"Usul Fiqh" dan "Kaedah Fiqh @ Qawaid Fiqhiyyah" merupakan dua istilah yang sering kali kita dengar dan sering kali di salahgunakan oleh mereka yang tidak mahir di dalam disiplin ilmu syariah. Kedua-dua istilah ini nampak seolah-olah tiada perbezaan tetapi sebenarnya ia mempunyai perbezaan yang amat ketara sekali.
Setiap kali adanya isu-isu yang menyentuh persoalan agama maka istilah-istilah seumpama inilah yang sering kali kedengaran di sana-sini, semuanya ingin membicarakan tentang persoalan tersebut walaupun sebenarnya mereka jahil dan tiada kelayakan untuk berbicara mengenainya (atau dinamakan ustaz mee celup oleh ust nik Abduh), masing-masing ingin menunjukkan bakat dalam mengemukakan hujah masing-masing walaupun mereka bukan ahlinya.
Yang terkini isu penggunaan kalimah Allah juga tidak kurang juga yang membicarakannya. Ada dari kalangan yang bukan aliran agama atau ustaz sanggup mencaci Majlis Agama kerana mengharamkannya. Ada pula yang sanggup memperlekehkan kenyataan Dr Harun Din dan menggambarkan bahawa beliau hanya mengikut methodology usuluddin tanpa menitikberakan soal dakwah. Dan bermacam-macam suara lagi. Di sini saya tidaklah mahu mengutarakan pandangan berkaitan dengannya kerana merasakan ia sudah mencukupi.
Dalam isu penggunaan kalimah Allah, kaedah "SADDUZ ZARAEI' " merupakan yang popular diperkatakan tetapi tidak kurang juga berlakunya kesilapan-kesilapan, Antara kesilapan yang sering didengar ialah:
- Mengatakan ianya merupakan satu "qawaid fiqhiyyah" (seperti dlm artikel Dr Dzulkifli dlm harakah) sedangkan ia merupakan satu sumber dalil di dalam perbahasan usul Fiqh.
- Menyebut "SADDUZ ZARAIE' " dengan "SYADDUZ ZARAIE' " (seperti dlm beberapa ceramah pimpinan). Sadduz Zaraie' beerti menghalang perkara yang dibimbangi ia terjebak kepada perkara yang haram sedangkan "Syadduz zaraie beerti menarik kea rah perkara tersebut. Satu makna yang sangat berlawanan.
Mungkin ada orang mengatakan ini merupakan isu yang remeh tetapi sebenarnya ia merupakan satu kesalahan fakta yang perlu diperbetulkan. Memang itu yang sering dijawab apabila seseorang tokoh apabila diberikan komentar atau teguran. Amatlah kurang sekali mereka yang sanggup menerima teguran akibat kesilapan- kesilapannya. Jika inilah juga jawapannya saya bimbang merka termasuk dalam golongan yang takabbur dan tak mahu menerima kebenaran.
Di sini saya ingin menukilkan beberapa perbezaan antara "KAEDAH USUL FIQH" dan "KAEDAH FIQH @ QAWAID FIQHIYYAH:
- Kaedah Usul Fiqh adalah cara-cara untuk kita mengistinbat (mengeluarkan hokum) dari Nas-nas Al-Quran dan Sunnah, seperti Kaedah " Setiap perintah menunjukkan wajib melainkan adanya Qarinah yang mengubahnya", Sedangkan " Kaedah Fiqh" adalah rumusan secara umum terhadap hokum-hukum yang telah dikeluarkan dari Nas-nas tersebut.
- Kaedah Usul Fiqh adalah satu kaedah yang kulliyyah (digunakan bagi setiap perbincangannya) tanpa adanya pengecualian sedangkan Kaedah Fiqh adalah kaedah yang aghlabiyyah (kebanyakan)
- Kaedah Usul Fiqh digunakan untuk mengeluarkan hokum, iaitu ia digunakan sebelum sesuatu hokum diputuskan sedangkan Kaedah Fiqh adalah rumusan terhadap hokum-hukum yang telah ada. (Usul fiqh sebelum adanya hokum tetapi kaedah fiqh setelah adanya hokum)
- Dan lain-lain.
Akhirnya saya ingin mengajak semua termasuklah diri ini supaya kita meletakkan diri kita ditempat yang sepatutnya, jika kita pakar ekonomi janganlah mempertikaikan ulama dan tak payahlah nak mengeluarkan pandangan berkaitan masalah-masalah agama yang memerlukan ahli yang pakar di dalamnya. Biarlah ulama berbincang sesama mereka, merekalah yang layak mengeluarkan pandangan walaupun berbeza sekalipun. Zalimlah kita jika kita membicarakan apa yang tidak kita ketahui. Masing-masing Allah kurniakan kepakaran masing-masing, gunakanlah sebaik mungkin untuk Agamanya beramanahlah dengan ilmu tersebut. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila amanah diberikan bukan pada ahlinya tunggulah saat kehancuran". Amanahkah kita jika kita meletakkan diri kita di tempat yang tidak sepatutnya???
1 comment:
Salam. Ana kurang jelas lagi tentang perbezaan kedua-duanya. Mungkin kalau ada contoh, lagi mudah faham.
Post a Comment