Mutaakhir ini ramai orang membicarakan tentang isu DERHAKA kepada sultan. Tetapi agak kurang mereka yang membicarakan masalah ini berdasarkan pandangan Islam yang sebenarnya. Sebahagian dari kalangan kita bermati matian mempertahankan sultan atau raja dan sebahagian yang lain
Islam mengajar umatnya supaya mentaati pemimpin kerana dengan mentaati pemimpin masyarakat akan menjadi lebih aman dan tenteram. Banyak ayat dan hadis mengisyaratkan perkara ini. Tetapi ketaatan ini tidaklah menjadi mutlak seperti taatkan Allah dan rasulnya.
Sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri RA: bahawa Baginda bersabda:
ان مِن اعظم الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر
Bermaksud:
Sesungguhnya di antara sebesar-besar JIHAD ialah menyatakan keadilan di sisi SULTAN (penguasa) yang zalim"
(Hadis Riwayat Abu Dawud, AtTirmizi dan Ibnu Majah, AtTirmizi menghukumnya sebagai hadis HASAN)
Dan dalam hadis yang lain pula Baginda menyatakan bahawa orang yang dibunuh disebabkan memberi teguran kepada pemimpin menjadi PENGHULU orang yang mati syahid.
اللهم أمين
No comments:
Post a Comment