ISYARAT DALAM AL-QURAN TENTANG SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW.
Setiap kali tiba bulan Rabiul awwal kita diperingatkan dengan peristiwa 'Maulidurrasul' atau lebih masyhur dengan panggilan 'Maulud' (walaupun tidak tepat di segi bahasanya). Setiap kali kedatangannya juga sering kali kita mendengar perdebatan tentang hokum menyambutnya, ada yang membidahkannya secara mutlak dan ada pula yang mengharuskannya secara mutlak dan ada yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu dan tujuan yang tertentu.
Jika permasalahan ini dibincangkan dalam suasana ukhuwwah dan ilmiah tanpa ada tuduhan-tuduhan dan cacian yang tidak sepatutnya ia merupakan satu perkembangan ilmu yang baik tetapi kebiasaannya ia jarang sekali dapat dielakkan. Bahkan kadang-kadang menyebabkan perbalahan dan putusnya ukhuwwah di antara mereka yg berlainan pendapat dalam masalah ini.
Setiap pandangan ada hujjah masing-masing. Di antara hujjah yang menyatakan ia bidah ialah kerana Nabi dan para sahabat tidak melakukannya. Jika mereka yang berpandangan demikian semata-mata ingin mencontohi salafussoleh, ini merupakan satu tindakan yang amat baik sekali bahkan satu tuntutan dalam agama.
Di pihak yang lain pula berhujjah bahawa ia disambut berdasarkan firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 5
وذكرهم بايام الله
bermaksud :
"Dan peringatkanlah mereka dengan 'Ayyamillah' "
Saiyyidina Ubai bin Kaab meriwayatkan bahawa nabi SAW mentafsirkan 'Ayyamillah" dengan nikmat-nikmat Allah. Imam Alusi menyatakan bahawa kelahiran Nabi SAW adalah merupakan nikmat yang besar.
Juga mereka menyatakan bahawa dengan sambutan itulah dapat melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Jika inilah hujah dan tujuan mereka apakah ia merupakan satu kesalahan?
Saya tidaklah ingin mengemukakan hujjah yang panjang lebar bagi kedua pandangan ini kerana bagi saya kedua-duanya ada kebenarannya dan jika dibincangkan dengan ilmiah dan suasana ukuwwah ia menjadi medan untuk memantapkan lagi ilmu dan menjauhkan diri dari sifat 'TASSUB" yang boleh memecah belahkan umat Islam itu sendiri.
Alangkah ruginya jika kita umat Islam bertengkar dalam masalah ini sedangkan banyak lagi tugas yang penting kita abaikan, dan musuh-musuh kita sentiasa mencari peluang untuk memecahbelahkan kita.
RENUNGKANLAH DAN FIKIRKANLAH BERSAMA.
Wallahua'lam
Monday, March 9, 2009
ISYARAT DALAM AL-QURAN TENTANG SAMBUTAN MAULIDURRASUL SAW.
Labels:
ALQURAN DAN TAFSIR,
BIDAH,
FATWA DAN HUKUM,
SEJARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment