PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Friday, August 14, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 2)

SAH ATAU BATAL PUASA.


Soalan 9:
Bagaimana keadaan seorang yang menyangka subuh belum masuk lagi lalu dia makan atau minum, begitu juga orang yang menyangka matahari telah terbenam lalu dia berbuka?

Jawapan:
Tidak sah puasa tersebut dan wajib qadha, tetapi tidaklah ia berdosa dan dia juga perlu menahan diri dari makan dan minum pada hari tersebut sehingga terbenam matahari. (Athiyyah /wahbah / Jadulhaq)

Soalan 10:
Adakah batal puasa orang yang makan atau minum dalam keadaan terlupa?

Jawapan:
Sepakat ulama menyatakan tidak batal, berdasarkan hadis yang cukup jelas. (Athiyyah /Ali /Sya'rawi)

Soalan 11:
Adakah batal puasa apabila tertelan sesuatu kerana paksaan atau dengan tidak sengaja?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa. (Buthi)

Soalan12:
Adakah suntikan di kulit membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa. (Qaradawi / Athiyyah /Ali / Zarqa /Sya'rawi)

Soalan 13:
Adakah suntikan glukos membatalkan puasa?

Jawapan:
Ulama semasa berselisih pendapat tentang perkara ini ada yang menghukumnya batal (seperti Al-Qaradhawi, Dr Wahbah, Syiekh Athiyyah Saqr) kerana ia mempunyai makna makanan dan sebahagiannya menghukum tidak batal puasa kerana ia tidak melalui anggota yang terbuka dan tidak sampai ke perut. (Qaradhawi /Wahbah / Athiyyah)

Soalan 14:
Adakah menitiskan ubat ke telinga membatalkan puasa?

Jawapan:
Masalah ini ada khilaf di kalangan ulama , ada yang menghukumnya batal puasa dan ada yang menyatakan tidak batal puasa kerana ia bukanlah berbentuk makanan. Pendapat kedua inilah yang diputuskan oleh Mujamma' Feqh Islamy (kesatuan feqah sedunia) (Qaradhawi / Wahbah)

Soalan 15:
Adakah penggunaan inhaler bagi pesakit lelah membatalkan puasa?

Jawapan;
Ya, ia membatalkan puasa. (Athiyyah /Ali)

Soalan 16:
Apakah hokum bersugi ketika berpuasa?

Jawapan:
Jumhur ulama menyatakan tidaklah makruh bersugi sepanjang waktu berpuasa, tetapi mazhab syafei menyatakan makruh bersugi selepas gelincirnya matahari (waktu zohor). (Athiyyah)

Soalan 17:
Adakah menggunakan ubat gigi ketika bersugi membatalkan puasa?

Jawapan:
Menggunakan ubat gigi diharuskan tetapi seeloknya ditangguhkan penggunaannya selepas berbuka. (Wahbah / Qaradawi /Ali)


Soalan 18 :
Apakah hukum memakai bauan ketika puasa?

Jawapan :
Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa menurut fatwa Dr Qaradhawi, Syeikh Ali Jum'ah dan makruh menurut fatwa Dr Wahbah Zuhaily kerana puasa seperti haji yang menuntut kita meninggalkan 'tahsiniyyat'. (Qaradawi/ Wahbah /Ali / A.Halim Mahmud)

Soalan 19 .
Apakah hokum memasukkan ubat melalui kemaluan?

Jawapan:
Masalah ini ada khilaf di kalangan ulama:
Tidak membatalkan puasa menurut Dr Yusof Qaradawi, Ibnu Hazm, ibnu Taimiyyah dan inilah pendapat yang diputuskan oleh Kesatuan Feqh sedunia (mujamma' Feqh) (Wahbah / Qaradhawi / Athiyyah)
2) Ia membatalkan puasa kerana melalui rongga yang terbuka, ini pendapat muktamad dalam mazhab Syafei

Soalan 20:
Sahkah puasa orang yg meninggalkan solat?

Jawapan: Jumhur ulama (syafei, maliki, hanafi dan satu riwayat dari Imam Ahmad) menyatakan bahawa puasanya sah tetapi ia tidak diterima oleh Allah dan berdosa besar kerana menimggalkan solat, tetapi segelintir ulama menghukum orang yang meninggalkan solat sebagai kafir dan tidak lagi diterima sebarang amalannya. (Qaradhawi /Wahbah /Ali / Athiyyah / Sya'rawi / Abd Halim Mahmud)

Soalan 21:
Apakah hokum menonton televisyen ketika berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya berdasarkan rancangan yang ditonton, jika ia mempunyai unsur yang baik tidak mengapa, sebaliknya jika adanya unsur maksiat ia menjadi haram dan mengurangkan pahala puasa. (Qaradhawi / Athiyyah /Ali)

Soalan 22:
Sahkah puasa orang yg berjunub setelah masuknya subuh?

Jawapan:
Sah puasa tersebut tetapi makruh, kerana Nabi SAW pernah ketika masuknya subuh beliau dalam keadaan berjunub. (Athiyyah /Wahbah /Ali / Buthi)

Soalan 23:
Adakah mengorek hidung dengan jari membatalkan puasa?

Jawapan:
Bahagian yang zahir dari hidung, mulut dan telinga tidak meenyebabkan batalnya puasa jika memasukkah jari ke dalamnya (Wahbah)

Soalan 24:
Adakah harus penggunaan pil untuk menangguhkan haid di bulan Ramadhan?

Jawapan:
Tidak mengapa menggunakan pil tersebut jika disahkan tidak mendatangkan mudharat, dan sah puasanya jika haidnya tidak keluar pada hari tersebut, walau bagaimanapun adalah lebih baik tidak menggunakannya kerana ia adalah fitrah semulajadi seorang wanita. (Athiyyah /Ali)

Soalan 25:
Adakah mencabut gigi diharuskan ketika berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa dengan syarat tidak menelan ubat atau darah yang keluar tersebut. (Wahbah)

No comments: