PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Sunday, August 30, 2009

HARUS MENDERMA UNTUK MEMBINA GEREJA- TANTAWI TARIK BALIK KENYATAANNYA

Syaikhul Azhar Dr Muhammad Sayyed Tantawi menarik balik kenyataannya yang membenarkan seorang muslim menderma untuk pembinaan gereja, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Ad Dustur, beliau menyatakan kenyataannya telah disalah tafsirkan, sedangkan apa yang beliau maksudkan ialah derma tersebut dibolehkan bagi orang kristian sahaja sebagaimana org Islam dibolehkan menderma untuk masjid.


Akhbar Ad Dustur juga melaporkan bahawa terdapat desakan-desakan yang menghubungi syeikh azhar dan mufti bagi menyelesaikan masalah yang menimbulkan fitnah ini.


Di sudut yang lain pula, Najib Gabreil (Penasihat gereja Ortodok), menguatkan kenyatannya bahawa Syeikh Azhar telah mengeluarkan kenyataan bahawa dibolehkan seorang muslim menderma untuk pembinaan gereja, dan beliau mendakwa ada rakaman suara terhadap kenyataan tersebut dan syeikh azhar juga menyatakan itulah pandangan agama bukannya pandangan peribadi.


Kesimpulan Al-Muqry:


Apa yg jelas masalah tersebut telah disepakati HARAMNYA, seperti yg diakui sendiri oleh Syeikh Tantawi, dan kenyataan Najib Gabriel tidak boleh diyakini kesahihannya, kerana mungkin beliau mempunyai agenda tertentu terhadap Islam.

Wallahua'lam.


Sumber dari laman web Jabhah Ulama Azhar.

Wednesday, August 26, 2009

FATWA KONTROVERSI SYEIKH AZHAR.

(Harus menderma untuk membina Gereja)

Syaikhul Azhar Dr Muhammad Sayyed Tantawi baru-baru ini iaitu 20 Ogos 2009 sekali lagi menimbulkan satu fatwa yang mendapat tentangan hebat khususnya dari ulama-ulama Azhar sendiri. Fatwa tersebut ialah MEMBENARKAN UMAT ISLAM MENDERMA UNTUK PEMBINAAN GEREJA DAN SAH BERWASIAT DENGANNYA, dengan berhujjah bahawa seseorang itu bebas dalam menguruskan hartanya.

Fatwa tersebut dikeluarkan setelah berlakunya pertemuan di antaranya dan dengan Najib Gebreil Penasihat Undang-undang bagi gereja Ortodok. Perkara ini didedahkan oleh laman web 'Jabhatul Ulama Al-Azhar' dan mendapat tentangan yang cukup hebat dari para ulama, di antaranya:

1) Fatwa Darul Ifta' Mesir tidak sama sekali membenarkan perbuatan tersebut.

2) Dr Ahmad AbdurRahman Pensyarah Falsafah Islam Al-Azhar menambah dengan katanya fatwa tersebut bertujuan mendapat sokongan dari golongan 'Aqbath' (kristian mesir) yg bernaung dengan Amerika.

3) Dr 'Ajmi Damanhuri Khalifah, Ketua 'Jabhah Ulama Azhar' dan mantan ketua Jabatan Hadis Al-Azhar, menguatkan tentangan tersebut dengan menyatakan ia sama sekali ditolak dalam Islam, dan itu adalah kenyataan politik bukannya fatwa agama.

4) Syeikh Yusof Badri menyatakan Fatwa tersebut adalah Bathil, dan beliau mempersoalkan 'bagaimanakah seorang Islam dibenarkan membantu dalam kegiatan penyebaran Syariat yg lain dari Islam?

Dalam masa yang sama ada juga yang menyokong pandangan tersebut seperti Dr Muhammad 'Aasyur, anggota Mujamma' Buhuth (Pusat Penyelidikan) Al-Azhar dan juga mantan Wakil Al-Azhar., dan ada juga yang enggan memberi komen seperti Dr Muhammad Ra'fat Uthman dan Doktorah Suaad Soleh.

Itulah pendedahan yang dibuat oleh Laman web 'Jabhah Ulama' untuk renungan bersama.

Sunday, August 23, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN AKHIR)

PUASA DAN HARI RAYA


Soalan 74:

Apakah hokum seseorang yang memulakan puasanya di negara lain kemudian bermusafir ke negara lain yang berpuasa lebih awal sehari atau dua hari sebelumnya?


Jawapan:

Imam Nawawi menyatakan bahawa sesiapa yang bermusafir dari negaranya ke nagara yang lain dia hendaklah menyambut hari raya bersama mereka, walaupun dia baru berpuasa 28 hari sahaja, dan dia diwajibkan qadha satu hari bagi melengkapkan bulan itu. (Ali /Athiyyah)


Soalan 75:

Apakah hokum ziarah kubur selepas solat hari raya?


Jawapan:

Ia bukanlah sunnah dan bukanlah bidah, tetapi ia merupakan tuntutan secara umum yang tidak dikhususkan kepada mana-mana waktu. (Buthi)


Soalan 76:

Dimanakah tempat yang paling afdhol mengerjakan solat hari raya?


Jawapan:

Ada khilaf di kalangan ulama, Imam syafei menyatakan tempat yang paling afdhol adalah di masjid tetapi imam Malik menyatakan ia lebih baik dilakukan di tempat lapang. (Athiyyah)


FADHILAT-FADHILAT.


Soalan 77:

Adakah kelebihan memberi makan orang yang berbuka dikhususkan kepada orang faqir sahaja?


Jawapan:

Tidak dikhususkan kerana hadis menyebutnya secara umum. (Ali)


Soalan 78:

Benarkah Nabi menyatakan bahawa tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat?


Jawapan:

Hadis tersebut tidak sahih. (Athiyyah)


Soalan 79:

Apakah cara puasa yang terbaik?


Jawapan:

Iaitu dengan berpuasa anggota dari perkara yang membatalkan puasa dan memelihara hati dari perkara yang melalaikan serta sentiasa berzikir mengingati Allah sepanjang puasa. (Ali)


Soalan 80:

Apakah kelebihan orang yang menjamu orang berbuka puasa?


Jawapan:

Ia mendapat pahala yang besar seperti pahala orang yang berbuka tersebut. (Ali)


Soalan 81:

Bagaimanakah cara perempuan haid ingin mendapatkan kelebihan lailatul qadr?


Jawapan:

Dengan memperbanyakkan doa, istighfar dan zikir. (Ali)



RUJUKAN:

  1. Al-Quran Karim
  2. Fatawa Muashirah, Syaikhuna Prof Dr Wahbah Zuhaily
  3. Ma'an Naas Masyurat Wa Fatawa, Syaikhuna Prof Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi
  4. Buhuth Wa Fatawa Islamiyyah, Al-Marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq
  5. Fatawa Muashirah, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi
  6. Fatawa Al-Imam Abdul Halim Mahmud
  7. Al-Bayan, Dr Ali Jumuah
  8. Fatawa 'Ashriyyah, Dr Ali Jumuah
  9. Al-Fatawa, Al-Marhum Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi
  10. Fatawa Syeikh Mustafa Zarqa
  11. Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, Syeikh 'Athiyyah Saqr
  12. Qadhaya Al-Fiqh Wal Fikr Al-Mu'aashir, Syaikhuna Prof Dr Wahbah Zuhaily
  13. Fatawa Ulama' Al-Baladil Haram, himpunan Dr Khalid Abdurrahman Al-Jarisy

Saturday, August 22, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 8)

PUASA-PUASA SUNNAT DAN DILARANG


Soalan 67:

Adakah disyaratkan puasa enam di bulan Syawwal dilakukan secara berturut- turut?


Jawapan:

Tidak disyaratkan. (wahbah)


Soalan 68:

Adakah disunatkan puasa di bulan Sya'ban?


Jawapan:

Bulan Sya'ban merupakan bulan yang mana kita disunatkan memperbanyakkan puasa padanya seperti amalan Rasulullah SAW (Qaradhawi)


Soalan 69:

Apakah hokum berpuasa selepas 15 Sya'ban?


Jawapan:

Hukumnya haram melainkan bagi mereka yang telah membiasakan diri dengan puasa-puasa tertentu seperti puasa hari Isnin, maka dibolehkan baginya. (wahbah)


Soalan 70:

Adakah disunatkan puasa nisfu sya'ban secara khusus?


Jawapan:

Tidak thabit dari Rasulullah SAW tentang puasa nisfu sya'ban secara khusus. Yang Thabit ialah baginda memperbanyakkan puasa di bulan tersebut secara umum. (Wahbah)


Soalan 71:

Adakah dibolehkan puasa tiga bulan berturut-turut iaitu Rejab, Sya'ban dan Ramadhan?


Jawapan:

Ia diharuskan bukannya bidah dan tiada nas yang melarang perbuatan tersebut. (Athiyyah / Buthi / A.Halim Mahmud)


Soalan 72:

Apakah hokum berpuasa di bulan rejab?


Jawapan:

Bulan Rejab termasuk di dalam bulan haram yang disunatkan berpuasa padanya, tetapi tidak dikhususkan kepada hari-hari tertentu padanya. (Athiyyah)


PUASA ORANG YANG BERADA DI KUTUB


Soalan 73:

Bagaimanakah orang yang berada di kutub melakukan puasa dalam keadaan waktu siangnya selama enam bulan?


Jawapan:

Mereka perlu mengira siang dan malam mereka berpandukan negara yang terdekat yang sederhana kedudukan siang dan malamnya atau tempoh puasa negeri Mekah atau Madinah yang merpakan negara tempat turunnya wahyu. (Wahbah /Ali / Jadulhaq)

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 7)

GOLONGAN YANG DIBENARKAN BERBUKA


Soalan 58:

Berapakah jarak perjalanan yang dibenarkan seseorang itu berbuka puasa?


Jawapan:

Jarak perjalanan tersebut samalah dengan jarak yang dibenarkan jama' dan qasar solat iaitu dua marhalah (lebih kurang 84 km (menurut Qaradhawi) atau 85 km.(menurut S.Athiyyah) (Qaradawi / Athiyyah)


Soalan 59:

Adakah disyaratkan perjalanan tersebut bermula sebelum subuh untuk membenarkannya berbuka?


Jawapan:

Jumhur ulama' mensyaratkan perjalanan tersebut bermula sebelum subuh, tetapi Imam Ahmad membenarkan juga berbuka bagi mereka yang memulakan perjalanan walaupun setelah subuh. (Athiyyah)


Soalan 60:

Seorang yang dibenarkan berbuka ketika bermusafir, manakah lebih afdhol antara ia berbuka atau meneruskan puasa?


Jawapan:

Ada khilaf di kalangan ulama, ada yang menyatakan berpuasa lebih baik begitu juga sebaliknya, tetapi jika ketika ia meneruskan puasanya terpaksa menghadapi kesulitan yang bersangatan maka ketika itu lebih baik ia berbuka. (Qaradhawi)


Soalan 61:

Berapakah umur bagi melatih kanak-kanak berpuasa, adakah tujuh tahun seperti solat?


Jawapan:

Tiada umur yang khusus dalam masalah ini, tetapi ia dinilai dari segi kemampuan kanak-kanak tersebut menurut fatwa Dr Qaradhawi. Adapun Syeikh Athiyyah Saqr menyatakan ia boleh diqiaskan dengan solat iatu tujuh tahun. (Qaradhawi / Athiyyah)


Soalan 62:

Adakah dibenarkan berbuka bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan dengan tujuan menambahkan kekuatan untuk mengulangkaji pelajaran?


Jawapan:

Tidak harus dia berbuka bagi tujuan tersebut. (Athiyyah)


Soalan 63:

Bilakah waktu berbuka bagi orang yang menaiki kapal terbang, adakah berdasarkan waktu tempat dia mula menaikinya atau tempat yang ditujunya?


Jawapan:

Waktunya berpandukan gelincirnya matahari, bukannya waktu pertama atau kedua, iatu waktu tempat di mana ia berada (Athiyyah / Wahbah)


Soalan 64:

Adakah harus bagi orang tua berbuka puasa jika mereka tidak mampu melakukannya, dan apakah yang patut dilakukannya?


Jawapan:

Harus baginya berbuka dan dia dikenakan fidyah iaitu memberi makan secupak bagi setiap hari kepada fakir miskin. (wahbah)


Soalan 65:

Adakah dibenarkan bagi wanita hamil atau menyusukan anak berbuka?


Jawapan;

Harus juga berbuka dan ia diwajibkan qadha, adapun fidyah ia juga dikenakan menurut mazhab Syafei jika ia bimbangkan terhadap anak susuan atau kandungannya. (Wahbah / Athiyyah / Jadulhaq)


Soalan 66:

Apakah hukuman orang yang tidak berpuasa secara terang-terangan?


Jawapan;

Ia boleh dihukum takzir, samada sebatan, nasihat dll (Sya'rawi)


Thursday, August 20, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 6)

QADHA PUASA DAN KAFFARAH.

Soalan 50:
Adakah sah dilakukan qadha di akhir bulan Sya'ban?

Jawapan:
Tidak mengapa untuk mengqadhakan puasa di mana-mana bulan sekalipun (Qaradhawi)

Soalan 51:
Adakah disyaratkan berturut turut pada puasa Qadha?

Jawapan:
Tidak disyaratkan berturut-turut. (wahbah)

Soalan 52:
Adakah disyaratkan berturut-turut pada puasa kaffarah?

Jawapan:
Bagi kaffarah mereka yang melanggar sumpah, ulama' Malikiyyah dan Syafeiyyah tidak mensyaratkan berturu-turut, tetapi ulama Hanafiyyah dan Hanabilah mensyaratkannya.
Adapun kaffarah bagi pembunuhan, zihar dan jima' di tengah hari bulan Ramadhan, maka wajib berturut-turut dengan ijma; ulama' (wahbah)

Soalan 53:
Adakah dibolehkan seseorang berpuasa menggantikan orang lain yang telah meninggal dunia?

Jawapan:
Ya. Sah puasa tersebut. (Wahbah / Athiyyah)

Soalan 54:
Seseorang yang bernazar dengan katanya: "Jika anaknya sembuh dia akan berpuasa lima tahun berturut-turut". Kemudian anaknya sembuh dan dia tidak mampu melakukan puasa tersebut, apakah yang perlu dilakukannya?

Jawapan:
Wajib dia menggantikannya dengan fidyah iaitu satu cupak bagi setiap hari. (Wahbah)

Soalan 55:
Apabila seseorang tidak menqadhakan puasanya sehingga sampai Ramadhan yang lain. Apakah yang diwajibkan ke atasnya?

Jawapan:
Mazhab Syafei dan Hanbali berpendapat ia wajib qadha beserta fidyah. Adapun bagi mazhab Hanafi hanya mewajibkan qadha sahaja. (Qaradhawi / Athiyyah)

Soalan 56:
Adakah dibolehkan qadha Ramadhan digabungkan dengan puasa sunat enam Syawal?

Jawapan:
Harus menurut kebanyakan ulama seperti ulama syafeiyyah menggabungkan puasa sunat dengan puasa wajib. (Ali / Athiyyah)

Soalan 57:
Apakah hokum menghadiahkan pahala puasa kepada si mati?

Jawapan:
Sebarang amalan sunnat boleh dihadiahkan pahalanya kepada si mati dan sampai pahala kepadanya InsyaAllah. (Ibnu Jabrin)

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 5)

SOLAT TERAWIH


Soalan 42:

Apakah hukum solat tarawih bagi lelaki dan wanita?


Jawapan:

Hukumnya sunnat muakkad bagi keduanya. (Sya'rawi)


Soalan 43:

Yang mana lebih baik bagi wanita solat di masjid atau di rumah?


Jawapan:

Di rumahnya lebih afdhol jika di masjid hanya semata-mata untuk bertarawikh, tetapi di masjid lebih baik jika adanya majlis ilmu dan lain-lain. Ini semua setelah mendapat keizinan suami (Qaradawi /wahbah)


Soalan 44:

Apakah hokum solat terawikh dengan cepat?


Jawapan:

Yang penting adalah menjaga rukun-rukun solat, adab-adab, menghadirkan khusyu' bukannya mengejar rakaat yang banyak (Qaradhawi)


Soalan 45:

Apakah hokum membaca Al-Quran dengan melihat mushaf ketika solat tarawih?


Jawapan:

Para ulama selain Abu Hanifah dan mazhab zhohiriyyah mengharuskannya, adapun Abu Hanifah berpendapat batal solat tersebut. (Jadulhaq)


Soalan 46:

Adakah disunnatkan tarawih bagi orang yang bermusafir?


Jawapan:

Ia juga sunnat. (Fatwa Saudi)


Soalan 47:

Bolehkah orang yang menqadhakan puasa melakukan solat tarawih?


Jawapan:

Solat tarawih hanya disunatkan pada bulan Ramadhan sahaja dan tidak disunatkan qadha. (Abd Halim Mahmud)


Soalan 48:

Berapakah bilangan rakaat solat tarawih?


Jawapan:

Ada riwayat yang sahih mengatakan bahawa di zaman Saidina umar, Othman dan Ali RA mereka melakukannya 20 rakaat, dan inilah yang dipegang oleh jumhur ulama, dan ada riwayat yang menyebut bahawa Rasulullah SAW melakukannya 11 rakaat (iaitu beserta witir). (Athiyyah)


Soalan 49:

Adakah berzikir, berselawat atau berdoa di antara rakaat-rakaat tarawih adalah bidah?


Jawapan:

Tiada nas yang melarang perbuatan tersebut, bahkan ia termasuk di dalam perintah agama secara umum. (Athiyyah)

Tuesday, August 18, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 4)

Soalan 36:
Adakah sah puasa kanak-kanak?

Jawapan:
Puasanya sah walaupun ia tidak diwajibkan kepadanya.

Soalan 37:
Seorang yang bergurau dengan isterinya sehingga terkeluar mazi, adakah batal puasanya?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa. (Fatwa Saudi / A.Halim Mahmud)

Soalan 38:
Apakah hokum merasa makanan dengan lidah kemudian meludahnya semula?

Jawapan:
Tidak mengapa dan tidak batal puasa. (Ibnu Othaimin)



ZAKAT FITRAH.

Soalan 39:ber
Seseorang yang mula berpuasa di satu Negara kemudian dia menyambut hari raya di Negara yang lain, adakah dia mengeluarkan zakat fitrahnya berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Negara yang pertama atau kedua?

Jawapan:
Dia hendaklah mengeluarkan zakat fitrahnya berdasarkan Negara dia berada ketika menyambut Syawal. (Qaradhawi)

Soalan 40;
Adakah harus menyegerakan bayar zakat fitrah sebelum berakhirnya Ramadhan?

Jawapan:
Harus didahulukannya bermula dari awal Ramadhan menurut Mazhab Hanafi dan Syafei, atau satu atau dua hari sebelum hari raya menurut mazhab Maliki dan Hanbali (wahbah)

Soalan 41:
Adakah kadar zakat fitrah berubah pada setiap tahun?

Jawapan:
Sebenarnya kadar zakat fitrah tidak ada perubahan iaitu satu gantang makanan asasi, Yang berubah hanyalah nilai bagi satu gantang tersebut. (Qaradhawi)

Saturday, August 15, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 3)

Soalan 26:
Adakah mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa, tetapi ia haram dan mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa tersebut. (wahbah)

Soalan 27:
Adakah boleh menyejukkan badan seperti berendam di dalam air ketika berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa. (Athiyyah)

Soalan 28:
Adakah sah puasa Ramadhan bagi orang yang terlupa berniat di waktu malam?

Jawapan:
Tidak sah. (Athiyyah)

Soalan 29:
Adakah menderma darah atau menerima darah membatalkan puasa?

Jawapan:
Kedua-duanya tidak membatalkan puasa. (Athiyyah)

Soalan 30:
Adakah tidur yang banyak ketika berpuasa membatalkan puasa atau mengurangkan pahala puasa tersebut?

Jawapan:
Ia tidak membatalkannya dan tidak mengurangkan pahala tersebut. (Athiyyah)

Soalan 31;
Bolehkah mencium isteri ketika berpuasa?

Jawapan:
Dibolehkan perbuatan tersebut (makruh) dan tidak membatalkan puasa, kerana Nabi SAW melakukannya (Athiyyah /Ali / Sya'rawi)

Soalan 32:
Adakah menelan air liur yang terkumpul membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkannya. (Athiyyah /Buthi)

Soalan 33:
Adakah menelan kahak membatalkan puasa?

Jawapan:
Jika ia telah sampai ke dalam mulut batallah puasanya menurut mazhab Syafei, tetapi setengah ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa selagi ia belum melepasi bibir (Athiyyah / Buthi)

Soalan 34:
Adakah bermimpi sehingga terkeluar mani membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa kerana orang yang tidur diangkat qalamnya. (Ali /Sya'rawi /Buthi)

Soalan 35:
Adakah mengeluarkan mani membatalkan puasa?

Jawapan:
Ya. Ia membatalkan puasa. (Buthi)

Friday, August 14, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 2)

SAH ATAU BATAL PUASA.


Soalan 9:
Bagaimana keadaan seorang yang menyangka subuh belum masuk lagi lalu dia makan atau minum, begitu juga orang yang menyangka matahari telah terbenam lalu dia berbuka?

Jawapan:
Tidak sah puasa tersebut dan wajib qadha, tetapi tidaklah ia berdosa dan dia juga perlu menahan diri dari makan dan minum pada hari tersebut sehingga terbenam matahari. (Athiyyah /wahbah / Jadulhaq)

Soalan 10:
Adakah batal puasa orang yang makan atau minum dalam keadaan terlupa?

Jawapan:
Sepakat ulama menyatakan tidak batal, berdasarkan hadis yang cukup jelas. (Athiyyah /Ali /Sya'rawi)

Soalan 11:
Adakah batal puasa apabila tertelan sesuatu kerana paksaan atau dengan tidak sengaja?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa. (Buthi)

Soalan12:
Adakah suntikan di kulit membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa. (Qaradawi / Athiyyah /Ali / Zarqa /Sya'rawi)

Soalan 13:
Adakah suntikan glukos membatalkan puasa?

Jawapan:
Ulama semasa berselisih pendapat tentang perkara ini ada yang menghukumnya batal (seperti Al-Qaradhawi, Dr Wahbah, Syiekh Athiyyah Saqr) kerana ia mempunyai makna makanan dan sebahagiannya menghukum tidak batal puasa kerana ia tidak melalui anggota yang terbuka dan tidak sampai ke perut. (Qaradhawi /Wahbah / Athiyyah)

Soalan 14:
Adakah menitiskan ubat ke telinga membatalkan puasa?

Jawapan:
Masalah ini ada khilaf di kalangan ulama , ada yang menghukumnya batal puasa dan ada yang menyatakan tidak batal puasa kerana ia bukanlah berbentuk makanan. Pendapat kedua inilah yang diputuskan oleh Mujamma' Feqh Islamy (kesatuan feqah sedunia) (Qaradhawi / Wahbah)

Soalan 15:
Adakah penggunaan inhaler bagi pesakit lelah membatalkan puasa?

Jawapan;
Ya, ia membatalkan puasa. (Athiyyah /Ali)

Soalan 16:
Apakah hokum bersugi ketika berpuasa?

Jawapan:
Jumhur ulama menyatakan tidaklah makruh bersugi sepanjang waktu berpuasa, tetapi mazhab syafei menyatakan makruh bersugi selepas gelincirnya matahari (waktu zohor). (Athiyyah)

Soalan 17:
Adakah menggunakan ubat gigi ketika bersugi membatalkan puasa?

Jawapan:
Menggunakan ubat gigi diharuskan tetapi seeloknya ditangguhkan penggunaannya selepas berbuka. (Wahbah / Qaradawi /Ali)


Soalan 18 :
Apakah hukum memakai bauan ketika puasa?

Jawapan :
Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa menurut fatwa Dr Qaradhawi, Syeikh Ali Jum'ah dan makruh menurut fatwa Dr Wahbah Zuhaily kerana puasa seperti haji yang menuntut kita meninggalkan 'tahsiniyyat'. (Qaradawi/ Wahbah /Ali / A.Halim Mahmud)

Soalan 19 .
Apakah hokum memasukkan ubat melalui kemaluan?

Jawapan:
Masalah ini ada khilaf di kalangan ulama:
Tidak membatalkan puasa menurut Dr Yusof Qaradawi, Ibnu Hazm, ibnu Taimiyyah dan inilah pendapat yang diputuskan oleh Kesatuan Feqh sedunia (mujamma' Feqh) (Wahbah / Qaradhawi / Athiyyah)
2) Ia membatalkan puasa kerana melalui rongga yang terbuka, ini pendapat muktamad dalam mazhab Syafei

Soalan 20:
Sahkah puasa orang yg meninggalkan solat?

Jawapan: Jumhur ulama (syafei, maliki, hanafi dan satu riwayat dari Imam Ahmad) menyatakan bahawa puasanya sah tetapi ia tidak diterima oleh Allah dan berdosa besar kerana menimggalkan solat, tetapi segelintir ulama menghukum orang yang meninggalkan solat sebagai kafir dan tidak lagi diterima sebarang amalannya. (Qaradhawi /Wahbah /Ali / Athiyyah / Sya'rawi / Abd Halim Mahmud)

Soalan 21:
Apakah hokum menonton televisyen ketika berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya berdasarkan rancangan yang ditonton, jika ia mempunyai unsur yang baik tidak mengapa, sebaliknya jika adanya unsur maksiat ia menjadi haram dan mengurangkan pahala puasa. (Qaradhawi / Athiyyah /Ali)

Soalan 22:
Sahkah puasa orang yg berjunub setelah masuknya subuh?

Jawapan:
Sah puasa tersebut tetapi makruh, kerana Nabi SAW pernah ketika masuknya subuh beliau dalam keadaan berjunub. (Athiyyah /Wahbah /Ali / Buthi)

Soalan 23:
Adakah mengorek hidung dengan jari membatalkan puasa?

Jawapan:
Bahagian yang zahir dari hidung, mulut dan telinga tidak meenyebabkan batalnya puasa jika memasukkah jari ke dalamnya (Wahbah)

Soalan 24:
Adakah harus penggunaan pil untuk menangguhkan haid di bulan Ramadhan?

Jawapan:
Tidak mengapa menggunakan pil tersebut jika disahkan tidak mendatangkan mudharat, dan sah puasanya jika haidnya tidak keluar pada hari tersebut, walau bagaimanapun adalah lebih baik tidak menggunakannya kerana ia adalah fitrah semulajadi seorang wanita. (Athiyyah /Ali)

Soalan 25:
Adakah mencabut gigi diharuskan ketika berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa dengan syarat tidak menelan ubat atau darah yang keluar tersebut. (Wahbah)

Thursday, August 13, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 1)

PENDAHULUAN.

Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan SAW, para sahabat dan pendokong Islam sepanjang zaman. Alhamdulillah saya dapat menyusun satu risalah kecil berkaitan fatwa-fatwa ulama berkaitan puasa, ini bertujuan untuk memudahkan masyakakat meemahami puasa menurut pemahaman yang sebenar.
Di dalam risalah kecil ini saya hanya meringkaskan hukum yang telah difatwakah oleh ulama' ulama muktabar di dalam kitab-kitab fatwanya, tanpa menukilkan dalil-dalil mereka, ini bertujuan memudahkan orang awam dan mereka yang tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengetahui hukumnya. Adapun bagi mereka yang inginkan pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan dalil dan hujjahnya mereka bolehlah merujuk kepada kitab-kitab yang saya nyatakan dalam setiap masalah yang dibentangkan.
Di sini saya senaraikan tokoh-tokoh ulama yang menjadi rujukan di dalam risalah ini:
1. Syaikhuna Prof Dr Wahbah Zuhaili (Mantan ketua Jabatan Feqh U.Damsyiq dan anggota mujamma' feqh sedunia)
2. Syaikhuna Prof Dr Said Ramadhan Al-Buthi (Mantan ketua Jabatan Aqidah dan falsafah U.Damsyiq)
3. Al-Marhum Syeikh Abdul Halim mahmud (Mantan Syeikh Al-Azhar)
4. Al-Marhum Syeikh Jadulhaq Ali Jadulhaq (Mantan Syeikh Al-Azhar)
5. Al-Marhum Syeikh Mutawally Sya'rawi (Ulama tersohor di Mesir)
6. Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan ketua lajnah fatwa Al-Azhar)
7. Prof Dr Yusof Al-qaradhawi (Ketua persatuan ulama sedunia)
8. Al-Marhum Syeikh Mustafa Zarqa (Anggota Mujamma' Feqh Sedunia)
9. Syeikh Ali Jumuah (Mufti Mesir)
10. Lajnah fatwa Arab Saudi
11. dll
Mudah-mudahan sedikit usaha ini dapat membantu kita dalam mengamalkan syariat dengan cara yang terbaik. Sekian.

Ust Khairul Ismail Al-Muqry
Darul Fikri

PENGSYARIATAN PUASA

Soalan 1:
Bilakah disyariatkan puasa Ramadhan?

Jawapan :
Di syariatkan puasa pada tahun ke dua hijrah. (Athiyyah)

Soalan 2;
Apakah hikmah disyariatkan puasa?

Jawapan:
Di antaranya ialah mendahulukan keredhaan Allah dari hawa nafsu, dapat mengawal nafsu dan juga dapat menjiwai apa yang dirasai oleh golongan faqir miskin. (Athiyyah)

Soalan 3:
Bagaimanakah puasa ummat terdahulu?

Jawapan:
Mereka diwajibkan berpuasa, tetapi Al-Quran dan hadis tidak menyatakan kaifiyyat yang tertentu dan bilakah mereka berpuasa. (Athiyyah)


RAMADHAN.

Soalan 4:
Adakah Ramadhan merupakan salah satu nama Allah?

Jawapan:
Pendapat yang sahih menyatakan ia bukannya nama Allah. (Athiyyah)

Soalan 5:
Apakah hokum memasang pelita di bulan Ramadhan?

Jawapan:
Asal hukumnya adalah harus kerana tidak ada dalil yang melarangnya. (Athiyyah)

Soalan 6:
Apakah hokum mengucap tahniah sempena menyambut Ramadhan?

Jawapan:
Hukumnya harus, dan ia merupakan satu kebajikan. (Ibnu Jabrin)




MASALAH RUKYAH DAN FALAK

Soalan 7:
Adakah harus berpandukan falak dalam menentukan awal bulan Ramadhan?

Jawapan:
Asas dalam perkara ini ialah 'rukyah bashoriyyah' (melihat anak bulan dengan pandangan mata), tetapi tidak mengapa kita menggunakan hisab-hisab ilmu falak seperti yang diputuskan oleh Kesatuan Feqh sedunia (mujamma' Feqh Islami). (Ali /Athiyyah /Zarqa)

Soalan 8:
Adakah kita diwajibkan berpuasa berdasarkan 'rukyah' (melihat anak bulan) di Negara lain?

Jawapan:
Tidak boleh berpandukan Negara lain yang berbeza 'matholi' dengan Negara tempat dia berada. (Ali / Buthi)

Wednesday, August 12, 2009

Guruku Syeikhul Qurra' Abu Hasan Al-Kurdi kembali ke rahmatullah

Lafazkan Istirja'. Sebutir permata Syam telah meninggalkan kita pada petang Jumaat, 7 Ogos 2009 bersamaan 16 Syaaban 1430 H. Beliau ialah Syeikhul Qurra' Abul Hasan Al-Kurdi rahimahullah, seorang ulama besar Syam yg tersangat alim di dalam bidang Al-Quran. Sanad Al-Qurannya bersambung hingga Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Al-Fatihah!

Syeikh Abul Hasan Al-Kurdi telah dilahirkan pada 1330 Hijrah bersamaan 1912 Masihi. Beliau meninggal dunia menemui kekasihnya ketika berusia 97 tahun. Khidmat beliau kepada Al-Quran dan ummah tidak dapat dinafikan. Wajahnya yg suci dan mempesonakan itu menzahirkan sifat tawaduknya.

Beliau merupakan Syeikh di Markaz Zaid bin Thabit, Damsyik. Majalah Ad-Diya' bilangan ke-4 yg diterbitkan pada Ramadhan 1429 Hijrah di Arab Saudi ada menyiarkan sejarah hidupnya melalui sesi temuramahnya bersama Doktor Abdullah bin Muhammad bin Sulaiman Al-Jar Lillah. Bagaimanakah kehidupannya, kesungguhannya dalam menuntut ilmu, akhlaknya bersama keluarga dan pelajar-pelajarnya. Beliau juga memberikan nasihat kepada para penuntut ilmu secara umumnya dan Ahlul Quran secara khusus.

Di sini ana akan tulis serba ringkas tentang Syeikh. Beliau ialah seorang Syeikh yg tersangat zuhud, warak dan dipanjangkan umurnya, Abul Hasan Muhyiddin bin Hasan bin Mar'i bin Hasan Agha bin Ali Al-Kurdi Ad-Dari. Beliau telah dilahirkan pada 1330 Hijrah bersamaan 1912 Masihi. Beliau merupakan salah seorang Fuqaha' Besar Syam dan ulama Al-Quran yg tersohor. Beliau ialah Syeikh di Markaz Zaid bin Thabit (tempat ana menghafal Al-Quran dan memperolehi sanad) di Damsyik, Syria.

Antara ulama paling masyhur yg mengajar dan teliti dalam menyebut huruf Al-Quran dengan betul. Pakar dalam membaca Al-Quran dengan Qiraat yg pelbagai. Selalu mengkhatamkan Al-Quran, kuat berpuasa, kuat bangun malam dan menunaikan haji dan umrah setiap tahun kecuali setelah beliau ditimpa sakit.

Beliau telah berjaya melahirkan ratusan bahkan ribuan para huffaz al-quran, samada dari kalangan arab syria ataupun pelajar2 luar. Alhamdulillah ana diantara orang yang dipilih oleh Allah untuk mendapat sanad dan pengiktirafan di sudut bacaan dan hafalan dari beliau.

Beliau pernah berpesan kepada ana supaya mengembangkan ilmu al-quran beserta sanad ini di Malaysia, dan bertolak dari situlah ana memberanikan diri untuk mengembangkan lagi ilmu quran ini.

ana yakin sesiapa sahaja yg memandangnya pasti terdetik di hatinya akan kesalehan dan kewarakan Syeikh Abul Hasan Al-Kurdi rahimahullah. Pertama kali melihat wajahnya, ketenangan akan meresap ke dalam hati. Beliau sangat tawaduk dan tenang. Sentiasa menghina dan mentohmah dirinya sendiri bahawa beliau seorang yg lemah dan lalai. Beliau sentiasa memakai wangi-wangian, berpakaian bersih dan menjaga penampilan diri.

Beliau seorang yg sangat zuhud. Perkara ini jelas dilihat dari segi pekaian dan penampilannya. Keadaan rumahnya mempamerkan lagi sifat zuhud yg tertanam di hatinya. Perabot di bilik tidurnya amat ringkas, begitu juga katil tempat tidurnya. Beliau pernah diberikan hadiah lalu beliau menolaknya dengan marah, "Jangan rosakkan pembacaan Al-Quran kami, sesungguhnya kami mahukan ganjaran yg sempurna dari Allah SWT."

Ketika menunaikan ibadah haji, bekalannya telah dicuri. Lalu beliau berdoa, "Ya Allah, jadikanlah apa yg dicuri daripadaku itu sebagai sebab kepada hidayahnya."




Semoga Allah menempatkan kita dan beliau bersama para Anbiya', Syuhada dan Solihin. Amiiinnn...