PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Wednesday, March 25, 2009

PELAJAR DARUL FIKRI LULUS UJIAN HAFAZAN MAJLIS AGAMA.

">PELAJAR DARUL FIKRI LULUS UJIAN HAFAZAN MAJLIS AGAMA.

Setiap tahun pihak majlis agama Islam dan adat resam melayu Pahang mengadakan ujian bagi pelajar-pelajar Tahfiz bagi seluruh negeri pahang. Ujian tersebut adalah untuk melayakkan pelajar atau mana-mana individu mendapat saguhati tahunan daripada majlis agama.
Pelajar Ma'had Tahfiz Darul fikri Sri Damai juga telah menyertai ujian tersebut setiap tahun dan kebanyakan pelajar-pelajar telah berjaya di dalam ujian tersebut. Ujian tersebut berdasarkan 3 katogeri 10, 20 dan 30 juzuk. Pada sesi 2008 seramai 4 orang dari Darul Fikri telah berjaya dalam katogeri 30 juzuk dan yg lainnya 20 dan 10 juzuk sahaja. (Keputusannya baru kami dapat dua tiga hari yg lalu)
Walau bagaimanapun pada tahun ini bilangan pelajar yang menduduki ujian tersebut sedikit menurun berbanding dengan tahun-tahun yang lalu, ini disebabkan beberapa factor di antaranya ialah sebahagian pelajar kami yang telah tamat hafalannya tidak sempat dengan ujian tersebut kerana telah melanjutkan pengajian di Syria dan sebahagian pelajar senior yang lain bukannya berasal dari Pahang seperti syarat yang dikehendaki.
'Ala kulli haal' pihak Darul fikri bersyukur kepada Allah diatas sedikit kajayaaan yang diberikan dan mudah-mudahan ianya menjadi permulaan bagi melahirkan ulama pejuang di masa akan datang. Aaamiin

Monday, March 9, 2009

ISYARAT DALAM AL-QURAN TENTANG SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW.

ISYARAT DALAM AL-QURAN TENTANG SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW.

Setiap kali tiba bulan Rabiul awwal kita diperingatkan dengan peristiwa 'Maulidurrasul' atau lebih masyhur dengan panggilan 'Maulud' (walaupun tidak tepat di segi bahasanya). Setiap kali kedatangannya juga sering kali kita mendengar perdebatan tentang hokum menyambutnya, ada yang membidahkannya secara mutlak dan ada pula yang mengharuskannya secara mutlak dan ada yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu dan tujuan yang tertentu.

Jika permasalahan ini dibincangkan dalam suasana ukhuwwah dan ilmiah tanpa ada tuduhan-tuduhan dan cacian yang tidak sepatutnya ia merupakan satu perkembangan ilmu yang baik tetapi kebiasaannya ia jarang sekali dapat dielakkan. Bahkan kadang-kadang menyebabkan perbalahan dan putusnya ukhuwwah di antara mereka yg berlainan pendapat dalam masalah ini.

Setiap pandangan ada hujjah masing-masing. Di antara hujjah yang menyatakan ia bidah ialah kerana Nabi dan para sahabat tidak melakukannya. Jika mereka yang berpandangan demikian semata-mata ingin mencontohi salafussoleh, ini merupakan satu tindakan yang amat baik sekali bahkan satu tuntutan dalam agama.

Di pihak yang lain pula berhujjah bahawa ia disambut berdasarkan firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 5

وذكرهم بايام الله

bermaksud :
"Dan peringatkanlah mereka dengan 'Ayyamillah' "

Saiyyidina Ubai bin Kaab meriwayatkan bahawa nabi SAW mentafsirkan 'Ayyamillah" dengan nikmat-nikmat Allah. Imam Alusi menyatakan bahawa kelahiran Nabi SAW adalah merupakan nikmat yang besar.

Juga mereka menyatakan bahawa dengan sambutan itulah dapat melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Jika inilah hujah dan tujuan mereka apakah ia merupakan satu kesalahan?

Saya tidaklah ingin mengemukakan hujjah yang panjang lebar bagi kedua pandangan ini kerana bagi saya kedua-duanya ada kebenarannya dan jika dibincangkan dengan ilmiah dan suasana ukuwwah ia menjadi medan untuk memantapkan lagi ilmu dan menjauhkan diri dari sifat 'TASSUB" yang boleh memecah belahkan umat Islam itu sendiri.

Alangkah ruginya jika kita umat Islam bertengkar dalam masalah ini sedangkan banyak lagi tugas yang penting kita abaikan, dan musuh-musuh kita sentiasa mencari peluang untuk memecahbelahkan kita.

RENUNGKANLAH DAN FIKIRKANLAH BERSAMA.

Wallahua'lam