Soalan 50:
Adakah sah dilakukan qadha di akhir bulan Sya'ban?
Jawapan:
Tidak mengapa untuk mengqadhakan puasa di mana-mana bulan sekalipun (Qaradhawi)
Soalan 51:
Adakah disyaratkan berturut turut pada puasa Qadha?
Jawapan:
Tidak disyaratkan berturut-turut. (wahbah)
Soalan 52:
Adakah disyaratkan berturut-turut pada puasa kaffarah?
Jawapan:
Bagi kaffarah mereka yang melanggar sumpah, ulama' Malikiyyah dan Syafeiyyah tidak mensyaratkan berturu-turut, tetapi ulama Hanafiyyah dan Hanabilah mensyaratkannya.
Adapun kaffarah bagi pembunuhan, zihar dan jima' di tengah hari bulan Ramadhan, maka wajib berturut-turut dengan ijma; ulama' (wahbah)
Soalan 53:
Adakah dibolehkan seseorang berpuasa menggantikan orang lain yang telah meninggal dunia?
Jawapan:
Ya. Sah puasa tersebut. (Wahbah / Athiyyah)
Soalan 54:
Seseorang yang bernazar dengan katanya: "Jika anaknya sembuh dia akan berpuasa lima tahun berturut-turut". Kemudian anaknya sembuh dan dia tidak mampu melakukan puasa tersebut, apakah yang perlu dilakukannya?
Jawapan:
Wajib dia menggantikannya dengan fidyah iaitu satu cupak bagi setiap hari. (Wahbah)
Soalan 55:
Apabila seseorang tidak menqadhakan puasanya sehingga sampai Ramadhan yang lain. Apakah yang diwajibkan ke atasnya?
Jawapan:
Mazhab Syafei dan Hanbali berpendapat ia wajib qadha beserta fidyah. Adapun bagi mazhab Hanafi hanya mewajibkan qadha sahaja. (Qaradhawi / Athiyyah)
Soalan 56:
Adakah dibolehkan qadha Ramadhan digabungkan dengan puasa sunat enam Syawal?
Jawapan:
Harus menurut kebanyakan ulama seperti ulama syafeiyyah menggabungkan puasa sunat dengan puasa wajib. (Ali / Athiyyah)
Soalan 57:
Apakah hokum menghadiahkan pahala puasa kepada si mati?
Jawapan:
Sebarang amalan sunnat boleh dihadiahkan pahalanya kepada si mati dan sampai pahala kepadanya InsyaAllah. (Ibnu Jabrin)
No comments:
Post a Comment