PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Monday, December 22, 2008

SHOTUL HUFFAZ TURUT MEMERIAHKAN KARNIVAL PAS MARAN

PEKAN CHENOR : Karnival PAS Maran 2008 yang berlangsung dari pagi hingga tengah malam pada 20 Disember (Sabtu) lalu di tebing Sungai Pahang di sini, menempa sejarah kerana mendapat sambutan meriah, menggalakkan dan di luar dugaan.Program yang dijalankan di lokasi bersejarah itu, seolah-olah mengembalikan semula ingatan sejarah kegemilangan Pekan Chenor di mana pada satu ketika dahulu pernah menjadi pusat perdagangan dan persinggahan tersohor apabila ketika itu Sungai Pahang menjadi antara hi-way utama negara.
Menurut Pengarah Program, Jaafar Mat Tam, antara program yang dianjurkan ialah perlumbaan bot laju, perlawanan gasing pangkah, sepak takraw, bola sepak 9 sebelah, sukaneka kanak-kanak dan wanita.Paling membangggakan, daripada 45 pasukan bot laju yang bertanding, ada antaranya disertai individu dan pasukan dari Negeri Terengganu, Selangor selain peserta tempatan.
Naib Presiden PAS Tuan Hj. Muhamad Sabu telah diberikan penghormatan merasmikan karnival tersebut pada jam 10.30 pagi dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pada sebelah petang.Dalam ucapannya beliau menegaskan komitmen PAS terhadap apa juga sukan yang tidak bercanggah dengan syarak. Katanya PAS akan terus memberikan perhatian terhadap bidang sukan dan kejayaan pasukan Kedah dalam liga piala Malaysia membuktikan kesungguhan itu, katanya.Hadir sama dalam majlis perasmian Yang Di Pertua PAS Kawasan Tuan Guru Hj. Mohd Baqi Othman serta pimpinan PAS kawasan.
Turut diundang untuk menghiburkan penonton ialah kumpulan nasyid terkenal UNIC yang mendendangkan lagu-lagu popular mereka bersama kanak-kanak tempatan yang dipelawa naik ke pentas.
Pada sebelah malamnya pula, Tuan Hj Mohamad Sabu telah berpidato dalam ceramah umum yang disaksikan kira-kira 4,000 pengunjung. Turut berceramah ialah Tuanguru Hj Mohd Baqi, Ustaz Ramli Abdul Rahman dan dipengerusikan Ustaz Khairul Azmi Al-Hafiz.Sebelum pentas ceramah dibuka, penonton disajikan dengan alunan nasyid merdu daripada kumpulan SHOTUL HUFFAZ pelajar Ma'had Tahfiz Darul Fikri, Kuantan.

No comments: