PUASA-PUASA SUNNAT DAN DILARANG
Soalan 67:
Adakah disyaratkan puasa enam di bulan Syawwal dilakukan secara berturut- turut?
Jawapan:
Tidak disyaratkan. (wahbah)
Soalan 68:
Adakah disunatkan puasa di bulan Sya'ban?
Jawapan:
Bulan Sya'ban merupakan bulan yang mana kita disunatkan memperbanyakkan puasa padanya seperti amalan Rasulullah SAW (Qaradhawi)
Soalan 69:
Apakah hokum berpuasa selepas 15 Sya'ban?
Jawapan:
Hukumnya haram melainkan bagi mereka yang telah membiasakan diri dengan puasa-puasa tertentu seperti puasa hari Isnin, maka dibolehkan baginya. (wahbah)
Soalan 70:
Adakah disunatkan puasa nisfu sya'ban secara khusus?
Jawapan:
Tidak thabit dari Rasulullah SAW tentang puasa nisfu sya'ban secara khusus. Yang Thabit ialah baginda memperbanyakkan puasa di bulan tersebut secara umum. (Wahbah)
Soalan 71:
Adakah dibolehkan puasa tiga bulan berturut-turut iaitu Rejab, Sya'ban dan Ramadhan?
Jawapan:
Ia diharuskan bukannya bidah dan tiada nas yang melarang perbuatan tersebut. (Athiyyah / Buthi / A.Halim Mahmud)
Soalan 72:
Apakah hokum berpuasa di bulan rejab?
Jawapan:
Bulan Rejab termasuk di dalam bulan haram yang disunatkan berpuasa padanya, tetapi tidak dikhususkan kepada hari-hari tertentu padanya. (Athiyyah)
PUASA ORANG YANG BERADA DI KUTUB
Soalan 73:
Bagaimanakah orang yang berada di kutub melakukan puasa dalam keadaan waktu siangnya selama enam bulan?
Jawapan:
Mereka perlu mengira siang dan malam mereka berpandukan negara yang terdekat yang sederhana kedudukan siang dan malamnya atau tempoh puasa negeri Mekah atau Madinah yang merpakan negara tempat turunnya wahyu. (Wahbah /Ali / Jadulhaq)
No comments:
Post a Comment