(Harus menderma untuk membina Gereja)
Syaikhul Azhar Dr Muhammad Sayyed Tantawi baru-baru ini iaitu 20 Ogos 2009 sekali lagi menimbulkan satu fatwa yang mendapat tentangan hebat khususnya dari ulama-ulama Azhar sendiri. Fatwa tersebut ialah MEMBENARKAN UMAT ISLAM MENDERMA UNTUK PEMBINAAN GEREJA DAN SAH BERWASIAT DENGANNYA, dengan berhujjah bahawa seseorang itu bebas dalam menguruskan hartanya.
Fatwa tersebut dikeluarkan setelah berlakunya pertemuan di antaranya dan dengan Najib Gebreil Penasihat Undang-undang bagi gereja Ortodok. Perkara ini didedahkan oleh laman web 'Jabhatul Ulama Al-Azhar' dan mendapat tentangan yang cukup hebat dari para ulama, di antaranya:
1) Fatwa Darul Ifta' Mesir tidak sama sekali membenarkan perbuatan tersebut.
2) Dr Ahmad AbdurRahman Pensyarah Falsafah Islam Al-Azhar menambah dengan katanya fatwa tersebut bertujuan mendapat sokongan dari golongan 'Aqbath' (kristian mesir) yg bernaung dengan Amerika.
3) Dr 'Ajmi Damanhuri Khalifah, Ketua 'Jabhah Ulama Azhar' dan mantan ketua Jabatan Hadis Al-Azhar, menguatkan tentangan tersebut dengan menyatakan ia sama sekali ditolak dalam Islam, dan itu adalah kenyataan politik bukannya fatwa agama.
4) Syeikh Yusof Badri menyatakan Fatwa tersebut adalah Bathil, dan beliau mempersoalkan 'bagaimanakah seorang Islam dibenarkan membantu dalam kegiatan penyebaran Syariat yg lain dari Islam?
Dalam masa yang sama ada juga yang menyokong pandangan tersebut seperti Dr Muhammad 'Aasyur, anggota Mujamma' Buhuth (Pusat Penyelidikan) Al-Azhar dan juga mantan Wakil Al-Azhar., dan ada juga yang enggan memberi komen seperti Dr Muhammad Ra'fat Uthman dan Doktorah Suaad Soleh.
Itulah pendedahan yang dibuat oleh Laman web 'Jabhah Ulama' untuk renungan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment