PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Friday, February 27, 2009

FAKTA SEJARAH BERKAITAN MAULIDURRASUL

1.Abdullah bapa Nabi berkahwin dengan Aminah pada usia 18 btahun.

2. Bapa Nabi meninggal dunia ketika ibu baginda mengandungkannya 2 bulan.

3. Baginda dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 571 masehi.

4. Baginda dilahirkan di rumah bapa saudaranya Abu Tholib.

5. Datuk baginda abdul Muttalib yang member nama “MUHAMMAD” kepada baginda. Satu nama yang tidak popular di kalangan arab ketika itu.

6. Bidan yang menyambut baginda ialah AsSyifa’ ibu kepada Abdurrahman bin Auf.

7. Bginda disusukan oleh ibunya kemudian Thuwaibah beberapa hari, kemudian diserahkan kepada Halimatus Sa’diyyah sehingga baginda berumur 2 tahun.


Wallahua’lam.

Rujukan.

Darul Ifta’ Mesir.

Tuesday, February 17, 2009

DERHAKA KEPADA SULTAN MERUPAKAN JIHAD

Mutaakhir ini ramai orang membicarakan tentang isu DERHAKA kepada sultan. Tetapi agak kurang mereka yang membicarakan masalah ini berdasarkan pandangan Islam yang sebenarnya. Sebahagian dari kalangan kita bermati matian mempertahankan sultan atau raja dan sebahagian yang lain cuba menafikan berlakunya penderhakaan tersebut. Di sini saya tidaklah ingin fokuskan kepada mana-mana isu yang berlaku tetapi hanya sekadar mendedahkan pandangan Islam dalam isu ini.


Islam mengajar umatnya supaya mentaati pemimpin kerana dengan mentaati pemimpin masyarakat akan menjadi lebih aman dan tenteram. Banyak ayat dan hadis mengisyaratkan perkara ini. Tetapi ketaatan ini tidaklah menjadi mutlak seperti taatkan Allah dan rasulnya. Ada kalanya pemimpin perlu ditegur dan ada kalanya pemimpin perlu ditentang. Penentangan kepada pemimpin atau DERHAKA kepada sultan jika berlakunya kesilapan atau penyelewengan merupakan suatu yang WAJIB, bahkan merupakan satu JIHAD yang besar.

Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA: bahawa Baginda bersabda:

ان مِن اعظم الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر

Bermaksud:

Sesungguhnya di antara sebesar-besar JIHAD ialah menyatakan keadilan di sisi SULTAN (penguasa) yang zalim"


(Hadis Riwayat Abu Dawud, AtTirmizi dan Ibnu Majah, AtTirmizi menghukumnya sebagai hadis HASAN)

Dan dalam hadis yang lain pula Baginda menyatakan bahawa orang yang dibunuh disebabkan memberi teguran kepada pemimpin menjadi PENGHULU orang yang mati syahid.

اللهم أمين

Sunday, February 8, 2009

TAHNIAH PAS

Tahniah PAS!

Di masa susah kaulah kawan

Di mana susah kaulah di depan

Untuk yang lemah kaulah sandaran yang gagah

Untuk yang duka kaulah penawar dan penenang

Dalam ribut dan taufan kaulah tunjang

Dalam gelora dan gelap kaulah menara dan cahaya

Tiada dagang bersamamu

Tiada cemas di belakangmu

Dirimu ada kekuatan

Dirimu adalah kekuatan

Kekuatan jadi mulia bersamamu

kelemahan jadi bacul di hadapanmu

Tahniah PAS!

Musuh tidak nampak kecualimu

Musuh tidak marah kecualimu

Musuh tidak takut kecualimu

Keranamu kebatilan menjadi lebur

Keranamu kezaliman menjadi berantakan

Keranamu kejahilan menjadi hilang

Kaulah kelibat di medan

Kaulah syakhsiyah dalam kembara

Kaulah figura keramaian

Kawan dan musuh menakjubimu

Dia dan mereka menyanjungimu

Aku dan kami mencintaimu

Tahniah PAS!

Beginikah Allah memuliakanmu?


Ihsan dari blog Ust Nik Abduh