PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Friday, November 7, 2008

SALAH FAHAM MAKSUD FITNAH

MAKSUD "FITNAH LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH"

Firman Allah SWT

والفتنة أشد من القتل / والفتنة أكبر من القتل

Terjemahannya " FITNAH itu lebih dahsyat dari pembunuhan" dan "FITNAH itu lebih besar dari pembunuhan" (Al-Baqarah 191 dan 217)

Maksud FITNAH.

Para ulama mentafsirkan kalimah FITNAH di dalam ayat ini dengan beberapa maksud. Di antaranya ialah:

1) Syirik atau Kufur.
2) Penyeksaan golongan musyrikin terhadap org yang beriman.
3) Usaha untuk memurtadkan org Islam.
4) Azab akhirat
5) Ujian dan bala bencana
6) Mewujudkan suasana masyarakat yg rosak yg menyeleweng.

Inilah kesimpulan maksud fitnah di dalam ayat tersebut.

Salah Faham.

Sebahagian kita memahami bahawa FITNAH yg disebut di dalam ayat ini termasuk 'TUDUHAN' secara umum. Lantas kita apabila adnya sesuatu tuduhan yang berlaku walaupun sekecil mana sekalipun, kita terus berhujjah dengan ayat ini. Hakikatnya kita telah tersalah dlm berhujjah dengan ayat ini. Ini kerana tiada seorang ulama pun (setakat penelitian saya) yg mentafsirkannya dengan makna tuduhan.

Imam Jalaluddin AsSuyuthi di dalam kitabnya 'AL-ITQAN' menyebut bahawa kalimah FITNAH digunakan di dalam Al-Quran dengan 15 maksud, tetapi tidak ada maksud "TUDUHAN" .

Dari sudut bahasa arab pula, kalimah FITNAH mempunyai banyak maksud tetapi juga tidak ada maksud 'TUDUHAN. (Lihat Qamus Muhith ms 1100)

Perbezaan dua bahasa.

Kadang-kadang satu-satu kalimah digunakan oleh berbagai-bagai bahasa tetapi mempunyai maksud yang berbeza diantara satu bahasa dengan yg lain. Ini seperti kalimah FITNAH yang beerti tuduhan di dalam bahasa melayu tetapi berbeza maksudnya di dalam bahasa arab.

Ust Khairul Azmi Al-Muqry
Mudir Darul Fikri

Rujukan.
Al-Quran
Tafsir Ibnu Kathir Jil 1 ms 243, 315
Tafsir Al-Qurthubi Jil 2 ms 351
Tafsir Munir Jil 2 ms 175, 258
Tafsir Nasafie Jil 1 ms 139
Mukhtasor Tafsir Al-Khazin Jil 1 ms 112
Tafsir Fi Zilalil Quran Jil 1 ms 119
Al-Itqan Jil 1 ms 409
Qamus Al –Muhith ms 1100

1 comment:

Hanz Newman said...

Izinkan saya sebarkan maksud & artikel tuan ini, ya ustaz! Terima kasih!