر) dengan huruf (غ) seperti kalimah (الرحمن ، غير)

7. Meninggalkan salah satu tasydid dari 14 tasdid dlm fatihah seperti (اياك)

8. Dan lain-lain.

Peringatan:
Tidak sah Fatihah seseorng jika ia masih melakukan kesalahan2 tersebut melainkan jika ia telah berusaha membetulkan bacaanya dihadapan guru tetapi lidahnya masih tidak mampu menyebutnya dengan betul kerana Allah tidak membebankan apa yg tidak kita mampu. Di sana banyak lagi kesalahan-kesalahan yg lain yg saya tidak sebutkan dini samada ia jarang berlaku atau ia merupakan kesalahan yg tidak menyebabkan fatihah tidak sah. InsyaAllah jika ada kelapangan saya akan bentangkan pula kesalahan-kesalahan yg kecil di supaya kita dapat memperkemaskan lagi bacaan kita.

Wallahua’lam
Ust Khairul Azmi Al-Muqry.

Wednesday, October 15, 2008

ORANG YANG PERTAMA DALAM SEJARAH

ORANG-ORANG YANG PERTAMA DALAM SEJARAH.
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi IbrahimAS

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nbi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.

9. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

WUDHUK DENGAN CARA MENYELAM

Saturday, October 11, 2008
MASALAH BERWUDHU’ DENGAN MENYELAM.

Soalan;"Bolehkah (sahkah) kita berwudhuk dengan membasuh anggota sekaligus semasa menyelam di dalam air?Dari 'Ruh Arau 11 okt 2008
Jawapan:Imam Nawawi Rahimahullah di dalam ‘Syarah Muhazzab’ menukilkan dari ulama’ muhaqqiqin dai kalangan mazhab Syafei bahawa wudhuknya sah walaupun ia tidak menyelam dalam tempoh yg lama. (Lihat Al-Majmuk 1/475)
Adapun menurut pendapat ulama’ mazhab Hanbali bahawa sah wudhuknya jika ia menyelam dlm tempoh yg boleh diandaikan ia boleh menyempurnakan tertib wudhuknya, jika tidak maka tidak sah wudhuknya.Mazhab Hanafi dan Maliki pula tidak menjadikan tertib sebagai fardhu wudhu’ tetapi ia hanya sekadar sunat sahaja, maka tidak lagi dipertikaikan tentang sahnya whuduk tersebut. (Sila lihat Fiqh Islami Sheikhuna Dr Wahbah 1/231)
Wallahua’lam

MENGAGUNGKAN SESEORANG


(Perbahasan Dr Wahbah Zuhaili dlm kitabya "Al-Bidaul Munkarah")
MENGAGUNGKAN SESAMA MAKHLUK DENGAN KETERLALUAN.
Sesungguhnya menghormati orang yang mempunyai kedudukan dari kalangan orang Islam merupakan perkara yang dituntut, tetapi dengan tidak keterlaluan dan melampaui batas. Maka tidak boleh menyucikan dan mengagungkan selain dari Allah seperti (mengagungkan) manusia yang masih hidup atau telah mati, batu-batu, pokok-pokok, malaikat, binatang,maqam-maqam dan lain-lain, dan tidak boleh juga pujian yang melampau.
Sabda Nabi S.A.W
لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم, انما انا عبد الله ، فقولوا : عبد الله ورسوله
.Maksudnya:“Jangan kamu melampau di dalam memuji atau mengangkat kedudukan seperti melampaunya golongan Nasrani (di dalam mengangkat kedudukan) Ibnu Maryam. Sesungguhnya aku adalah hamba Allah, maka katakanlah :Hamba Allah dan Rasulnya”[1] (H.R Bukhari dan Muslim)
Sabdanya lagi :
اياكم والغلو في الدين ، فانما أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين
Maksudnya :“Awasilah kamu dari melampau di dalam agama. Sesungguhnya telah merosakkan orang yang sebelum kamu oleh sikap melampau didalam agama”.[2] (H.R Ibnu Majah)
Maka apabila seseorang menyangka bahawa ada makhluk yang berkuasa menguruskan ala mini, atau boleh memberi kesan untuk mendatangkan manfaat atau menolak kemudharatan, atau dia bertaqarrub dengan makhluk kepada Allah, adalah yang demikian itu merupakan bid’ah yang mungkar, melampaui batas yang tercela dan haram.
Ulasan saya (Us Khairul):
1) Dlm masalah ini kita perlu berhati hati supaya kita tidak terlalu mengagungkan mana mana individu dengan apa-apa cara sekalipun, samada individu tersebut seorang ulama atau tokoh yang mempunyai kelebihan yg tertentu. Jika seseorang itu mengagungkan mana mana individu sekurang-kurangnya ia telah dihinggapi penyakit taassub dan yg lebih parah lagi ia boleh membawa kepada 'ithro' (mengangkat seseorang dgn kedudukan yg tidak sepatutnya).
2) Kaedah "SADDUZZARAI' perlu diambil kira dlm masalah ini kerana ia boleh menyebabkan penyelewengan jika ia tidak dibendung. Sejarah telah membuktikan bahawa kesesatan kaum terdahulu ada yg berpunca dari mengagungkan org-org yg soleh sehingga dibuat patung-patung yg asalnya hanya sebagai penghormatan tetapi akhirnya menjadi berhala yg disembah.
3) Masalah ini tidak saya tujukan kepada masalah replika DS Anwar Ibrahim sahaja tetapi sebagai peringatan kepada semua, kerana saya melihat adanya penyakit taassub kepada individu2 tertentu di dalam Negara kita ini.Inilah sepintas lalu peringatan untuk diri ini dan tatapan utk semua.[1] Riwayat Bukhari , Muslim dll[2] Riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Abbas R.A

HADITH POPULAR TAPI PALSU

HADIS POPULAR TETAPI PALSU.BAB KEPIMPINAN.

Kadang2 kita terlalu ghairah menegur kezaliman dan kemungkaran dan kita trsasul dgn menyandarkan perkataan kepada Baginda apa yg tidak disebutnya. Sabda Nabi yg bermaksud" Sesiapa yg mendustaiku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka". (Riwayat Bukhari dll) Oleh itu saya cuba megenengahkan beberapa hadis palsu untuk peringatan kita semua.
1.الناس على دين ملوكهم
Maksudnya : "Manusia itu berdasarkan agama (cara hidup) raja2 mereka (pemerintah)"Keterangan.Ia bukanlah hadis sebagaimana dinyatakan oleh AsSakhawi tetapi ia merupakan perkataaan Ibnu Umar . Sila Rujuk kitab Kasyful Khafa 2/311 dan Tahzirul Muslimin ms 119.
2.خيار امرائكم الذين يحبون قراءكم, وشرار قرائكم الذين يحبون امراءكم
Maksudnya: " Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang mengasihi ulama-ulama, dan seburuk-buruk ulama-ulama kami ialah yang mengasihi pemimpin.Keterangan:Ia bukan hadis tetapi ia merupakan kata-kata Qatadah (seorang ulama tabien), seperti yg diriwayatkan oleh Abu Nuaim. Sila rujuk Kassyfu Khafa 1/383 dan Tahzirug Muslimin Ms 98.
3.من دعا لظالم بطول البقاء فقد احب ان يعصي الله في ارضه
Maksudnya : "Sesiapa yang berdoa kepada org zalim supaya dipanjangkan umur maka sesungguhnya dia suka Allah diingkari (berlaku maksiat) di muka bumi.Keterangan:Ibnu AlJauzi berkata: Ia palsu, Al-Baihaqi di dalam kitabnya Syuabul Iman dan Ibnu Abi Dunya menyatakan ia merupakan kata-kata Hasan Al-Bisry-
BERSAMBUNG-

KHILAFIYAH DAN BID'AH

Menangani masalah Khilafiyah dan Bid’ah, mengelak fitnah dan perpecahan
Berkata Syeikh Hasan al-Banna; “Khilaf Fiqh dalam masalah-masalah cabang hendaklah jangan menjadi sebab berlakunya perpecahan dalam agama dan membawa kepada permusuhan dan kebencian kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya….”.[1]

Taujihat Hasan al-Banna tersebut sewajarnya menjadi ingatan setiap muslim hari ini kerana di depan kita ada matlamat perjuangan yang perlu kita capai. Kalau kita asyik bergaduh sesama sendiri dalam masalah furu’, sudah tentu penumpuan tidak dapat kita berikan kepada agenda yang lebih besar dan utama.Islam membenarkan berlakunya khilaf di kalangan para mujtahid dalam perkara-perkara furu’ yang tidak berkait dengan usul. Apabila berlaku khilaf tidak semestinya yang satu benar dan yang satu lagi salah, yang satu hak dan yang satu batil.

Abu Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Dua orang lelaki keluar bermusafir (pada zaman Rasulullah s.a.w.). Apabila masuk waktu solat, mereka tidak memiliki air untuk mengambil wudhuk, lalu mereka bertayammum dan mengerjakan solat. Namun setelah itu mereka menemui air dan waktu solat masih ada. Maka salah seorang dari mereka mengambil wudhuk dan mengulangi solatnya, adapun yang seorang lagi tidak mengulangi solatnya. Tiba di Madinah, mereka datang merujuk kepada Rasulullah s.a.w.. dan menceritakan apa yang berlaku itu. Lalu Rasulullah berkata kepada lelaki yang tidak mengulangi solatnya; “Apa yang kamu lakukan menepati sunnah dan solat kamu adalah sah/dikira bagi kamu”. Kepada seorang lagi pula Rasulullah berkata kepadanya; “Bagi kamu pahala/ganjaran dua kali”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai. Lihat hadis ini dalam Subulus-Salam, bab at-Tayammum)

Kerana itu bagi Imam as-Suyuti, khilaf yang berlaku di antara mazhab-mazhab berlegar antara yang paling benar dan yang benar, bukan di antara yang benar dan yang salah.[2]
Oleh demikian, berdasarkan pandangan ini, apabila kita berpegang dengan suatu pandangan mazhab –dalam masalah khilaf-, kita hanya layak untuk berkata; ‘Pada hemat saya inilah pandangan yang paling benar, adapun pandangan lain adalah benar’. Tidak harus kita berkata; “Bagi saya inilah sahaja pandangan yang benar, adapun pandangan lain adalah batil, munkar, bid’ah atau salah”.Perbezaan pendapat di antara para ulamak mujtahid mendatangkan rahmat kepada umat.

Hal ini ditegaskan oleh banyak ulamak. Antaranya Imam Ahmad yang berkata; “Perbezaan pendapat itu adalah kelapangan (bagi umat)”.

Berkata Umar Abdul ‘Aziz; “Aku tidak gembira jika para sahabat tidak berbeza pendapat. Kerana jika mereka tidak berbeza pendapat tidak akan ada kelapangan bagi umat…”. Berkata Imam as-Syatibi; “Ikhtilaf antara ulamak adalah rahmat bagi umat”.[3]

Oleh demikian, setiap orang Islam hendaklah berlapang dada dan menerima kepelbagaian pandangan dalam Islam yang dikeluarkan oleh para ulamak mujtahid. Tidak menjadi kesalahan jika ia hendak mengkaji di antara semua pandangan ulamak dalam suatu masalah, mana yang paling tepat. Namun hendaklah ia benar-benar memiliki kemampuan untuk berbuat demikian, di samping menjaga adab dengan para ulamak terdahulu serta meraikan adab-adab khilaf.

Khilaf yang tidak diizinkan

Namun, harus difahami juga bahawa bukan semua perkara harus berlaku khilaf. Khilaf hanya harus dalam masalah furu’. Adapun dalam masalah aqidah atau usul, tidak harus berlaku khilaf.

Oleh demikian, apabila berlaku pertembungan antara aqidah Ahlus-Sunnah dengan Muktazilah, Qadariah, Syi’ah dan seumpamanya, orang Islam wajib berpegang dengan aqidah Ahlus-Sunnah kerana ia adalah satu-satunya fahaman aqidah yang menepati al-Quran dan as-Sunnah. Dalam suasana hari ini, umat Islam wajib menolak segala bentuk ideologi yang bertentangan dengan aqidah Islam seperti Sekular, Komunis, Sosialis, Liberalisme dan sebagainya kerana tidak harus berlaku perbezaan dalam pegangan aqidah di kalangan umat Islam.

Berkata Imam al-Khattabi;
Khilaf dalam agama ada tiga bahagian;
Pertama; dalam mengisbatkan Pencipta dan keesaanNya. Mengengkari yang demikian adalah kufur.
Kedua; Dalam masalah sifat-sifat Allah dan kehendaknya. Mengengkarinya adalah bid’ah.
Ketiga; Dalam masalah furu’ yang diihtimalkan pelbagai pandangan. Hal ini dijadikan Allah sebagai rahmat dan kemuliaan bagi para ulamak. Khilaf jenis inilah yang dimaksudkan dalam hadis “Ikhtilaf (ulamak mujtahid) umatku adalah rahmat”.[4]Berkata Imam as-Subki; “Tiada syak bahawa khilaf dalam usul adalah sesat dan menjadi penyebab kepada segenap kefasadan sebagaimana ditunjuki al-Quran”.[5]

Tidak harus mengingkari masalah khilaf
Dalam senarai kaedah-kaedah fiqh, terdapat satu kaedah yang menegaskan;لا ينكر المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه“Tidak diingkari perkara yang diikhtilafkan, akan tetapi diingkari perkara yang telah diijmakkan”.[6]Berkata al-Hafidz Ibnu Rajab; “Munkar yang wajib diingkari ialah yang telah diijmakkan oleh para ulamak ke atasnya. Adapun perkara yang diikhtilafkan berkenaannya, maka di antara pandangan sahabat-sahabat kami (yakni ulamak-ulamak mazhab Hanbali); tidak wajib mengingkari orang yang melakukannya kerana ijtihadnya atau kerana ia bertaklid kepada seorang mujtahid dengan taklid yang harus”.[7]

Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya’nya; Tidak harus bagi seorang bermazhab Hanafi mengingkari seorang bermazhab Syafi’ie yang memakna dhab, dubu’ dan yang tidak dibacakan Basmalah (ketika disembelih). Begitu juga, tidak harus seorang bermazhab Syafi’ie mengingkari seorang yang bermazhab Hanafi yang meminum nabiz yang tidak memabukkan…”.

Berkata Imam Nawawi; “Amalan-amalan dan ucapan-ucapan yang rumit yang tertakluk dengan ijtihad, tidak harus orang-orang awam menceburinya dan tidak harus mereka mengingkarinya. Hal demikian hendaklah diserahkan kepada para ulamak. Para ulamak pula mereka hanya mengingkari/menegah perkara yang telah diijmakkan. Adapun perkara yang diiktilafkan, tidak ada keingkaran terhadapnya kerana menurut salah satu dari dua mazhab (berkenaan ijtihad); setiap mujtahid adalah benar.

Pandangan ini adalah yang terpilih di sisi ramai para muhaqqiqin (penganalisis) atau kebanyakan mereka. Adapun menurut satu pandangan/mazhab lagi; yang benar satu sahaja dan yang salah tidak tertentu bagi kita dan dosa terangkat darinya…”.Berkata Imam Ibnu Taimiyyah; “Jika suatu masalah itu harus ijtihad padanya maka tidak dipertikaikan orang yang berbeza pandangan sama ada ia seorang mujtahid atau yang bertaklid”.

Berpegang dengan mazhab

Kaum muslimin terdiri dari dua golongan;
1. Golongan yang memiliki kemampuan untuk berijtihad. Golongan ini dikenali sebagai mujtahid dan bilangan mereka amat sedikit kerana para ulamak silam meletakkan syarat yang cukup ketat bagi ijtihad demi menjaga agama dari diseleweng atau disalahtafsirkan. Golongan ini tidak harus bertaklid. Mereka wajib mencungkil sendiri hukum hakam dari al-Quran dan as-Sunnah.

2. Golongan yang tidak memiliki kemampuan untuk berijtihad. Golongan ini adalah kebanyakan penganut Islam. Mereka dituntut merujuk kepada alim-ulamak berdasarkan perintah Allah;“…dan bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”. (an-Nahl: 43)فإنما شِفَاء العِيّ السُّؤالُ“Sesungguhnya ubat bagi orang yang jahil ialah bertanya”. (Riwayat Imam Abu Daud dan ad-Daruqutni)
Berkata Imam Ibnul-Qayyim; “Harus bertaklid bagi orang yang tidak sampai darjah ijtihad. Wajib atasnya mengikuti seorang imam yang dapat ia mengambil panduan darinya dan bertaklid kepadanya dalam mengenali hukum-halam halal dan haram. Tidak harus bagi orang sepertinya untuk memberi fatwa kepada orang lain sekalipun ia memiliki keseluruhan kitab-kitab hadis”.[8]Berkata Imam as-Syatibi; “Fatwa-fatwa para mujtahidin dinisbah kepada orang-orang awam umpama dalil-dalil Syarak dinisbah kepada para mujtahid”. [9]

Dr. Abdul Karim Zaidan menjelaskan; Seorang mujtahid hendaklah memperolehi hukum-hakam dari sumber-sumbernya yang asli dengan cara pemerhatian dan ijtihad. Tidak harus taklid baginya. Adapun orang yang tidak mampu berijtihad, wajib atasnya bertanya ahli ilmu (ulamak). Bertanyakan ahli ilmu sama ada secara musyafahah atau dengan merujuk kepada pandangan-pandangan mereka yang termuat di dalam kitab-kitab yang dipercayai yang menceritakan tentang pandangan-pandangan mereka dan menaqalkan dengan penaqalan yang soheh. Oleh demikian, harus bagi orang awam untuk mengikuti satu mazhab tertentu dari mazhab-mazhab yang makruf dan wujud hari ini dan dinaqalkan kepada kita dengan penaqalan yang soheh….”.[10]

Masalah Bid’ah

Bid’ah akhir-akhir ini telah menggoncang kesatuan para pendokong Islam dalam menghadapi musuh-musuh mereka yang semakin hebat dan semakin licik mengatur serangan. Melakukan bid’ah sememangnya suatu kesalahan atau dosa dalam Islam. Tetapi harus diingat bahawa bukan bid’ah sahaja satu-satunya penyakit yang bakal merosakkan umat Islam dan kekuatan mereka. Di sana terdapat penyakit kufur, syirik, nifaq, munkar, dosa dan maksiat yang di mana penyakit-penyakit ini diulangi berpuluh kali oleh Allah di dalam al-Quran (malah juga as-Sunnah) berbanding dengan bid’ah yang disebut dalam beberapa hadis sahaja.

Malah dewasa ini munkar dan maksiat menjadi masalah besar dalam masyarakat kita, namun terdapat sesetengah pihak cuba memalingkan perhatian kita dari memikirkan masalah besar tersebut kepada memikirkan persoalan bid’ah dalam hal-hal furu’.

Para ulamak sepakat bahawa istilah bid’ah mengikut Syarak hanya berlaku dalam masalah agama. Secara khususnya ia merangkumi tiga persoalan;1. Aqidah2. Ibadah3. Halal dan haramBegitu juga, mereka mensepakati bahawa perkara baru dalam agama yang direka-reka tanpa mempunyai sebarang asas atau asal-usul dari Syarak (sama ada dari al-Quran, as-Sunnah, Ijmak atau sebarang bentuk pendalilan yang muktabar di sisi ulamak), maka ia adalah bid’ah yang sesat. Ia dinamakan sebagai bid’ah haqiqiyah yang disepakati ulamak bahawa ia haram dan tercela. Contohnya ialah;

1. Dalam masalah aqidah; bid’ah Muktazilah, Jabariyah, Qadariah. Pada hari ini dapat kita masukkan dalam bid’ah jenis ini; Islam liberal, Sekular, Sosialis dan sebagainya.
2. Dalam masalah ibadah; memuja dan berdoa kepada kubur-kubur yang dianggap keramat, bernazar kepada selain Allah.3. Dalam masalah halal-haram; menghalalkan riba, arak, judi, pelacuran, pendedahan aurat dan sebagainya.

Di sana terdapat bentuk bid’ah yang diikhtilafkan antara ulamak iaitu bid’ah yang dinamakan sebagai bid’ah idhafiyyah. Bid’ah Idhafiyyah ialah suatu amalan yang terdapat asal-usulnya dalam syarak, cuma kaifiyat dan cara pengamalannya sahaja yang ditambah dari yang disebutkan Syarak. Kerana itu ia dinamakan Idhafiyah yang bermaksud sandaran/tambahan.

Contoh amalan yang termasuk dalam kategori bid’ah idhafiyah ini ialah;1. Berzikir dan berdoa selepas solat beramai-ramai (secara berjamaah).2. Bersalaman selepas solat fardhu.3. Membaca tahlil beramai-ramai.4. Muazzin membaca selawat dengan suara yang kuat selepas melaungkan azan.5. Tambahan Saidina dalam selawat.6. Membaca Yaasin malam jumaat.7. Berpuasa nisfu Syaban8. Himpunan maksurat yang dibaca di waktu pagi dan petang.

Para ulamak dalam mentafsirkan bid’ah terdapat dua kecenderungan;[11]
Pertama; Meletakkan semua jenis bid’ah adalah haram dan sesat tanpa membahagikannnya kepada bid’ah hasanah dan bid’ah saiyyiah atau mazmumah. Antara ulamak yang mempunyai kecenderungan ini ialah Imam Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim, as-Syatibi dan aliran Salafi hari ini. Bagi kumpulan ini, bid’ah idhafiyah juga tergolong dalam bid’ah yang diharamkan. Bagi mereka, bukan hanya amalan perlu ada dalil, malah kaifiyat dan cara mengamalkan juga perlu ada dalil.

Kedua; Membahagikan bid’ah kepada dua kategori iaitu bida’h hasanah dan bid’ah saiyyiah. Bid’ah hasanah ialah amalan-amalan yang menepati dalil-dalil Syarak. Adapun bid’ah saiyiah ialah yang bercanggah dengan dalil-dalil Syarak. Pandangan ini menjadi pegangan jumhur ulamak termasuk Imam Syafi’ie, Imam Ibnu Hazm, Imam al-Ghazali, Imam Ibnu al-Athir, Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar, Imam al-Zarkasyi, Imam al-Qarafi dan sebagainya. Bagi pandangan ini, jika suatu amalan itu terdapat asal-usulnya dari Syarak, maka tidak boleh dinamakan bid’ah yang sesat jika dilakukan dengan kaifiyat yang ditambah asalkan kaifiyat itu tidak bertentangan dengan Syarak. Kecualilah jika terdapat dalil yang menegaskan suatu amalan itu wajib dilakukan dengan kaifiyat tertentu, maka tidak harus berpaling kepada kaifiyat yang lain seperti solat lima waktu dan sebagainya.

Berkata Imam Syafi’ie; “Perkara-perkara baru dalam urusan agama ada dua jenis;

Pertama; Perkara baru yang menyalahi al-Quran, as-Sunnah, atsar (kata-kata sahabat) atau ijmak, maka ia adalah bid’ah yang sesat.

Kedua; Perkara baru yang berbentuk kebaikan yang tidak ada seorang ulamak pun yang mempertikainya, maka ia adalah perkara baru yang tidak tercela.

Saidina Umar r.a. pernah berkata mengenai solat Terawikh (yang dilakukan berjamaah di belakang seorang imam); “Sebaik-baik bid’ah ialah ini”. Ianya membawa erti bahawa ianya benda baru dan belum pernah dilakukan sebelumnya…”.[12]Berkata Imam Ibnu Rajab; “Yang dimaksudkan dengan bid’ah itu ialah perkara yang baru diwujudkan yang tidak ada dalil yang membuktikannya di dalam Syariat. Manakala sesuatu yang mempunyai dalil yang menunjukkannya, maka ia bukanlah bid’ah dari segi Syarak walaupun ia bid’ah dari segi bahasa”[13]

Dalam apa keadaan sekalipun, setiap muslim harus menerima hakikat bahawa amalan-amalan dalam bid’ah idhafiyah tersebut menjadi medan khilaf di kalangan ulamak. Sebagaimana ditegaskan tadi, dalam masalah khilafiah kaum muslimin hendaklah berlapang dada sesama sendiri demi menjaga kesatuan sesama mereka. Adalah lebih baik memberi tumpuan kepada membasmi gejala murtad, maksiat, munkar dan bid’ah haqiqiyah dari menyebukkan diri dengan bid’ah idhafiyah yang pastinya tiada penyudahnya.

Hal tersebut telah diperingatkan oleh Syeikh Hasan al-Banna sejak 50 tahun yang lalu di mana beliau menulis dalam risalah Usul al-‘Isyrinnya;“Setiap bid’ah di dalam agama yang tiada asal-usulnya (dari nas Syarak), hanya semata-mata dipandang elok oleh hawa-nafsu manusia sama ada dengan menambah atau mengurangnya, ia adalah sesat dan wajib diperangi. Namun untuk membasminya hendaklah dengan jalan terbaik yang tidak membawa kepada keburukan yang lebih besar”. (Usul ke 11)“Bid’ah Idhafiyyah dan at-Tarkiyyah dan melazimi ibadah-ibadah yang mutlak merupakan khilaf fiqh di mana setiap ulamak terdapat pandangannya tersendiri. Namun tidak menjadi kesalahan untuk mencari kebenaran berdasarkan dalil dan bukti”. (Usul ke 12).

Syeikh Said Hawa juga menegaskan; “Tidak harus kita menghukum suatu amalan sebagai bid’ah yang diharamkan kecuali apabila telah disepakati oleh imam-imam mujtahid atau imam-imam fatwa bahawa ia adalah bid’ah. Adapun jika mereka berikhtilaf dalam membid’ah atau mengharamkannya, maka perkara terbabit adalah luas (yakni diberi kelonggaran) dinisbah kepada orang awam. Adapun bagi orang yang mengetahui jalan-jalan dalil, maka perkara tersebut baginya lebih sempit di mana jika yang rajih baginya ialah dalil terkuat yang membid’ahkannya, maka wajib atasnya menjauhi perkara tersebut. Namun tidak ada hak baginya untuk berkeras mengingkari orang yang mengikuti imam-imam mujtahid atau imam-imam fatwa dalam hal atau masalah seumpama itu…”

.[14]*** والله أعلم بالصواب***Akhukum,Us. Ahmad Adnan Fadzil,Pusat Bimbingan Wawasan Ummah,Changlun, Kedah.18 Sya’ban 1427, 11 Sept. 2006.Bacaan dan rujukan1. Ikhtilaf al-Mazahib, Imam as-Suyuti, Dar al-I’tisham, Qaherah-Mesir (1989)2. Fahmul-Islam Fi Dzilali al-Usul al-‘Isyrin, Syeikh Jum’ah Amin Abdul-Aziz, Dar ad-Da’wah, Iskandariyah-Mesir (1990).3. Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, Imam an-Nawawi, Muassasah al-Mukhtar, Qaherah-Mesir (2001)4. Faidhul-Qadier Syarh al-Jami’ as-Saghier, al-‘Allamah al-Minawi, Dar al-Fikr (tanpa tarikh).5. Al-Asybah wa An-Nazair Fi Qawa’id wa Furu’ Fiqh asy-Syafi’iyyah, Imam as-Suyuti, Dar al-Fikr, Beirut-Lubnan.6. Taghyir an-Munkar Baina al-Ifrat wa at-Tafrit, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, Dar al-Kitab al-‘Arabi, Syirbin-Mesir (1991).7. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, Dr. Abdul Karim Zaidan, Dar at-Tauzi’ wa an-Naysr al-Islami, Qaherah-Mesir (1993).8. Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, Imam an-Nawawi, Dar al-Fikr, Beirut-Lubnan (1996)9. Al-Asas fi As-Sunnah wa Fiqhhuha, Syeikh Said Hawa, Dar as-Salam, Qaherah-Mesir (1992).10. Fahmu Usul al-Islam, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Dar at-Tauzi’ wa an-Naysr al-Islami, Qaherah-Mesir (1993).Nota Hujung;[1] Usul ke 8 dari Usul Isyrin, Syeikh Hasan al-Banna.[2] Ikhtilaf al-Mazahib, Imam as-Suyuti, hlm. 34.[3] Fahmul-Islam, hlm. 134.[4] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi.[5] Faidhul-Qadier, hadis no. 288.[6] Al-Asybah wa An-Nazair, Imam as-Suyuti, hlm. 202.Dikecualikan khilaf yang lemah dan boleh menjadi faktor pendorong kepada larangan yang telah disepakati. Contohnya; Khilaf dalam masalah riba an-Fadl. Sekalipun terdapat pandangan Ibnu ‘Abbas dan Ibnu ‘Umar mengharuskannya, tetapi pandangan mereka amat lemah kerana terdapat hadis soheh yang banyak yang menegaskan pengharamannya. Malah terdapat keterangan bahawa mereka berdua telah menarik kembali pandangan mereka itu. Begitu juga, khilaf dalam masalah nikah Mut’ah. Khilaf tersebut adalah lemah dan boleh membawa kepada penzinaan. (Rujuk; Taghyir an-Munkar, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, hlm. 64. Lihat juga; Al-Asybah wa An-Nazair, Imam as-Suyuti, hlm. 202.).[7] Taghyir an-Munkar, al-Hafidz Ibn Rajab al-Hanbali, hlm. 63-64.[8] Fahmul-Islam, hlm. 111.[9] Fahmul-Islam, hlm. 111.[10] Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, hlm. 409.[11] Fahmu Usul al-Islam, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, hlm. 123.[12] Tahzib al-Asma’ wa al-Lughat, Imam an-Nawawi, jil. 3, hlm. 21.[13] Jami’ al-Ulum wa al-Hikam (dinaqalkan dari kitab Al-Asas fi As-Sunnah wa Fiqhhuha, Syeikh Said Hawa, jil. 1, hlm. 361).[14] Al-Asas fi As-Sunnah wa Fiqhhuha, Syeikh Said Hawa, jil. 1, hlm. 341-342.Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:04 PM

FATWA PUASA QADHA'

NIAT QADHA + PUASA ENAM SYAWAL SERENTAK.

Soalan: Adakah boleh bagi seseorng mengqadhakan puasa ramadhan dan sekaligus dikira termasuk dlm puasa enam syawwal.

Jawapan.
kebanyakan di kalangan ulama' mengharuskan puasa sunnat digabungkan dgn puasa fardhu, tidak sebaliknya. ini sebagaimana dijelaskan oleh Imam Nawawi dalm Al-Minhaj, Jalaluddin Almahalli dlm syarah minhaj. Begitu juga Imam Ramli tlh memfatwakan bahawa ia dibolehkan.

Berkata Syeikh Doktor Ali Jum'ah (Mufti Mesir) ; Berdasarkan ini , harus bagi perempuan mengqadhakan puasa ramadhan yg di tinggalkannya di bulan syawwal. dgn itu memadailah ia daripada puasa enam hari di bulan syawwal, dan ia mendapat pahala tersebut (Qadha dan 6 syawal).

Tetapi jika kita ingin mengasingkan antara kedua2 puasa tersebut adalah lebih baik.
(sila rujuk Al-bayan Dr Ali Jumah Ms 304-305)

FATWA TENTANG HARI RAYA


ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA.
Soalan:“Ramai dari kalangan orang Islam menitik berat tentang ziarah kubur selepas menunaikan sembahyang hari raya, adakah disyariatkan ziarah seperti ini?”

Jawapan Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar)
Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.Di sebut di dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A dia berkata:“Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:
( استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي،
فزوروا القبور فانها تذكر الموت )
Maksudnya:“Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”.

Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W:
( كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة )
Maksudnya:“Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat”.

Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa pahalanya lebih besar pada hari-hari yang tertentu seperti hari Khamis dan Jumaat, kerana kuatnya hubungan di antara roh-roh dengan si mati. Pendapat ini tidak mempunyai dalil yang kuat.

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat dari Allah S.W.T untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki.
Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kita fatwa ini.

[Di dalam perbincangan tersebut, pendapat yang dipilih oleh sheikh ialah hukumnya makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan dari fatwa tersebut oleh penterjemah]

Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, maka ia ditegah. Ini kerana takziah selepas dari mayat dikebumikan lebih dari tiga hari adalah dilarang, samada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih padanya.[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh ‘Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-647]