PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Thursday, October 1, 2009

ABDUL RAHMAN ROSLI (15 tahun) DITERIMA DI UNIVERSITI ABU NOUR SYRIA


Gambar Mujamma' Abu Nour Syria


Alhamdulillah pada oktober 2009 seorang lagi pelajar Ma'had Tahfiz Darul Fikri di terima belajar di Universiti Abu Nour Syria. Beliau ialah Abdul Rahman bin Rosli Al-Hafiz anak kepada pengerusi dan pengasas Darul Fikri iaitu Ust Rosli Abdul Jabbbar. Beliau berjaya terpilih di universiti tersebut setelah melalui ujian temuduga yang diadakan oleh pihak Abu Nuur. Beliau akan mengikuti pengajian di peringkat ta'hili (diploma b.arab dan pengajian Islam) yang mengambil masa lebih kurang dua atau tiga tahun. Yang menariknya beliau antara pelajar yang termuda mengambil kursus tersebut, kerana kebiasaannya mereka yang terdiri dari pelajar yang berumur sekitar 18 – 20 tahun.


Dalam masa yang sama beliau juga mendapat tawaran dari Ma'had Duwaly (Institut pengajian Islam Antarabangsa), tetapi setelah difikirkan dan dibincangkan dengan kawan-kawan, guru-guru, beliau memilih untuk ke Abu Nour. Dengan kemasukan beliau menjadikan jumlah pelajar Darul Fikri di Luar negara seramai 12 orang (Syria 8, Yaman 1, Surabaya 3)


Abdul Rahman merupakan pelajar termuda yang berjaya menamatkan hafalan di Darul Fikri iaitu ketika berusia 14 tahun, dan juga biasa mengimamkan solat tarawikh di beberapa masjid dan surau di sekitar kuantan.

Saya sebagai mudir Darul Fikri mendoakan agar beliau berjaya di dalam pengajiannya dan bersyukur kepada Allah diatas segala-galanya.




1 comment:

nik said...

Salamullah 'alaik..ana pljr Maahad Muhammadi Lilbanin, insyaAllah akhir bulan Disember ana berangkat ke Syria.. Ana mohon supaya ust mmberi sdikit nasihat/pandangan/kata utk ana.. Em,institut mnakah yg spatutnya ana pilih, abu nour, maahad fatah, maahad lughah?

Harap ust rply kat email sy, kyuu_renjo@yahoo.com