PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Sunday, March 21, 2010

KERAJAAN PAHANG GAGAL LAHIRKAN PENGHAFAL AL QURAN (Khususnya bagi perempuan).


Justify Full
Menghafal Al quran merupakan di antara amalan dan pekerjaan yang sangat mulia di sisi Allah, begitu juga penghafalnya sehingga junjungan Baginda Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa "semulia-mulia ummatku ialah penghafal Al-quran" dan juga sabdanya " Sebaik-baik kamu ialah mereka yg mempelajari Al quran dan mengajarkannya".

Bagi negeri Pahang kerajaan sangat berbangga dengan adanya ma'had-ma'had tahfiz di seluruh negeri yang berusaha melahirkan generasi Al-Quran. Bilangannya kini melebihi 20 buah di seluruh negeri.Tahukah kita sebenarnya kesemua ma'had tahfiz ini (kecuali satu, dua sahaja) diusahakan secara persendirian bukanlah milik kerajaan dan tidak mendapat apa-apa bantuan dari kerajaan.

Kita rakyat negeri pahang biasa di war-warkan dengan kejayaan-kejayaan yang sangat dibanggakan oleh kerajaan kita. Di antara perkara yang sangat dibanggakan ialah projek pembangunan-pembangunan termasuk kejayaan negeri pahang membina komplek tahfiz di Tanjung Lumpur. Jika dilihat dari segi prasarananya kita akan membayangkan betapa hebatnya komplek tahfiz tersebut dan hebat jugalah pelajar yang dihasilkannya. Tambahan lagi setiap tahun berpuluh-puluh yang mendapat diploma hafiz al quran dari ma'had tersebut. Tahukah kita hakikat sebenarnya negeri Pahang ketandusan tokoh-tokoh pelajar yang berjaya dibidang ini khususnya bagi perempuan.

Sebagai buktinya setelah lebih dari sepuluh tahun wujudnya ma'had tahfiz negeri ini, Pahang masih tercari-cari siapakah peserta perempuan yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Beberapa tahun yang lalu Pahang langsung tidak menghantar wakil perempuan ke peringkat kebangsaan walaupun dalam katogeri paling rendah iaitu 5 juzuk sahaja. Dan pada tahun ini hanya 2 peserta sahaja yang layak menyertai Majlis hafazan peringkat negeri. Ini semua membuktikan bahawa kerajaan negeri khususnya tidak prihatin dalam menangani kelemahan ini.

Saya yakin pihak berkuasa agama negeri menyedari hakikat ini, tetapi apalah sangat bidang kuasa mereka, mereka mungkin boleh mencadangkan tetapi bukanlah mereka yang meluluskan, tetapi orang politik yang meluluskannya. Oleh kerana itulah kuasa politik sangat penting untuk dikembalikan kepada Islam. Ayuh kita berganding bahu menegakkan politik Islam di bumi Pahang ini.

2 comments:

MOHD NOR HIDAYAT said...

salam ust.. saya memang setuju pandangan ustaz.. kalau bab menyanyi ke berlakon ke karaoke ke..pahang ni memang no 1. Tapi bab pendidikan agama memang lembab nak mampus. guru2 saya ( veteran sudah lama bersara. semoga Allah memberi keberkatan kepada mereka )yang rancang buat KIPSAS dulu pun bukan main susah nak bagi idea diterima. katanya tak mendatangkan keuntungan lah..dan mcm2 lagi.

Nama: Khairul Azmi Ismail Al-Muqry said...

pencapaian pahang:
1. Siti Norhaliza penyanyi no 1 msia
2. genting pusat judi no 1 di Asia.
3. Bajet negeri defisit teruk.
4. antara negeri yg masih belum jatuh dari tangan umno.