PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Thursday, December 3, 2009

AHLI PANEL EHWAL ISLAM TAK TUTUP AURAT

Pada malam ini (malam jumaat 3 dis 2009) satu forum perdana ehwal Islam disiarkan di tv 1 RTM. Siaran ini memang telah menjadi satu program mingguan RTM sejak turun temurun. Cuma kali ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam forum seumpama ini iaitu salah seorang ahli panelnya tidak menutup aurat, iaitu Professor Dr Adeeba Kamaruzzaman, (presiden Majlis Aids Mlaysia) yang dengan jelasnya tidak memakai tudung dengan sempurna (menunjukkan jambul di kepala).

Mungkin ini merupakan satu perkara yang tidak dianggap salah menurut PERSEPSI umum, tetapi ia secara jelas mencabuli larangan Allah, lebih-lebih lagi di pentas EHWAL ISLAM. Adakah patut seorang Islam yang nak membicarakan tentang Islam di atas pentas Islam dalam keadaan sedemikian rupa? Apakah pihak JAKIM dan RTM yang menganjurkannya telah ketandusan tokoh? Sehingga terpaksa memilih orang yang seperti ini? tambahan lagi gandingannya pada hari ini ialah artis yang berambut ala trojan? (Dr Fazlie), Atau inilah yang ingin diterapkan di dalam konsep SATU MALAYSIA yang diwar-warkan kepada kita?

Kalau dulu FORUM PERDANA EHWAL ISLAM dipenuhi dengan ahli panel dari kalangan ulama yang cukup hebat seperti Dr Haron Din, Ust Ismail Kamus, Dato’ Hasan Ali, AlMarhum Dato Ishak Baharum, Dato Tuan Ibrahim dan lain-lainnya, tetapi semakin hari forum ini dilihat tidak lagi mengundang tokoh-tokoh yang hebat. Nama-nama di atas langsung tidak lagi diundang, sebaliknya hanya mengundang orang-orang yang menyokong kerajaan tanpa mengira status keilmuannya.

Jikalau ini berterusan kita bimbang Islam yang tercinta ini dicorakkan di negara kita oleh orang-orang yang telah menyeleweng (samada di segi aqidahnya atau amalannya), dan yang akan menjadi ahli panel utama Forum Ehwal Islam SATU MALAYSIA ialah artis-artis yang berpakaian menjolok mata.

Kepada JAKIM dan RTM ingatlah pesanan Rasulullah SAW : (maksudnya) “Apabila di sia-siakan amanah tunggulah kehancuran”. Sahabat baginda bertanya “Apakah maksud disia-siakan amanah?” Baginda menjawab :”Apabila disandarkan sesutu urusan bukan pada ahlinya, maka tunggulah kehancuran”.

2 comments:

MOHD NOR HIDAYAT said...

assalamualaikum ustaz,

saya pun staff jakim jugak ust, tapi bekerja di pantai timur. memang rasa malu amatla tengok forum semalam. bendala nak jadi. macam tak ada panel lain dah. kadang2 tu ustaz, kita ini kerja berjawatan kecil kerja berdakwah spt di pusat serenti, penjara, rumah kebajikan dlln, tapi bila tengok pegawai2 yang berpangkat lain pulak jadinye.. adoi ujian kesenangan itu lebih bahaya daripada ujian kesusahan.. doakan saya dijauhkan Allah dari fitnah camtu.

Nama: Khairul Azmi Ismail Al-Muqry said...

> nurhidayat.
W salam. semoga anta selamat dari fitnah tersebut dan berusaha memperbaiki sebaik mungkin. ana yakin staf jakim ramai yang macam anta. ana tidaklah bermaksud kesemua individu dlm jakm tetapi mereka yg trlibat dgn kerja yg x patut tu jer. apa2pun terima kasih