JANTINA BINATANG KORBAN
Soalan
Bolehkah binatang betina dijadikan kurban?
Jawapan:
Sah korban (begitu juga aqiqah) sama ada dengan binatang jantan atau binatang betina dengan sepakat para ulama’ jika ia telah cukup umur yg disyaratkan.[1] Berkorban dengan binatang jantan lebih afdhal dari binatang betina. Dan berkorban dengan binatang betina yang belum pernah beranak lebih baik dari yang pernah beranak.[2]
Akan tetapi jika binatang tersebut bunting, maka para ulama berselisih pandangan:
1. Tidak boleh dijadikan korban kerana dagingnya telah berkurangan disebabkan bunting tersebut. Ini pendapat Ashab Syafei seperti yg dinukilkan oleh Abu Thoyyib. Juga disokong oleh Khatib Syarbini dlm Mughni Muhtaj, Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam Tuhfatul Muhtaj, Imam Ramli di dalam Nihayatul Muhtaj dll.
2. Boleh dijadikan korban kerana kekurangan daging tersebut ditampung dengan kandungannya. Inilah pendapat yg masyhur yg dinukilkan oleh Ibnu Rif’ah (ulama mazhab Syafei)
Wallahu a’lam.
Ust Khairul Azmi Ismail.
Nota kaki;
[1] Begitu juga, sah dibuat korban binatang khunsa. (al-Iqna’, jil. 2, hlm. 818), (Kifayatul Akhyar jil 2 hlm 191) Al-Fiqh Islami 3/613
[2] al-Majmu’, jil. 8, hlm. 290.
Rujukan
1. Kifayatul Akhyar, Taqiyuddin Al-Hashni
2. Al-Majmu’ , Imam Nawawi
3. Al-Iqna’, Khatib Syarbini
4. Sabilul Muhtadin, Muhammad Arsyad Al-Banjari
5. Al-fiqh Islami Dr Wahbah Zuhaili.
No comments:
Post a Comment