MOGOK LAPAR ADALAH HARAM - FATWA SYEIKH 'ATHIYYAH SAQR
Setelah bertalu-talu soalan berkaitannya diajukan kepada saya, di sini saya ingin kemukakan fatwa Syeikh Athiyyah Saqr Mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar berkaitan masalah ini, untuk kita kongsi bersama.
Terjemahannya adalah seperti berikut:
"SOALAN:
Apakah hokum mereka yang melakukan mogok lapar (sebagai protes) apabila dilakukan kezaliman ke atasnya, dan bagaimana menguruskannya?
JAWAPAN:
Tiada di dalam agama apa yang dinamakan mogok dari makan atau minum bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Ia merupakan wasilah yang negative yang wajib dihindari oleh seseorang, sedangkan di sana ada wasilah-wasilah yang lain yang dibenarkan syara' yang begitu banyak.
Sesiapa yang mengambil langkah ini sesungguhnya dia telah memudharatkan dirinya dengan dengan lapar dan dahaga dalam perkara yang bukannya ketaatan. Sedangkan hadis ada menyatakan "Tiada boleh memudharatkan (untuk dirinya) dan juga tiada boleh memudharatkan orang lain" .
Dalam masa yang sama dia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan, sedangkan Allah SWT berfrman yang bermaksud : " Dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan" (Al-Baqarah 195).
Sesiapa yang mati disebabkan mogok tersebut ia dikira membunuh diri. Bunuh diri adalah dosa besar dan sesipa yang menghalalkannya ia menjadi kafir, tidak boleh dimandikan (jenazahnya), tidak disembahyangkan dan tidak boleh ditanam di perkuburan orang Islam"
Penterjemah:
Ust Khairul Azmi Al-Muqry
25.5.09
Rujukan:
1. Ahsanul kalam fil fatawa wal ahkam, Syeikh 'Athiyyah Saqr, Jil 1 Ms 366
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ustaz,ana rasa ada ulama besar yang mengharuskan mogok lapar.Maaf ana tak pandai nak kluar pandangan2 ulama ini.
Tapi ana masih ingat,Barisan Altenatif pnah buat mogok lapar di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar sewaktu ust Fadzil Nor masih hidup bg mendesak thn ISA d bebaskan
Mogok lapar itu bukan hanya dibuat oleh ahli dan penyokong diluar tapi turut dibuat oleh ahli ahli yg di tahan ISA tmasuk Nik Adli dan rakan rakannya.Mogok lapar itu telah membawa kesan apabila keajaan telah menerima bbrp tuntutan yg dibuat.
Ana juga masih ingat,pimpinan besar kita telah mengharuskan bedasarkan kisah Ummu Salamah yg melakukan mogok ke atas keluaganya yg menghalang dia behijrah besama suaminya.Harap dapat semak semula.
a kum.
trima kasih kalam nadi kota. ana ada baca pandangan2 ulama berkaitan dgn mogok lapar, mmg x dinafikan ada yg mmbenarkannya spt Al-Qaradhawi, tetapi ana nukilkan pandangan ulama muktabar yg mengharamkannya sebagai amanah ilmu supaya kita mengetahui bahawa masalah ini bukannya perkara yg disepakati, kerana sebelum ini ana lihat ramai penulis mencaci dan menuduh yg bukan2 apabila adanya tokoh2 dlm negara yg mengharamkannya, ttg niat dan tujuan mereka kita serahlah kpd Allah.
keduanya setelah ana amati sendiri fatwa Al-Qaradhawi ana dapati ia lebih khusus kepada mangsa di dalam penjara, yg tidak ada cara yg lain utk menyatakan bantahan mereka, (yg menyedihkan ramai yg ambil separuh saja dari fatwa tersebut dan buat tafsiran. (ijtihad)sendiri.
Kesimpulan dan fakta secara ilmiah sebahagiannya ana dah infokan kpd tantawi dan boleh dilihat dlm tulisannya dlm masalah ini.
Post a Comment