PAKEJ IFTHOR PELAJAR MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI

SEMPENA RAMADHAN INI, MA'HAD TAHFIZ DARUL FIKRI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN UNTUK IFTHOR (BERBUKA PUASA) PELAJAR:

RM 300 SEHARI UNTUK 70 PELAJAR


SUMBANGAN DI DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

UNTUK KETERANGAN HUBUNGI:
1. Ust Khairul AlMuqry o199320100
2. Ust Rosli A.Jabar 0145109316
3. Ust Amir Salam 019 7493022

Saturday, August 15, 2009

FATWA-FATWA ULAMA BERKAITAN PUASA. (BAHAGIAN 3)

Soalan 26:
Adakah mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa, tetapi ia haram dan mengurangkan atau menghapuskan pahala puasa tersebut. (wahbah)

Soalan 27:
Adakah boleh menyejukkan badan seperti berendam di dalam air ketika berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya harus dan tidak membatalkan puasa. (Athiyyah)

Soalan 28:
Adakah sah puasa Ramadhan bagi orang yang terlupa berniat di waktu malam?

Jawapan:
Tidak sah. (Athiyyah)

Soalan 29:
Adakah menderma darah atau menerima darah membatalkan puasa?

Jawapan:
Kedua-duanya tidak membatalkan puasa. (Athiyyah)

Soalan 30:
Adakah tidur yang banyak ketika berpuasa membatalkan puasa atau mengurangkan pahala puasa tersebut?

Jawapan:
Ia tidak membatalkannya dan tidak mengurangkan pahala tersebut. (Athiyyah)

Soalan 31;
Bolehkah mencium isteri ketika berpuasa?

Jawapan:
Dibolehkan perbuatan tersebut (makruh) dan tidak membatalkan puasa, kerana Nabi SAW melakukannya (Athiyyah /Ali / Sya'rawi)

Soalan 32:
Adakah menelan air liur yang terkumpul membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkannya. (Athiyyah /Buthi)

Soalan 33:
Adakah menelan kahak membatalkan puasa?

Jawapan:
Jika ia telah sampai ke dalam mulut batallah puasanya menurut mazhab Syafei, tetapi setengah ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa selagi ia belum melepasi bibir (Athiyyah / Buthi)

Soalan 34:
Adakah bermimpi sehingga terkeluar mani membatalkan puasa?

Jawapan:
Ia tidak membatalkan puasa kerana orang yang tidur diangkat qalamnya. (Ali /Sya'rawi /Buthi)

Soalan 35:
Adakah mengeluarkan mani membatalkan puasa?

Jawapan:
Ya. Ia membatalkan puasa. (Buthi)

No comments: