PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Thursday, June 17, 2010

HADIS "AKU DIBANTU OLEH PEMUDA DAN DISANGGAHI OLEH ORG TUA" PALSU ???

Kita sering kali mendengar ungkapan :


حالفني الشباب وخالفني الشيوخ


Yang bermaksud " Aku dibantu oleh pemuda dan disanggah (ditentang) oleh orang-orang tua"


Saya disini tidak menafikan reality yang berlaku di zaman Rasulullah SAW, tetapi ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian meneliti dan mengkaji 'Adakah ini hadis Rasulullah SAW atau ungkapan tokoh-tokoh tertentu sahaja.?'


Di dalam ceramah-ceramah atau program-program, ungkapan ini biasanya disandarkan kepada baginda SAW tetapi dari mana sumbernya Wallahua'lam. Kebanyakannya atau kesemua yang saya dengar tidak menyebut dari manakah sumbernya, ini menambahkan lagi keraguan terhadap sandaran tersebut.


Setakat yang saya kaji melalui kitab-kitab hadis yang ada di tangan saya dan juga melalui internet, saya tidak dapati ia merupakan hadis baginda, bahkan banyak juga yang mendakwa IANYA PALSU, ini disebabkan kenyataan tersebut tidak terdapat di dalam kitab hadis-hadis samada yang muktabar atau sebaliknya.


Para ulama hadis pernah menyebut di antara tanda kepalsuan sesuatu hadis itu ialah: jika ianya tidak terdapat di mana-mana kitab hadis.


Kepada sahabat-sahabat atau para ulama yang dapat membuktikan ianya hadis atau sebaliknya dapat membantu ana di dalam masalah ini, kerana ana tidak berani menyatakan ia adalah hadis selagi tidak dapat dibuktikan. Rasulullah pernah berpesan dlm hadis yg mutawatir : "Sesiapa yang membuat pembohongan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka".


Wallahua'lam

1 comment:

al-aman said...

Assalamualaikum ustaz. Jazakallah kerana menimbulkan persoalan ini. Mudah-mudahan umat Islam akan lebih cakna setelah ini. Ini perkara bahaya. Hmmm, yg lebih bahaya ialah saya pernah terlihat setelah didatangkan kalam ini diletakkan pula 'riwayat bukhari'! Aneh sekali. Dari mana datangnya takhrij ini?? Dalam website2 yg saya temui ada juga yg nisbahkan kalam ini kepada sahih muslim!

Cuba ustaz lihat di website ni (website ni pro salafi :) )

http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=40449

ورد عنه صلى الله عليه وآله وسلم أنه قال: «أوصيكم بالشبان خيراً فإنهم أرق أفئدة، وأن الله بعثني بشيراً ونذيراً فحالفني الشبان، وخالفني الشيوخ»، ثم قـرأ ? فَطَــالَ عَلَيْهِـمْ الأَمـَدُ فَقَسـَتْ قُلُوبُهُـمْ ? .

فريد: مرتضى/ روايات من مدرسة أهل البيت ج1 ص349.

Katanya dari kitab syiah rafidhah. wallahu'alam.

Saya juga buat sedikit pemerhatian dan mendapati memang kalam ini ada terdapat di dalam website2 yg saya kenal pasti ialah website2 syiah spt alkawthartv, alwelayah, alzainbi, alhawza, saffar.org

Mudah-mudahan dapat memberi sedikit pencerahan. Wallahu'alam.