PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Monday, July 6, 2009

PELAJAR DARUL FIKRI CEMERLANG DI SYRIA

Baru-baru ini saya mendapat satu panggilan telefon dari salah seorang anak murid saya di Syria. Seperti biasa banyaklah perkara yang dibicarakan, tetapi apa yang menarik kali ini dan membanggakan saya dan juga warga Darul Fikri ialah keputusan peperiksaan pelajar-pelajar kami di sana. Walaupun sebahagiannya masih belum menghabiskan peperiksaan lagi (bagi kuliah Syariah Fath Islami) tetapi ada sebahagiannya yang telah mendapat keputusan rasmi.

Empat orang pelajar kami yang memulakan pengajian di sana sep 2008 telah menunjukkan langkah pertama yang cemerlang dengan AHMAD NAFIS BIN AZAMI AL-HAFIZ berjaya mendapat pangkat MUMTAZ (Cemerlang) dalam peperiksaan bagi peringkat TA'HILI (Pra Universiti ) di Universiti Abu Nour, begitu juga BADRUN BIN BAIDURI AL-HAFIZ mendapat pangkat JAYYID JIDDAN (Sangat baik) di Institut Fath Islami , MOHD SYUKUR BIN RUSMAN AL-HAFIZ mendapat pangkat JAYYID (Baik) di Instutut Fath Islami, sementara seorang lagi pelajar kami ABDUL HAFIZ AHMAD FAZILAH hanya lulus sahaja di peringkat Pra Unuversiti Abu Nour.

Adapun 3 orang pelajar kami di Tahun 1 dan 2 di Kuliah Syariah, masih belum menghabiskan peperiksaan mereka lagi. Di harapkan mereka juga menempa kejayaan InsyaAllah.

Saya sebagai mudir Darul fikri mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kejayaan mereka. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah di atas anugerah ini, yang merupakan hasil bimbingan dan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat saya dari kalangan guru-guru (UST ROSLI A.JABBAR, UST ZAIDI AL-YAMANI, UST AMIR SALAM AD DIMASYQY, UST TAQIY ADDIMASYQY, UST BORHAN ADDIMASYQY ALMISRY DLL) yang tanpa mengira penat lelah membimbing mereka semasa mereka berada di tahap ini.

Kepada Allahlah kami mengharapkan agar kejayaan ini merupakan permulaan bagi kami dalam usaha untuk melahirkan HUFFAZ yang menjadi ULAMA' MUJAHID.

Aaamiiin Ya Rabbal 'Aalamiiin