PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Sunday, May 31, 2009

HADIS-HADIS KEPIMPINAN DAN PEMILIHAN (RENUNGAN UTK PERWAKILAN)

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبدَ الرحمنِ لا تَسْأَلِ الإمَارَةَ فَإنَّكَ إِنْ أُوتِيتَها عن مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إليها وإِنْ أُعْطِيتَها مِن غيرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عليها

Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)


عن أبى موسى قال: دَخَلْتُ على النبىِّ صلى الله عليه وسلم أنا ورَجُلانِ مِن بني عَمِّي فقال أحدُهما: يا رسولَ اللهِ أَمِّرْنا على بعضِ ما وَلَّاكَ اللهُ, وقال الأخَرُ مِثْلَ ذلك فقال عليه الصلاة والسلام "إنَّا واللهِ لا نُوَلِِّّى هذا العملَ أَحَدًا سَأَلَهُ أو أحدا حَرَصَ عليه

Maksudnya :Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

عن أبى ذرّ قال: قُلْتُ يا رسولَ الله أَلَا تَسْتَعْمِلُنِى ! فَضَرَبَ بِيَدِهِ على مَنْكِبِي ثم قال: " يا أبا ذرٍّّ !إنك ضعيفٌ وإنها أمانةُ وإنها يومَ القيامةِ خِزْيٌ ونَدامَةٌ إلا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّها وأَدَّى الذي عليه فيها.

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

(Riwayat Muslim)

مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلاً على عِصَابَةٍ وَفيهم مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ منه فقد خَانَ اللهَ ورسولَه
والمؤمنين



Maksudnya: Sesiapa yang melantik seseorang lelaki berdasarkan mana-mana kumpulan, sedangkan ada di kalangan mereka orang lain yang lebih diredhai Allah maka dia sudah mengkhianati Allah dan rasulnya dan orang-orang yang beriman.

Monday, May 25, 2009

MOGOK LAPAR ADALAH HARAM - FATWA SYEIKH 'ATHIYYAH SAQR

MOGOK LAPAR ADALAH HARAM - FATWA SYEIKH 'ATHIYYAH SAQR

Setelah bertalu-talu soalan berkaitannya diajukan kepada saya, di sini saya ingin kemukakan fatwa Syeikh Athiyyah Saqr Mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar berkaitan masalah ini, untuk kita kongsi bersama.
Terjemahannya adalah seperti berikut:

"SOALAN:
Apakah hokum mereka yang melakukan mogok lapar (sebagai protes) apabila dilakukan kezaliman ke atasnya, dan bagaimana menguruskannya?

JAWAPAN:
Tiada di dalam agama apa yang dinamakan mogok dari makan atau minum bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Ia merupakan wasilah yang negative yang wajib dihindari oleh seseorang, sedangkan di sana ada wasilah-wasilah yang lain yang dibenarkan syara' yang begitu banyak.
Sesiapa yang mengambil langkah ini sesungguhnya dia telah memudharatkan dirinya dengan dengan lapar dan dahaga dalam perkara yang bukannya ketaatan. Sedangkan hadis ada menyatakan "Tiada boleh memudharatkan (untuk dirinya) dan juga tiada boleh memudharatkan orang lain" .
Dalam masa yang sama dia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan, sedangkan Allah SWT berfrman yang bermaksud : " Dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Al-Baqarah 195).
Sesiapa yang mati disebabkan mogok tersebut ia dikira membunuh diri. Bunuh diri adalah dosa besar dan sesipa yang menghalalkannya ia menjadi kafir, tidak boleh dimandikan (jenazahnya), tidak disembahyangkan dan tidak boleh ditanam di perkuburan orang Islam"

Penterjemah:
Ust Khairul Azmi Al-Muqry
25.5.09

Rujukan:
1. Ahsanul kalam fil fatawa wal ahkam, Syeikh 'Athiyyah Saqr, Jil 1 Ms 366

Saturday, May 23, 2009

PONDOK PESANTEREN LANGITAN DI JAWA TIMUR BERUSIA 157 TAHUN

(Dari blog Mazlan Yasin- Rompin)

Alhamdulillah pada 29 April yang lalu saya telah mendaftarkan anak bungsu saya Muhammad Ikram untuk menyambung pengajian di Pondok Pesanteren tersebut.

Bersama beliau turut didaftrarkan Adik Omar daripada Keratong 1 dan Adik Saiful dari Melaka.
Ketiga-tiga mereka telah mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Darul Fikri ,Sri Damai Kuantan sebelum ini.

Pondok ini berasal dari sebuah surau kecil yang didirikan pada tahun 1852 oleh KH Muhammad Nur kini telah telah tersergam indah sebagai Pondok Pesanteren yang disegani dan terkenal.

Pondok ini mampu menampung 4,000 pelajar pada masa ini. Lebih kurang 2,000 pelajar lelaki dan begitu juga perempuan yang dipisahkan diantara satu dengan lain.
KH Abudullah Faqih yang memimpin Pondok ini adalah merupakan jenerasi ke lima sejak dari pondok ini ditubuhkan.

Menurut Ustaz Murtaji Alhamidi Rois Am ,Pondok ini mengekalkan system lama yang baik dan mengambil norma-norma baru yang lebih baik. Walaupun pihak kerajaan Indonesia ada mempelawa untuk menaik-tarafkan kepada level university mereka menolak. Namum standard ilmu yang diajar adalah setara atau lebih baik, InsyaAllah

Pondok ini mensyaratkan Wali pelajar menyerahkan anak mereka sebelum diterima untuk belajar di sini.

Semasa bertemu dengan Kiai Hj Abdullah Faqih orang no 1 di P.Pesentaran ini, rombongan kami tidak melepaskan peluang meminta beliau untuk memberikan kata-kata nasihat kepada kami .

Antara kata-kata nasihat beliau bermaksud “kita jangan berpuas dengan hasil padi yang boleh dituai dibendang tetapi ingat tanah bendang yang lebih penting untuk masa akan datang”
Apa yang kita perjuangankan adalah untuk dikecapi oleh jenerasi di masa akan datang , InsyaAllah.

Thursday, May 14, 2009

PANDUAN DARI HADIS BERKAITAN KEMELUT PERLANTIKAN M.B PERAK.

PANDUAN DARI HADIS BERKAITAN KEMELUT PERLANTIKAN M.B PERAK.

Imam Muslim dan Ahmad meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri Bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اِذا بُويِعَ لِخَلِيفَتَينِ فَاقْتُلُوا الاَخِرَ منهما

Bermaksud:
"Apabila dilantik dua khalifah (pemimpin dalam satu masa dan tempat) maka bunuhlah (perangilah, tentanglah) yang terkemudian antara keduanya"

Pengajaran hadis:
1. Sepakat ulama menyatakan haram dilantik dua khalifah di satu-satu masa seperti yang disebut oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim.
2. Perlantikan kedua dikira terbatal selagi pemimpin yang pertama masih sah memegang jawatan tersebut.
3. perlantikan kedu juga merupakan punca keamanan dan kestabilan tergugat.
4. Perlunya tentangan terhadap perlantikan kedua tersebut, sekalipun terpaksa menggunakan kekerasan.
5. Tindakan tegas terhadap perlantikan kedua adalah bagi menjaga kestabilan sesebuah negeri atau Negara.

Wallahua'lam

Ust Khairul Azmi Al-Muqry

Rujukan
1. Kanzul 'Ummal
2. Syarah Muslim Lin nawawi