GOLONGAN YANG DIBENARKAN BERBUKA
Soalan 58:
Berapakah jarak perjalanan yang dibenarkan seseorang itu berbuka puasa?
Jawapan:
Jarak perjalanan tersebut samalah dengan jarak yang dibenarkan jama' dan qasar solat iaitu dua marhalah (lebih kurang 84 km (menurut Qaradhawi) atau 85 km.(menurut S.Athiyyah) (Qaradawi / Athiyyah)
Soalan 59:
Adakah disyaratkan perjalanan tersebut bermula sebelum subuh untuk membenarkannya berbuka?
Jawapan:
Jumhur ulama' mensyaratkan perjalanan tersebut bermula sebelum subuh, tetapi Imam Ahmad membenarkan juga berbuka bagi mereka yang memulakan perjalanan walaupun setelah subuh. (Athiyyah)
Soalan 60:
Seorang yang dibenarkan berbuka ketika bermusafir, manakah lebih afdhol antara ia berbuka atau meneruskan puasa?
Jawapan:
Soalan 61:
Berapakah umur bagi melatih kanak-kanak berpuasa, adakah tujuh tahun seperti solat?
Jawapan:
Tiada umur yang khusus dalam masalah ini, tetapi ia dinilai dari segi kemampuan kanak-kanak tersebut menurut fatwa Dr Qaradhawi. Adapun Syeikh Athiyyah Saqr menyatakan ia boleh diqiaskan dengan solat iatu tujuh tahun. (Qaradhawi / Athiyyah)
Soalan 62:
Adakah dibenarkan berbuka bagi pelajar yang menghadapi peperiksaan dengan tujuan menambahkan kekuatan untuk mengulangkaji pelajaran?
Jawapan:
Tidak harus dia berbuka bagi tujuan tersebut. (Athiyyah)
Soalan 63:
Bilakah waktu berbuka bagi orang yang menaiki kapal terbang, adakah berdasarkan waktu tempat dia mula menaikinya atau tempat yang ditujunya?
Jawapan:
Waktunya berpandukan gelincirnya matahari, bukannya waktu pertama atau kedua, iatu waktu tempat di mana ia berada (Athiyyah / Wahbah)
Soalan 64:
Adakah harus bagi orang tua berbuka puasa jika mereka tidak mampu melakukannya, dan apakah yang patut dilakukannya?
Jawapan:
Harus baginya berbuka dan dia dikenakan fidyah iaitu memberi makan secupak bagi setiap hari kepada fakir miskin. (wahbah)
Soalan 65:
Adakah dibenarkan bagi wanita hamil atau menyusukan anak berbuka?
Jawapan;
Harus juga berbuka dan ia diwajibkan qadha, adapun fidyah ia juga dikenakan menurut mazhab Syafei jika ia bimbangkan terhadap anak susuan atau kandungannya. (Wahbah / Athiyyah / Jadulhaq)
Soalan 66:
Apakah hukuman orang yang tidak berpuasa secara terang-terangan?
Jawapan;
Ia boleh dihukum takzir, samada sebatan, nasihat dll (Sya'rawi)
2 comments:
Salam ramadhan,blog yang sangat berguna ,banyak info2 menarik minat kawe katsini.Kawe dapat link blog ni dari blog jebat berani.
semoga kita semua dipanjangkan umur agar dapat sekali lagi menunaikan kewajiban puasa di tahun hadapan.Demo belajar mana loni?
t.kasih ijok. ana leni ngajor d ma;had tahfiz darul fikri kuantan, dan masih belajor dgn ulama2 dunia menerusi laman2 web dan rakaman pengajian mereka yg d rakam dlm internet.
Post a Comment