Alhamdulillah pada oktober 2009 seorang lagi pelajar Ma'had Tahfiz Darul Fikri di terima belajar di Universiti Abu Nour
Dalam masa yang sama beliau juga mendapat tawaran dari Ma'had Duwaly (Institut pengajian Islam Antarabangsa), tetapi setelah difikirkan dan dibincangkan dengan kawan-kawan, guru-guru, beliau memilih untuk ke Abu Nour. Dengan kemasukan beliau menjadikan jumlah pelajar Darul Fikri di Luar negara seramai 12 orang (Syria 8, Yaman 1, Surabaya 3)
Abdul Rahman merupakan pelajar termuda yang berjaya menamatkan hafalan di Darul Fikri iaitu ketika berusia 14 tahun, dan juga biasa mengimamkan solat tarawikh di beberapa masjid dan surau di sekitar kuantan.
Saya sebagai mudir Darul Fikri mendoakan agar beliau berjaya di dalam pengajiannya dan bersyukur kepada Allah diatas segala-galanya.
1 comment:
Salamullah 'alaik..ana pljr Maahad Muhammadi Lilbanin, insyaAllah akhir bulan Disember ana berangkat ke Syria.. Ana mohon supaya ust mmberi sdikit nasihat/pandangan/kata utk ana.. Em,institut mnakah yg spatutnya ana pilih, abu nour, maahad fatah, maahad lughah?
Harap ust rply kat email sy, kyuu_renjo@yahoo.com
Post a Comment