KESALAHAN DALAM ALFATIHAH (SIRI 4)
Kesalahan dalam ayat 3.
1. Kesalahan ayat ketiga sama dengan akhir ayat pertama. (lihat siri ke 2)
Kesalahan dalam ayat ke 4.
1. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yg kasar.
2. Menyebut huruf (م) dalam kalimah (مالك) dengan sebutan yang hampir kepada ‘Imalah’
3. Memanjangkan sebutan huruf lin (و) pada kalimah (يوم) sedangkan huruf lin hanya boleh dipanjangkan ketika waqaf sahaja.
4. Tidak memuncungkan bibir ketika menyebut huruf (و) kerana ia tidak sempurna jika tidak dimuncungkan sedikitbibir kehadapan.
5. menyebut huruf (د) yang bertasydid dalam kalimah (الدين) dengan sebutan yg hampir kepada huruf (ت) kerana hampirnya makhraj keduanya.
6. Tidak sekata dalam memanjangkan mad Aridh Lissukun di akhir ayat ini dengan ayat sebelumnya.
7. Waqaf pada huruf (ن) dengan mendengungkannya.
-bersambung-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam...secara keseluruhan...enta telah berjaya mengupas serba sedikit kesalahan yg da dalam fatihah...cuma pada hal ke 7(s 4) dan 13 (s 3)...mmg ada ghunnah disitu tetapi tidak beberapa jelas...sbb ghunnah mmg sifat yg pasti ada bagi nun...tak boleh kita buang sifatnya...sebab pengertian ghunnah ialah : "bunyi yang terhasil daripada pengucapan nun dan mim terutama sekali ketika nun dan mim itu mati" maknanya kalu kita sebut nun dgn mim mesti berdengung..begitu juga pada kes alif mad...alif mad dlm lahjah arab dipanggil alif allaiyinah...alif yg lembut..so bacaannya mmg ada sedikit kelainan dgn lahjah melayu yg selalu kita dgr...so...untuk membezakan sebutan mana yang dipanggil fathah, imalah sughro dan imalah kubro...seseorg itu mesti pandai menilai ketiga2 peringkat tersebut...kalau pernah dgr satu shj daripada ketiga tu mungkin tak dapat nak faham secara tepat..anyway...good effort...teruskan usaha yg baik ini....wassalam
Syukran Abu Jazarie. Komen yg baik dan ana rasa tidak ada khilaf antara yg ana tulis dan anta komen cuma ana secara ringkas dan anta syarah dgn lebih dalam. yg ana maksudkan dgn dengung pada mim tersebut ialah dengung yg berlebihan seolah2 seperti wajibal ghunnah. JAZAKALLLAH.
Post a Comment